Perkara Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin


Dari semasa ke semasa penulis juga diminta terlibat apabila saudara mara mengadakan majlis kenduri kahwin. Kini penulis merasakan begitu ngeri sekali apabila melihat betapa umat Islam hari ini telah lari jauh dari ajaran Islam dalam menjalankan majlis kenduri kahwin
Kali ini kami ingin membincangkan perihal majlis perkahwinan ini di kalangan umat Islam di Malaysia
Perkara 1:Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?
Gambar Sekadar Hiasan
Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan dari Al Quran
Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. ( Surah An-Nisaa’ – Ayat 4 )Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” ( Riwayat Bukhari )Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur’an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:” Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )Mas kahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin
Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin

Perkara 2:Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?
Gambar Sekadar Hiasan
Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini
Apa yang kami lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan
Disini kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir?Erti membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah
Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran

Perkara 3:Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bermake up di majlis persandingan ini?Antara jawapannya mungkin ialah:1. Supaya aku kelihatan cantik menarik2. Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik3. Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku4. Mungkin untuk menutup kecacatan di muka saya seperti jerawat dan jeragat5. Engkau ingat aku ni tak cantik ke
Tambahan pada 23 Ogos: Kami ada satu tambahan cerita sebagai iktibar. Ayu seorang anak yang baik dan kelihatan baik. Ayu menjaga auratnya serta bercampur dengan kaum lelaki secara sopan. Ayu belajar di sekolah aliran agama hingga tingkatan 5. Sambung pelajaran di luar negara dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Ayu cukup menjaga sentuhan yang tidak perlu sehingga mengelakkan dari bersalam dengan pakcik sebelah suami adek beradek ibu ayahnya. Namun apa yang sangat kami kesalkan ialah demi untuk kelihatan cantik anggun bergaya dengan berbagai solekan make up terkini, sewaktu berinai dan bersanding, seorang jurusolek khas dari kaum lelaki mengandamkan Ayu. Juru andam lelaki inilah yang menghiaskan Ayu. Waktu ini agaknya bersentuhan dengan kaum lelaki sudah berubah hukum dari haram kepada sunat agaknya!!
Perkara 4:Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin
Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.002. Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini
3. Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!
4. Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini
5. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis
6. Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini. Barulah seronok
7. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini

Perkara 5:Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah kami jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan
Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:

1. Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi
2. Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah
3. Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!
4. Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat
5. Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku
Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:.
1. Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah
2. Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu3. Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN
4. Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN
5. Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin6. Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA7. Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang

Perkara 6:Bagaimana untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan.

Gambar Sekadar Hiasan
Bila kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut maka:1. Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan
2. Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan air ke dalam payung terbalik tersebut3. Berbagai amalan karut marut lainMudahnya orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah sesat
Baru-baru ini kami menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di kampung. Pada pukul 11.45, semua keluarga, saudara mara, penanggah dan tuan rumah makan maklumlah tetamu dijangka akan datang pada pukul 12.00 tgh sebagaimana tertera dalam kadar jemputan. Kami turut makan bersebelahan tuan rumah. Cuaca ketika itu memang terang benderang. Tuan rumah dalam keseronokan dapat menantu berkata “bagus betullah petua dari kak chik pakai payung diterbalikkan, cuaca hari ini cukup cantik”
Astagfirullah…  berkata-kata dalam hati. Nak dihujah, keadaan tidak sesuai. Penulis berkata-kata di dalam hati “kalau macam ini sunnatullahnya tak lama lagi memang hujan nak turun di majlis ini”. Perbuatan tuan rumah ini bagi kata bidalan diberikan susu dibalas tuba
Dengan kuasa Allah, mulai pukul 1.00 tengahari gerimis halus sudah mula turun. Kira-kira pukul 1.45 tgh hujan lebat turun sehingga pukul 2.30 ptg. Dalam hati kami berkata“Inilah satu pengajaran yang sangat baik kepada orang yang mensyirikkan Allah. Percaya benar payung terbalik ada kuasa untuk mengelakkan hujan turun. Sama sebiji macam orang kafir berharap kepada patung yang dibuat daripada batu, Astagfirullah…”.Secara mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah secara terus, insyaAllah majlis tersebut tidak turun hujan

Perkara 7:Majlis kenduri kahwin adalah majlis untuk hiburan…Majlis kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar, buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat. Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat anak
Kini dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta hiburan dan antaranya ialah seperti berikut:1. Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke
3. Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara
4. Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian
5. Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam
6. Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat dan sebagainya
7. Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran takut dimalukan
8. Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan wanita
9. Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan sanggup menjadi penanggah
Maafkan kami jika artikel ini membuatkan anda setuju/ kurang setuju kerana kita semua pernah mengalami perkara sebegini baik diri, rakan taulan atau saudara mara kita. Memang susah untuk kita laksanakan syariat Islam, ditambah pula persekitaran kita yang memaksa perkara sebegini berlaku secara sedar ataupun tidak
Kami mengalu-alukan pandangan balas lain dari pembaca agar isu ini dapat ditangani dengan sewajarnya berlandaskan Islam
Islam menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini
Sekian wassalam wallahualam









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2014/06/perkara-perkara-bertentangan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Kenduri Kahwin Di Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut

Majlis Kenduri Kahwin Di Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 816 hits
Assalamualaikum Bila godek godek gambar dalam telefon banyak lagi yang aktiviti bulan Disember tahun lepas yang Fiza tak sempat nak update dalam blog Hiasan pelamin yang sangat mewahCerita menghadiri kenduri kahwin kali ini Fiza hadir bersa...
Lesen Muzik Majlis Keraian Kenduri Keterlaluan

Lesen Muzik Majlis Keraian Kenduri Keterlaluan

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR 19 Jan Tindakan mengenakan lesen muzik sebanyak RM600 daripada Music Right Malaysia bagi semua majlis keraian atau perkahwinan disifatkan ke terlaluan tamak dan dianggap mengambil kesempatan Presiden Persatuan Pengguna Subang d...
Tular Video Joget Sakan Peguam Negara Dan Siti Kassim Di Majlis Anjuran Kementerian Viral Hancing

Tular Video Joget Sakan Peguam Negara Dan Siti Kassim Di Majlis Anjuran Kementerian Viral Hancing

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 372 hits
Tular sejak malam tadi video layan kepala Peguam negara di Majlis Gala Dinner Kementerian Kementerian apa tidak pasti lagi Namun warganet sudah panas hati melihat gelagat beruk beruk dapat kuasa ini Malah mungkin ini yang dibanggakan oleh p...
Majlis Sosial Ketua Hakim Peguam Negara Memalukan Kata Pemuda Umno

Majlis Sosial Ketua Hakim Peguam Negara Memalukan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 274 hits
Majlis sosial ketua hakim peguam negara memalukan kata Pemuda Umno nbsp Dikemas kini 21 minit yang lalu middot Diterbitkan
Majlis Penutupan Program Transisi 2019

Majlis Penutupan Program Transisi 2019

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 438 hits
Majlis Penutupan Program Transisi 2019Asalamualaikum Salam sejahtera Semua Program Transisi tahun satu sesi 2019 di sekolah Etuza telah berakhir pada 18 hb Jan 2019 Majlis pelancaran penutupan telah di lakukan En Zulkifle Supar merupakan Gu...
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau At Taqwa Ptp 17 Jan 2019

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau At Taqwa Ptp 17 Jan 2019

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 461 hits
Assalamualaikum Cerita semalam majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau At Taqwa Pelabuhan Tanjung Pelepas Majlis bermula jam 12 tengahari tapi 12 30pm baru Ummi terhegeh hegeh jalan
Pekeliling Wang Zakat Selangor Diberikan Pada Bukan Islam Kini Tersebar Dilaman Sosial

Pekeliling Wang Zakat Selangor Diberikan Pada Bukan Islam Kini Tersebar Dilaman Sosial

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 488 hits
baru baru ini tular surat perkeliling daripada Lembaga Zakat Selangor berkaitan pengagihan zakat kepada orang bukan melayu dan bukan islamsurat perkeliling tersebut telah menjadi viral dan menimbulkan pelbagai kecaman hebat netizen kerana t...
Majlis Perkahwinan Yang Mahu Mainkan Muzik Perlu Bayar Lesen Rm600 Mrm

Majlis Perkahwinan Yang Mahu Mainkan Muzik Perlu Bayar Lesen Rm600 Mrm

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 298 hits
Majlis keraian atau perkahwinan tanpa alunan muzik umpama majlis kematian demikian respon netizen terhadap berita yang mewajibkan pihak penganjur mendapatkan lesen muzik sebanyak RM600 jika mahu memainkan muzik di majlis mereka Music Right ...
Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

Adapting To Consumer Behavior

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Fariza Shooting Video Mv Lagu Raya

Mencuba Sajian Eksotik Kerabu Telur Belangkas

Bagaimana Arab Saudi Menjadi Semakin Hijau

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan