Video Saya Macam Baru Masuk Islam Waheeda Dedah Dugaan Selama 10 Tahun Menghilang Bakal Kembali Ke Dunia Seni
Sekian lama menyepi dari dunia seni, penyanyi Waheeda yang dahulu pernah popular dengan lagu Wassini kini kembali. Dia bakal tampil meneruis karya-karya baharu dengan kolaborasi artis popular tanah air.
Waheeda mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan penceramah bebas Ustaz Akhil Hayy pada tahun 2009. Semenjak itu tiada lagi terdengar tentang perkembangan seni penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu kategori Irama Malaysia ini.
Ikuti temubual bersama Waheeda yang turut berkongsi aktiviti sepanjang sepuluh tahun hilang dari radar seni.
Video:
“Banyak Cabaran Dan Dugaan Sepanjang 10 Tahun Menghilang” – Pendedahan Waheeda Wassini
Kredit foto: Sinar Harian
Ramai tertanya-tanya akan ‘kehilangan’ penyanyi Waheeda daripada radar dunia hiburan selepas mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pendakwah bebas, Akhil Hayy.
Waheeda yang pernah meletup dengan lagu Wassini itu akhirnya ditemui sebagai penonton program Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) yang berlangsung baru-baru ini.
Perbualan portal Sinar Harian dengan wanita berpurdah itu membuka ruang untuk mendasari isi hatinya.
Ke mana perginya Waheeda selama ini? Rupanya beliau menyudahkan kerja-kerja yang ditinggalkan suatu ketika dahulu, yakni tugas menerbitkan dan mencipta lagu.
“Saya berhenti sekejap daripada segala-galanya sebab mencari jawapan pada soalan, ‘kenapa aku Islam?’ sebab dalam perjalanan hidup ada banyak pertanyaan yang saya sendiri tak boleh nak jawab tapi saya mengakui saya Islam.
“Jadi saya ambil masa untuk belajar al-Quran dan sunnah serta melalui hidup sebagai seorang isteri dan ibu sepenuh masa membesarkan anak-anak ustaz ketika itu yang diamanahkan kepada saya.
“Dalam masa yang sama, saya juga terlibat dengan perniagaan dan usrah. Cuma mungkin sekarang all out untuk muzik dan perniagaan. Usrah pun masih lagi berjalan dan dalam perancangan untuk menulis sebuah buku,” katanya.
Kredit foto: Sinar Harian
Berterus-terang, Waheeda berkata, jauh di lubuk hatinya sememangnya menyimpan rindu terhadap rakan-rakan seperjuangan dalam industri seni, namun dalam masa sama dia akur dengan ketentuan ALLAH SWT.
Apa sebenarnya yang berlaku dalam tempoh 10 tahun ini, penyanyi yang juga membina nama dalam bidang lakonan menerusi filem-filem popular seperti Jutawan Fakir, Anak Mami Kembali dan I Know What You Did Last Raya itu mendedahkan:
“Banyak cabaran dan dugaan sepanjang hampir 10 tahun ini. Sehingga satu ketika saya meminta ALLAH untuk tolak saya ke mana Dia hendak tolak saya dan saya akan mengikut sahaja.
“Bermula pertemuan semula suami saya dengan Ezlynn tahun lalu, jadi dari situ ALLAH buka ruang kepada pertemuan dengan rakan-rakan artis dan pemuzik yang lain, sehinggalah rakaman dan kini serius dalam penerbitan.
“Semua kerja ALLAH, kita tak tahu apa perancangan Dia tetapi doakan mudah-mudahan saya dapat melihat hikmah di sebaliknya dan berkembang.”
Menurutnya lagi, kehadiran semula dalam bidang seni berbekalkan kefahaman yang lebih mendalam tentang Islam, serta membawa ajaran itu mengiringi perjalanannya.
Dalam pada itu, penyanyi ini menyatakan hasrat untuk bersua dengan David Teo dan Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaideen sekeluarga – dua individu yang banyak bekerjasama dengannya sewaktu pembabitan awal sebagai anak seni.
Foto Waheeda Terkini 2018
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih!
Sumber: Sinar Harian, MHE TV & Media Hiburan
The post [VIDEO] “Saya Macam Baru Masuk Islam” – Waheeda Dedah Dugaan Selama 10 Tahun Menghilang, Bakal Kembali Ke Dunia Seni appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/01/14/video-saya-macam-baru-masuk-islam-waheeda-dedah-dugaan-selama-10-tahun-menghilang-bakal-kembali-ke-dunia-seni/