Wajibkah Zakat Fitrah Untuk Bayi Dalam Kandungan



Soalan:
Adakah bayi yang masih di dalam kandungkan diwajibkan untuk dibayarkan zakat untuknya?

Jawapan:
Zakat fitrah adalah zakat yang wajib ditunaikan pada bulan Ramadhan. Tempoh masa zakat ini adalah pada permulaan bulan Ramadhan sehingga sebelum solat hari raya Aidilfitri. Perkara ini dapat difahami melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi SAW bersabda:

زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ ، مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ ، فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ ، وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ ، فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنَ الصَّدَقَاتِ
“Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang yang berpuasa daripada perkara yang lagha dan percakapan yang buruk. Ia juga adalah makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang membayarkan sebelum solat (Aidilfitri) maka zakatnya diterima. Sesiapa yang membayarkan selepas daripada solat maka ia hanya dianggap sebagai sedekah.” [Riwayat Abu Daud (1609)]

Setiap muslim yang mempunyai lebihan harta atau makanan pada malam raya dan pagi hari raya maka dia wajib untuk membayar zakat fitrah. Sama ada tua, muda, lelaki mahupun perempuan. Bahkan seorang bapa atau suami wajib untuk membayar zakat fitrah bagi pihak tanggungannya. Ini berdasarkan kepada kaedah:

كُلُّ مَنْ تَلْزَمُهُ نَفَقَةُ غَيرِهِ تَلْزَمُهُ فِطْرَتُهُ
“Sesiapa yang wajib baginya memberikan nafkah kepada orang lain maka wajib untuk dia menanggung fitrahnya (zakat).”


Kembali kepada persoalan yang telah dikemukakan, zakat fitrah bagi bayi yang masih berada di dalam kandungan adalah tidak wajib. Imam Al-Nawawi ketika mengulas berkenaan dengan isu adakah bayi yang berada di dalam kandungan wajib ke atasnya zakat fitrah beliau menyebut bahawa tiada zakat fitrah bagi bayi yang masih di dalam kandungan. Begitu juga tidak wajib bagi bapanya untuk membayarkan bagi pihaknya. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 6/139).

Ini juga merupakan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Al-Ramli dan kebanyakan ulama bermazhab syafi’i.

Ada yang berpandangan bahawa zakat fitrah wajib dibayar bagi pihak bayi yang masih berada di dalam kandungan. Mereka berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar. Kata beliau:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ عَبْدٍ أَوْ حُرٍّ صَغِيرٍ أَوْ كَبِيرٍ
“Rasulullah SAW mewajibkan untuk memberi zakat fitrah. (Kadarnya ialah) segantang dari kurma atau gandum. Ianya diwajibkan untuk setiap hamba yang merdeka. Yang kecil (kanak-kanak) mahupun besar (dewasa).” [Riwayat Al-Bukhari (1503) & Muslim (2326)]

Ibnu Hajar Al-Asqalani menjawab bahawa bayi di dalam kandungan tidak dipanggil kanak-kanak. Sama ada dari segi bahasa mahupun dari segi uruf. Beliau juga mengatakan bahawa bayi di dalam kandungan boleh jadi mati atau hidup. (Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sohih Al-Bukhari, 3/369)

Oleh itu, bayi di dalam kandungan tidak termasuk di dalam mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ini.

Berdasarkan dalil dan perbincangan yang telah kami kemukakan, kami menyimpulkan bahawa zakat fitrah tidak wajib bagi bayi yang berada di dalam kandungan. Begitu juga tidak wajib bagi bapa untuk membayar zakat fitrah bagi pihak bayi tersebut.

Semoga Allah memberikan kefahaman di dalam agama-Nya. Kita sentiasa berusaha agar Ramadhan pada kali ini dapat diisi dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Wallahu’alam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/wajibkah-zakat-fitrah-untuk-bayi-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Tidak Aktif Ain Afini Akui Tertekan Sepanjang Proses Cerai

Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Tidak Aktif Ain Afini Akui Tertekan Sepanjang Proses Cerai

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 743 hits
Emosi ibu memainkan peranan yang sangat mustahak dalam perkembangan bayi Tidak dinafikan tekanan perasaan dan stres sangat mempengaruhi Bekas isteri ustaz selebriti PU Abu Sufyan Ain Afini meluahkan rasa sedih selepas anak di dalam kandunga...
Dimana Zakat Fitrah Harus Ditunaikan

Dimana Zakat Fitrah Harus Ditunaikan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 288 hits
Dimana Zakat Fitrah Harus Ditunaikan Kita kan tinggal di jerman anggeplah zakat fitrah itu 3kg beras harganya 6 6 Rp 96 000 Nah sebenernya boleh ngga sih kita bayar zakat fitrah di Indonesia padahal kita tinggal dan dapet pendapatannya Jerm...
Pergilah Wahai Wildan Syurga Asma Teruk Terlalu Banyak Ubat Ibu Hilang Bayi Dalam Kandungan

Pergilah Wahai Wildan Syurga Asma Teruk Terlalu Banyak Ubat Ibu Hilang Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 579 hits
Memang ajal dan maut telah ditentukan Tapi setiap kehilangan pasti dirasakan apatah lagi bagi ibu yang kehilangan si kecil pernah menghuni rahimnya Catatan ibu ini benar benar menyebakkan Kuatnya berdepan dengan pemergian si kecil selepas 1...
Sebaiknya Zakat Fitrah Dibayar Kapan Ini Penjelasan Ulama

Sebaiknya Zakat Fitrah Dibayar Kapan Ini Penjelasan Ulama

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 299 hits
Menurut Imam Syaf i boleh mengeluarkan zakat sejak permulaan bulan Ramadhan sedangkan menurut Imam Malik dan Ahmad boleh mengeluakan zakat fitrah sejak sehari atau dua hari sebelum hari raya idul fitri Waktu wajib membayar zakat fitrah adal...
Hanis Zalikha Cemas Bayi Dalam Kandungan Tak Bergerak

Hanis Zalikha Cemas Bayi Dalam Kandungan Tak Bergerak

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 244 hits
Dijangka bakal melahirkan cahaya mata kedua pada Jun depan Hanis Zalikha berkongsikan detik cemas yang dilaluinya apabila bayi dalam kandungannya secara tiba tiba The post appeared first on
Niat Zakat Fitrah Doa Waktu Besarnya Dan Bolehkah Dengan Uang

Niat Zakat Fitrah Doa Waktu Besarnya Dan Bolehkah Dengan Uang

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 390 hits
Zakat fitrah adalah ibadah khusus yang menyertai dan menyempurnakan puasa Ramadhan Bagaimana niat zakat fitrah hukum berapa besarnya dan kapan waktu mengeluarkannya Bolehkah dengan uang Berikut ini pembahasannya Pengertian Zakat Fitrah Seca...
Bayar Zakat Fitrah Di Giant Prima Saujana Kajang Kaunter Bergerak Zakat On Wheel

Bayar Zakat Fitrah Di Giant Prima Saujana Kajang Kaunter Bergerak Zakat On Wheel

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 942 hits
BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL Salam Ramadan semua Sekejap je nak habis bulan Ramadan Minggu depan kita dah raya Bila sebut pasal raya Zakat Fitrah jangan di lupakan ye Kebetulan mummy pi sh...
Adakah Banduan Wajib Keluarkan Zakat Fitrah

Adakah Banduan Wajib Keluarkan Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 410 hits
Soalan Adakah diwajibkan zakat fitrah ke atas banduan Jawapan Zakat fitrah ialah kadar yang tertentu daripada harta yang wajib dikeluarkan oleh setiap mukallaf bagi dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya setelah matahari terbenam pad...
Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Kari Sardin Sedap

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Subang Ke Alor Setar Dengan Pesawat Kecil Firefly Atr 72 500

Friday Notes From The Quran Some Words Of Advice

Zahid S Comments About Sabah For Sabahans May Backfire On Umno Says Analyst

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Wat Are The Benefits Of Eating Yogurt Daily

Kuala Lumpur Sharil Regalia Studio Regalia Residence