Wakil Rakyat Umno Sertai Ppbm Belum Tentu Jadi Calon Pru15 Kata Mukhriz



PUTRAJAYA — Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil kira pandangan anggota di peringkat akar umbi dalam membuat keputusan, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Loading...
Beliau yang mempengerusikan jawatankuasa itu berkata mendapatkan maklum balas bahagian terlibat adalah langkah pertama yang dibuat kepimpinan parti apabila ada wakil rakyat pembangkang menyatakan hasrat secara tidak rasmi untuk menyertai Bersatu.
“Ada sebahagiannya boleh menerima kerana dia fikir, dia akan mendapat wakil rakyat dalam bahagian dia walaupun semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mereka bertelagah kerana mereka datang daripada parti lawan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.



Pada masa sama, Menteri Besar Kedah itu turut mengakui terdapat juga bahagian yang membantah penerimaan anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Umno berikutan faktor kesalahan yang dilakukan individu terbabit.
“Walaupun tiada laporan secara rasmi (daripada pihak berkuasa), orang macam ini tidak boleh diterima kerana bimbang budaya tidak baik dibawa ke dalam Bersatu,” katanya.

Selain tapisan rekod kesalahan, Mukhriz berkata kepimpinan Bersatu yang berasal daripada Umno sepertinya dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga mempunyai lebih keupayaan untuk membuat keputusan kerana mereka mengenali setiap wakil rakyat terbabit.

“Kita tahu sewaktu dalam Umno bagaimana tabiat berpolitik mereka,” katanya sambil menambah jawatankuasa itu akan memastikan penghijrahan wakil rakyat pembangkang tidak menjejaskan reputasi dan imej Bersatu.

Mukhriz berkata pimpinan Bersatu di peringkat akar umbi juga tidak perlu bimbang penghijrahan wakil rakyat Umno akan menutup peluang mereka untuk terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Untuk penggal selama lima tahun ini, tidak semestinya wakil rakyat yang berhijrah ke Bersatu akan dijamin menjadi calon pada PRU15,” katanya.

Tegasnya, wakil rakyat yang berhasrat menyertai Bersatu juga tidak boleh mengenakan syarat, sebaliknya parti itu yang patut mengenakan syarat kepada mereka.

Mukhriz berkata wakil rakyat tersebut perlu sedar dan memohon maaf secara terbuka bahawa parti yang mereka wakili dahulu telah membuat kesilapan antaranya memberi pelbagai tekanan melalui agensi kerajaan seperti kepada Bersatu semasa parti itu masih lagi menjadi pembangkang.

“Saya tengok (ada) wakil rakyat yang menyatakan hasrat hendak melompat ini tidak sedar perkara itu, macam tiada rasa bersalah. Sebaiknya apabila sudah sedar, mohon maaf secara terbuka bahawa parti mereka dahulu telah membuat kesilapan dan sekarang (mereka) bersama Bersatu,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya permohonan maaf seperti itu akan dapat mengelakkan rasa kurang selesa dalam kalangan anggota Bersatu apabila menerima kehadiran bekas pemimpin Umno.

Ditanya mengenai pandangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain mengenai isu itu, Mukhriz berkata beliau telah menjelaskan kepada Majlis Presiden PH bahawa pihaknya mengambil serius proses tapisan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita tidak terima sebarang orang dan jika ada yang boleh menjejaskan imej PH secara keseluruhannya kita akan tolak,” katanya.

Mukhriz berkata beliau percaya terdapat juga wakil rakyat pembangkang yang berminat untuk menyertai parti komponen PH yang lain dan menyifatkan langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kerusi kerajaan dalam Dewan Rakyat.

“Saya tidak ingat wakil-wakil rakyat PH yang ramai ini boleh terpengaruh dengan wakil rakyat pembangkang sehingga menjadi barah yang akan merosakkan kita. Kita tidak lemah sehingga tidak dapat mengawal keadaan itu,” jelasnya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/wakil-rakyat-umno-sertai-ppbm-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Pula Pelawa Wakil Rakyat Umno Sertai Pan

Mat Sabu Pula Pelawa Wakil Rakyat Umno Sertai Pan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 284 hits
ISMA WEB Barisan Nasional kini umpama patah pinggang dan tulang belakang IPOH Walaupun mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin parti tamak haloba DAP berhubung kemasukan bekas wakil rakyat UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia p...
Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 281 hits
PETALING JAYA Tiada jaminan ahli Parlimen Umno akan kekal bersama parti itu walaupun selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata demikian ...
Bekas Wakil Rakyat Umno Boleh Pegang Jawatan Selepas Setahun

Bekas Wakil Rakyat Umno Boleh Pegang Jawatan Selepas Setahun

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 239 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bercakap pada sidang media pada Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel di Menara DBKL Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Mana mana wakil rakyat UMNO boleh meny...
Mukhriz Ppbm To Consider Grassroots Views On Ex Umno Members

Mukhriz Ppbm To Consider Grassroots Views On Ex Umno Members

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 279 hits
PPBM deputy president Mukhriz Mahathir says the party would ensure that its acceptance of former Umno members will not tarnish its reputation PUTRAJAYA PPBM will consider the views of the grassroots before deciding on applications from form...
Bersatu Belum Buktikan Apa Apa Kepada Orang Melayu Dan Rakyat Malaysia Presidennya Masih Dihantui Umno

Bersatu Belum Buktikan Apa Apa Kepada Orang Melayu Dan Rakyat Malaysia Presidennya Masih Dihantui Umno

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR 30 Dis Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat selaku Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin yang diberikan ruang berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung Armada dan Srikandinya s
Khalid Samad Bazir Duit Rakyat Terbit Akhbar Wilayahku Kata Umno

Khalid Samad Bazir Duit Rakyat Terbit Akhbar Wilayahku Kata Umno

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Langkah Kementerian Wilayah Persekutuan menerbitkan akhbar mingguan baru WilayahKu merupakan pembaziran dana kerajaan kata pemimpin Umno tempatan Datuk Mohd Razlan Rafii Naib ketua Umno Bahagian Seputeh itu berkata langkah ters...
Minta Jawatan Kontrak Syed Saddiq Kata Ppbm Bukan Umno

Minta Jawatan Kontrak Syed Saddiq Kata Ppbm Bukan Umno

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 269 hits
PUTRAJAYA Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan semua anggota parti itu agar tidak membawa budaya meminta kontrak perniagaan dan jawatan ke dalam parti berkenaan Beliau me...
Mahathir Menteri Kabinet Sertai Rakyat Sambut Kemeriahan Tahun Baharu 2019

Mahathir Menteri Kabinet Sertai Rakyat Sambut Kemeriahan Tahun Baharu 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 223 hits
Tepat jam 12 tengah malam percikan bunga api berwarna warni menghiasi ruang udara di seluruh negara mengalu alukan kemunculan tahun baharu 2019 Meskipun 2018 dipenuhi dengan pelbagai peristiwa yang meninggalkan kenangan pahit dan manis namu...
Pkr Tolak Bekas Ahli Umno Boleh Masuk Bersatu Kata Kadir

Pkr Tolak Bekas Ahli Umno Boleh Masuk Bersatu Kata Kadir

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 274 hits
Diterbitkan pada 23 December 2018Oleh Abdul Rahim SabriDatuk A Kadir Jasin menegaskan Bersatu tidak akan menerima bekas ahli Umno secara tangkap muat tetapi melalui proses saringan Foto oleh Razak GhazaliKUALA LUMPUR 23 Dis Wartawan veteran...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16