Adakah Banduan Wajib Keluarkan Zakat Fitrah



Soalan:
Adakah diwajibkan zakat fitrah ke atas banduan?

Jawapan:
Zakat fitrah ialah kadar yang tertentu daripada harta yang wajib dikeluarkan oleh setiap mukallaf bagi dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya setelah matahari terbenam pada hari terakhir bulan Ramadhan, dengan syarat-syarat tertentu. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/553)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar R.A, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Rasulullah SAW telah mewajibkan Zakat Fitrah, iaitu segantang tamar atau segantang gandum (pada bulan Ramadhan) atas setiap orang Islam, sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan.” [Riwayat al-Bukhari (1433) dan Muslim (984)]

Syarat Mewajibkan Zakat Fitrah

Zakat fitrah diwajibkan dengan 3 syarat:

Pertama: Islam
Zakat fitrah diwajibkan atas orang Islam sahaja. Tidak wajib zakat fitrah atas orang kafir sebagai kewajipan yang dituntut di dunia.

Kedua: Terbenam matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan
Sesiapa yang meninggal dunia selepas matahari terbenam pada hari tersebut, wajib zakat fitrah atasnya sama ada meninggal dunia setelah dia mampu mengeluarkannya atau sebelumnya. Namun tidak wajib zakat atas bayi yang baru dilahirkan selepas matahari terbenam, dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebelum matahari terbenam. Sementara bayi yang wajib dilahirkan sebelum matahari terbenam wajib dikeluarkan zakat fitrahnya.


Ketiga: Memiliki harta yang melebihi keperluan untuk makan bagi diri dan tanggungannya pada siang dan malam raya, serta keperluan tempat tinggal dan khadam jika perlu
Seseorang tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah jika hartanya tidak mencukupi untuk perbelanjaan pada malam dan siang hari raya bagi diri dan tanggungannya.

Bagaimanapun sekiranya dia mempunyai harta yang mencukupi untuk perbelanjaan pada siang dan malam raya sahaja dan tidak pada hari-hari berikutnya, maka zakat fitrah tetap wajib atasnya tanpa mengambil kira perbelanjaan pada hari-hari selepas raya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/553-554)

Adakah Banduan Diwajibkan Keluar Zakat Fitrah?

Dalam isu di atas, apabila cukup syarat sebagai seorang Islam dan juga mempunyai harta yang mencukupi, maka zakat fitrah adalah diwajibkan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-60 turut telah membincangkan isu zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di institusi penjara. Muzakarah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Walaubagaimanapun, kaedah untuk menunaikan pembayaran zakat tersebut perlulah dirujuk kepada pihak jabatan penjara.

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dalam Islam dan memudahkannya dalam melaksanakan rukun Islam yang lima termasuk zakat.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/adakah-banduan-wajib-keluarkan-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dimana Zakat Fitrah Harus Ditunaikan

Dimana Zakat Fitrah Harus Ditunaikan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 246 hits
Dimana Zakat Fitrah Harus Ditunaikan Kita kan tinggal di jerman anggeplah zakat fitrah itu 3kg beras harganya 6 6 Rp 96 000 Nah sebenernya boleh ngga sih kita bayar zakat fitrah di Indonesia padahal kita tinggal dan dapet pendapatannya Jerm...
Wajibkah Zakat Fitrah Untuk Bayi Dalam Kandungan

Wajibkah Zakat Fitrah Untuk Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 346 hits
Soalan Adakah bayi yang masih di dalam kandungkan diwajibkan untuk dibayarkan zakat untuknya Jawapan Zakat fitrah adalah zakat yang wajib ditunaikan pada bulan Ramadhan Tempoh masa zakat ini adalah pada permulaan bulan Ramadhan sehingga seb...
Safinatun Najah Cara Bayar Zakat Dan Harta Yang Wajib Dizakati

Safinatun Najah Cara Bayar Zakat Dan Harta Yang Wajib Dizakati

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 451 hits
Apa saja harta yang wajib dizakati Bagaimana cara bayar zakat Masih banyak yang belum menyadari bayar zakat ini padahal kalau dari segi syarat wajib zakat ia sudah terkena kewajiban
Lima Tahun Belum Keluarkan Zakat Maal Apa Ada Qadha Zakat

Lima Tahun Belum Keluarkan Zakat Maal Apa Ada Qadha Zakat

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 274 hits
Jika ada yang lima tahun belum keluarkan zakat maal dari harta yang ia miliki apa perlu ada qadha zakat maal Posting ditampilkan lebih awal di
Sa Dah Bayar Zakat Fitrah Untuk Tahun 2019

Sa Dah Bayar Zakat Fitrah Untuk Tahun 2019

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 388 hits
Hi korang SA dh tunaikan kewajipan SA bayar Zakat Fitrah hari ni nasib SA ingat bukan apa terlupa kaunter zakat ada je kat Plaza Sentral ni Dah bayar ni senang hati Dah 13 tahun dah SA bayar sendiri zakat SA kan ibu tunggal Dah settle semua...
Bayar Zakat Fitrah Di Giant Prima Saujana Kajang Kaunter Bergerak Zakat On Wheel

Bayar Zakat Fitrah Di Giant Prima Saujana Kajang Kaunter Bergerak Zakat On Wheel

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 878 hits
BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL Salam Ramadan semua Sekejap je nak habis bulan Ramadan Minggu depan kita dah raya Bila sebut pasal raya Zakat Fitrah jangan di lupakan ye Kebetulan mummy pi sh...
Sebaiknya Zakat Fitrah Dibayar Kapan Ini Penjelasan Ulama

Sebaiknya Zakat Fitrah Dibayar Kapan Ini Penjelasan Ulama

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 243 hits
Menurut Imam Syaf i boleh mengeluarkan zakat sejak permulaan bulan Ramadhan sedangkan menurut Imam Malik dan Ahmad boleh mengeluakan zakat fitrah sejak sehari atau dua hari sebelum hari raya idul fitri Waktu wajib membayar zakat fitrah adal...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation