Bekas Wakil Rakyat Umno Boleh Pegang Jawatan Selepas Setahun
Nizam Zain       

Menteri  Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bercakap pada sidang media pada  Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel  di Menara DBKL, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI 
KUALA LUMPUR – Mana-mana wakil rakyat UMNO boleh  menyertai parti komponen Pakatan Harapan namun disyaratkan untuk tidak  memegang apa-apa jawatan dalam tempoh setahun
 Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Khalid  Abdul Samad bagaimanapun berkata, sebelum diterima masuk ke dalam parti  kerajaan itu, mereka perlu menjadi wakil rakyat bebas dan menunjukkan  rekod prestasi
 “Ada sesetengah pemimpin UMNO beritahu kepada kita mereka kecewa dan mahu tinggalkan parti
 “Kita kata tak apa tinggalkan parti dan jadi bebas dulu. Kita tengok macam mana dia tunjuk prestasi sebagai bebas
 “Lepas itu kalau nak mohon masuk PAN ia bergantung kepada bagaimana prestasi dia
 “Biar bebas dulu, dan akhirnya bila diterima tak boleh  pegang jawatan untuk setahun. Itu garis panduan umum di antara  parti-parti PH,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan  Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 Biodiesel bagi kenderaan  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, hari ini
 Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat  PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengulangi pendiriannya  tidak akan menerima bekas pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti itu  kerana tidak yakin mereka akan membawa agenda reformasi kepada negara
 Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) turut  melahirkan lebih keyakinan kepada individu yang menyertai PKR sebelum  Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kerana jelas pihak berkenaan menyokong  agenda reformasi
Khalid yang juga Menteri Wilayah berkata, tidak semua ahli  UMNO di peringkat akar umbi bermasalah dan terlibat dengan pelbagai  salah laku jenayah
“Ahli UMNO itu kita pilih laa, ramai ahli UMNO di bawah boleh dipakai
 “Yang mana pemimpin-pemimpin UMNO, orang yang tidak puas hati, dah kecewa hilang kepercayaan kepada UMNO dan sebagainya “Kita tengoklah kita temubual lah setiap satu, janganlah kita main angkut ikut suka saja,” katanya. – MalaysiaGazette  
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/bekas-wakil-rakyat-umno-boleh-pegang.html