Ayam Grill Ala Ala Restoran Mahal Boleh Buat Di Rumah Yang Penting Keluarga Suka
Teringin nak makan ayam grill ala- ala restoran mahal tapi takde masa nak keluar? Jangan risau! Dekat rumah pun boleh buat tau. Senang je nak buat. Boleh makan seisi keluarga. Pasti semua suka suka.
Kos pon lebih jimat tau! Makan dekat rumah lagi puas dari makan dekat luar. Puas hati dengan kos buat dan hasil yang didapati. Mari lihat resepi ayam grill yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Douglas Abdullah Voon di Kumpulan Facebook Aneka Resipi Makanan.
RESIPI AYAM GRILL
Sumber foto: Douglas Abdullah Voon
Chicken Grill
Bahan- bahan:
– Ayam
– Sos lada hitam
– Serbuk herba rosemary
– Serbuk herba thyme
– Serbuk lada hitam
– Garam
– Gula (lebihkan)
– Sedikit air panas/ suam
Cara- cara:
1. Basuh ayam.
2. Kemudian, masukkan sos lada hitam (jika pekat, tambahkan air suam/ panas).
3. Kacau sebati, kemudianperasakan dengan garam, serbuk herba rosemary, serbuk lada hitam, serbuk herba thyme dan gula.
4. Kacau sebati dan masukkan ayam. Perap semalaman.
5. Bakar menggunakan ketuhar/ air fryer menggunakan suhu 200 darja Celsius selama 17 minit atau sehingga betul- betul masak.
6. Angkat dah sedia untuk dihidang.
Mudah je resipi yang dikongsikan. Bila- bila masa sahaja boleh buat. Jika ayam nak rasa manis secara sihat, boleh gantikan gula dengan madu. Bukan sahaja lagi sedap, malah memberi manfaat untuk kesihatan.
Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu. Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/jar-with-fresh-honey_6948351.htm#query=madu&position=6&from_view=search&track=sph
Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra. Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.
Baca Juga:
Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!
Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!
Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!
Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu bukan sahaja dapat melindungi dari penyakit jantung, tetapi dapat memperbaiki tahap kolesterol. Semoag resepi yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan selamat mencuba!
The post Ayam Grill Ala- Ala Restoran Mahal, Boleh Buat Di Rumah. Yang Penting Keluarga Suka! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ayam-grill-ala-ala-restoran-mahal-boleh-buat-di-rumah-yang-penting-keluarga-suka/