Wajib Cuba Tanpa Rasa Waswas Ini 10 Restoran Dijamin Halal Perlu Dikunjungi Di Korea


Salah satu dugaan yang menguji kesabaran orang Islam ketika bercuti di luar negara ialah mencari restoran halal. Tidak seperti di Malaysia, majoriti kedai makan di Korea menyediakan makanan yang tidak halal.

ARTIKEL BERKAITAN Pelik Tapi Benar, Ini 8 Makanan 'Unik' Terkenal Di Korea Sudah pasti ketika bercuti korang nak rasa air tangan serta hidangan asli daripada orang Korea. Oleh itu, KimchiDaily ada sediakan senarai 10 restoran dan kedai makan tempatan di Korea Selatan untuk memudahkan perjalanan korang.
Makan 
Antara pilihan restoran utama bagi sesiapa yang ingin menikmati makanan tradisional Korea ialah Makan. Antara makanan yang popular di sini ialah sup ayam ginseng, stu ayam pedas dan nasi campur Korea. Oleh kerana kedai ini sedikit kecil, sebaiknya korang membuat tempahan awal untuk makan di sini. Apa lagi menarik, mereka juga ada menawarkan servis menolong dan memberi informasi kepada pelancong secara percuma. L
Lokasi: Itaewon, Seoul.
Osegyehyang Vegeterian 
Osegyehyang kalau diterjemahkan secara am bermaksud “Aroma Lima Dunia”. Restoran ini terkenal oleh penduduk tempatan dengan hidangan vegetarian yang lazat. Dengan bajet RM51, korang boleh menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan di sini. Osegyehyang menggunakan sayu-sayuran dan produk soya sebagai ganti kepada daging. Hidangan disediakan dengan sangat teliti sehingga pengunjung tidak dapat membezakannya dengan daging hidangan asal, daging. Kalau korang nak cuba makan cendawan tapi rasa 90% seperti daging, korang patut datang ke restoran ini.
Lokasi: Insadong, Seoul.
Kervan Traditional Turkish  
Restoran ini mengkhususkan masakan yang berasal dari Turki di mana ia boleh dinikmati secara meluas di seluruh dunia. Dapur mereka dikendalikan oleh tukang masak yang mahir serta mempunyai ketuhar yang dihasilkan dengan teknologi Turki. Bahagian dalaman yang dilengkapi dengan jubin tradisional Turki, memberi peluang kepada pengunjung restoran untuk merasai masakan asli serta hiasan budaya Turki dalam satu masa. Kervan Traditional Turkish telah mendapat pengiktirafan Sijil Halal Rasmi daripada Korea Halal Authority Corporation (KHA)
Lokasi: Itaewon, Seoul.
Manis Kitchen 
Jika korang mencari snek yang harga mampu milik, pergi ke Manis Kitchen yang terletak di Seoul Central Mosque. Kedai makan ini merupakan salah satu kedai tepi jalan yang istimewa kerana pemilik dan pengasasnya ialah seorang muslim. Makanan yang dijual semuanya halal dan sentiasa menjadi pilihan kerana masakannya dibuat secara live serta sangat bersih. Pasti sukar untuk mencari snek jalanan popular versi mesra muslim, tetapi kedai ini menyediakan semuanya untuk korang.
Lokasi: Yongsan-gu, Seoul.
Kampungku 
Bagi yang teringin dan rindu dengan masakan air tangan Malaysia, boleh datang merasai hidangan di restoran Kampungku. Terletak di Itaewon, ia diasaskan oleh Farid Hakim yang berasal dari Kelantan. Kalau sebut masakan orang Kelantan, pasti terbayang makanan yang semestinya sedap dan lazat. Restoran ini terkenal dengan nasi lemak, rendang ayam, nasi goreng paprik dan tomyam. Tidak boleh dinafikan kalau tekak melayu mesti nak makan nasi dan sambal. Jangan risau walaupun di Korea korang masih boleh dapatkan makanan kegemaran! Tambahan, ada juga sajian yang asli dari Korea di restoran ini.
Lokasi: Namsan-dong, Seoul.
Chunja Daegutang 
Terletak betul-betul di tengah jalan yang sibuk di Hongdae, korang boleh jumpa kedai makan sederhana ini. Restoran Chunja Daegutang ini sangat popular dengan masakan sup ikan kod. Kedai ini menggunakan ikan kod sebagai ramuan istimewanya dan mengubahnya menjadi hidangan yang menyelerakan seperti daegu-ppoljjim (pipi ikan kod kukus) kepada daegu-jeongol (periuk panas ikan kod). Jadi, jika lalu di kawasan itu, pastikan korang singgah ke restoran ini.
Lokasi: Mapu-gu, Seoul.
Yang Good BBQ Walaupun di Malaysia ada restoran bbq yang menarik tetapi kalau korang dah sampai Korea, wajib cuba hidangan bbq di Yang Good. Makanan popular disini ialah daging kambing segar premium yang diimport dari Austrialia. Mesti cuba kerana suasana makan bbq di negara yang popular dengan artis k-pop ini sungguh menyeronokkan. Antara daging yang dijual ialah lamb skewer, lamb rack, lamb boneless rib dan ada juga daging ayam yang diperap dengan perapan istimewa.
 
View this post on Instagram  
A post shared by 양국 (@yanggood)
Peringatan: Restoran ini ada menyediakan minuman alkohol tetapi untuk masakan biasa ia dijamin halal.
Lokasi: Gangnam-gu, Seoul.
Murree Muslim Food
Restoran Murree Muslim Food terkenal dengan masakan Pakistan seperti tandoori, nasi biryani, dan naan. Ia merupakan gabungan budaya makanan Pakistan dan Korea. Pemiliknya, seorang muslim Pakistan dari Murree, menawarkan pelbagai makanan Pakistan yang diperkaya dengan sejarah dan rasa yang menarik. Sebagai penghormatan, restoran ini juga ada menyediakan makanan Korea seperti dakdoritang (stu pedas Korea), stu kimchi dan bulgogi.
Lokasi: Seoul.
Busan Jib 
Terletak di jalanan Myeongdong, Busan Jib menyajikan masakan asli Korea yang lazat menggunakan daging halal yang disahkan. Hidangan yang wajib dicuba ialah stu ayam pedas Korea dan ayam ginseng. Selain itu, korang juga boleh buat salad bulgogi sendiri di sini. Kalau tidak makan daging, restoran ini tetap sesuai untuk korang kerana mereka ada menyajikan hidangan makanan laut. Selain itu, jika korang rasa rindu dan mengidam nak makan makanan Melayu, korang perlu cuba ikan bakar dan asam pedas di restoran ini.
Lokasi: Jung-gu, Seoul.
Eid  Restoran ini disahkan halal dan menjadi kegemaran di kalangan penduduk tempatan serta serta pelancong Islam. Popular dengan pelbagai hidangan tempatan, ianya terletak di kawasan Seoul Central Mosque. Kalau korang berpeluang datang ke sini, cuba rasa hidangan popular mereka iaitu banchan (makanan yang terdiri daripada pelbagai hidangan sampingan yang disediakan bersama nasi dan kimchi), bibimbap dan juga daging lembu tumis.

Restoran ini agak kecil, oleh itu giliran menunggu boleh menjadi agak lama. Pastikan korang merancang lawatan lebih awal. Makanan di Eid menjadikan ia restoran yang patut dikunjungi!
Lokasi: Yongsan-gu, Seoul.
Wah! Tak sabar nak cuba.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/wajib-cuba-tanpa-rasa-waswas-ini-10-restoran-dijamin-halal-perlu-dikunjungi-di-korea/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingin Solekan Kekal Lama Cuba 8 Bedak Berasal Dari Korea Ini

Ingin Solekan Kekal Lama Cuba 8 Bedak Berasal Dari Korea Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 169 hits
Seperti yang kita ketahui bedak merupakan make up pelbagai fungsi dan boleh digunakan untuk berhias tidak kira masa Produk kecantikan ciptaan dari Korea semakin meluas malah ada jenama high end mengeluarkan bedak yang sangat berkualiti ARTI...
Coolblog Caramelicious Combo Waffle Salted Caramel Spread Bersama The Indulgence Beverage Series Wajib Cuba

Coolblog Caramelicious Combo Waffle Salted Caramel Spread Bersama The Indulgence Beverage Series Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 211 hits
Assalamualaikum Cuaca panas sekarang nie buatkan kita mencari minuman sejuk dan nyaman Terbaharu Coolblog memperkenalkan menu minuman terbaharu iaitu Coolblog Caramelicious Combo dengan siri minuman Indulgence didatangkan dengan empat peris...
Makan Di Restoran Yx

Makan Di Restoran Yx

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 286 hits
Assalamualaikum WBTLAMA dah tak ada acara makan makan yang jauh dari rumah Kalau nak makan di luar pun pilih yang dekat dekat aje Nak nak pulak Pak Inche suka mengelat sekarang asal keluar makan jer dia suruh Sk yang memandu Kalau Sk yang m...
Dinner Di Restoran Kambing Ke Langit Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Dinner Di Restoran Kambing Ke Langit Seksyen 7 Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 219 hits
Beberapa bulan lalu mama sekeluarga repeat makan Dinner di Restoran Kambing Ke Langit Seksyen 7 Shah Alam Selangor First time mama order dari restoran ni masa PKP dulu dan pernah sekali kami makan di sini Bila cari cari tak jumpa pula sama ...
Ayam Grill Ala Ala Restoran Mahal Boleh Buat Di Rumah Yang Penting Keluarga Suka

Ayam Grill Ala Ala Restoran Mahal Boleh Buat Di Rumah Yang Penting Keluarga Suka

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 179 hits
Teringin nak makan ayam grill ala ala restoran mahal tapi takde masa nak keluar Jangan risau Dekat rumah pun boleh buat tau Senang je nak buat Boleh makan seisi keluarga Pasti semua suka suka Kos pon lebih jimat tau Makan dekat rumah lagi p...
Macaroni Cheese Bakar Sedap Sungguh Rasanya Macam Di Restoran

Macaroni Cheese Bakar Sedap Sungguh Rasanya Macam Di Restoran

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 210 hits
Sesekali tukar selera kita buat Macaroni Cheese Bakar Bukan sahaja anak anak suka kita sekeluarga pun gemar menikmatinya Nak cita rasa Asia boleh tambah sedikit cili kisar untuk rasai sedikit kepedasannya jika mahu Jika tidak kekalkan sahaj...
Lunch Di Restoran Bawal Goreng Panas Simpang Lawin Kuala Kangsar Perak

Lunch Di Restoran Bawal Goreng Panas Simpang Lawin Kuala Kangsar Perak

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 241 hits
Alang alang dah buka cerita tentang Kuala Kangsar semalam harini mama nak sambung cerita tentang kami pergi Lunch di Restoran Bawal Goreng Panas Simpang Lawin Kuala Kangsar Perak pula Mama ke sini 29 10 tahun lepas Punyalah lama post ni ter...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu