Makan Di Restoran Yx


 Assalamualaikum WBT
LAMA dah tak ada acara makan-makan yang jauh dari rumah. Kalau nak makan di luar pun pilih yang dekat-dekat aje. Nak nak pulak, Pak Inche suka mengelat sekarang.. asal keluar makan jer dia suruh Sk yang memandu. Kalau Sk yang memandu, jangan harap la nak pergi jauh-jauh. Dah cukup stress dah hadap jammed pergi balik kerja, kalau boleh pukul 9 tu dah nak lena, hahahaha. Dia pulak tak bagi Iman drive, tahulah bapak-bapak ni, susah nak percaya kat anak yang baru dapat lesen. Tapi sekali-sekala, Sk suruh jer Iman yang memandu, hihi.

Khamis lepas, kami ke Restoran YX yang terletak di Masai. Restoran YX ni sebelah aje dengan Restoran Todak. Restoran Todak pun dah lama giler tak pergi.. tak jumpa pulak link makan di Restoran Todak. Mungkin memang tak tulis tajuk ke sebab tak suka sangat makan kat sana. Malas pulak nak menggali, hihi


Restoran ni terletak di tepi pantai.. masa datang ni air tengah surut. Elok cuaca malam tu tak hujan walaupun siangnya hujan lebat melanda bandaraya Johor Bahru. Jadi, bolehlah kami duduk berbumbungkan langit. Kalau hujan, ada ruangan berbumbung dalam restoran. Meh tengok menu


Senang faham menunya, pilih makanan laut dan cara dimasak. Boleh juga jika kita ada cadangan cara masakan lain


Contohnya, Pak Inche request Brokoli dengan Mushroom, tapi tak ada dalam menu, dia boleh masakkan juga untuk kita


Banyak cara masakan, tepuk dada tanya selera. 

Luas restoran ni, aman damai.. tak bising walaupun ramai pelanggan. Jarak meja pun jauh-jauh



Ambil dua sayuran.. Brokoli & Mushroom serta Kailan. Dua-dua sayur tak habis, yang tamak nak sayur sampai dua jenis, Pak Inche la. Brokoli tu dah wassalam, Sk masak nasi goreng, campak dia sekali dalam kuali, hihi


Siakap Tiga Rasa.. kurang rasa pedas, lebih dominasi rasa masam manis, tapi masakannya sedap. Kulit ikan rangup, isi ikan segar dan tak hanyir serta banyak taburan bawang putih cincang yang digoreng sedikit garing dengan hiasan yang minima


Shark Fin Soup kegemaran Pak Inche. Untuk satu porsi ni, RM20


Siput Gongong putih melepak ko! Iman kata, agaknya dia tembak dengan water jet, hahaha. Pak Inche minta masakan cara rebus, ia datang dengan sos cili homemade yang sedap


Tengok isi memang terserlah kesegaran siput gonggong ni


Terpaling suka la dengan Sotong Telur Masin dia.. sedapppp


Kegemaran Iman la ni, Chicken Lemon.. tak sesedap Chicken Lemon di Madam Kwan. Tapi, tak boleh nak banding la kot dengan Madam Kwan yang mahal namatey tu.. haha. 

Luas kawasan parkir di sini. Rasa nak ajak Pak Inche datang lagi bulan depan, hahahahaha

Jumlah hangus dalam RM230, kot, termasuk tiga mangkuk nasi putih dan minuman. Bagi Sk, harganya berpatutan sebab banyak lauk, kan. Nanti cari balik resitnya, Sk update okey

Restoran YXJava Cove, Jalan Precinct 5, 81750 Masai, Johor
Waktu Perniagaan : Setiap hari, 12 pm hingga 11.30 pm
No Telefon : 07-386 6716

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/05/makan-di-restoran-yx.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Nasi Arab Di Restoran Abu Khalid Al Makawwi Kulim Kedah

Makan Nasi Arab Di Restoran Abu Khalid Al Makawwi Kulim Kedah

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 525 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini seperti biasa aku nak ceritakan pengalaman aku makan di sebuah restoran nasi arab y...
Jom Makan Thai Food 2023 Pesta Makanan Autentik Thailand Di Kelantan

Jom Makan Thai Food 2023 Pesta Makanan Autentik Thailand Di Kelantan

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 447 hits
PESTA MAKANAN AUTENTIK THAILAND DI KELANTAN Makanan Thailand sangat terkenal di seluruh dunia karena citarasa uniknya Kepopularan makanan citarasa Thailand ini tidak terkecuali bagi kita di Malaysia oleh sebab yang demikian ianya mudah dite...
8 Potret Tempat Makan Fanny Bauty Di Belanda Suguhkan Aneka Makanan Indonesia

8 Potret Tempat Makan Fanny Bauty Di Belanda Suguhkan Aneka Makanan Indonesia

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 257 hits
Fanny Bauty sudah cukup lama menetap di Belanda Rupanya di sana ia memiliki bisnis tempat makan yang menyuguhkan makanan ala Indonesia Tempatnya luas dan bersih Intip beberapa potretnya berikut ini
Pesta Jom Makan Thai Food Di Kota Bharu

Pesta Jom Makan Thai Food Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 746 hits
Nikmati suasana dan haruman makanan Thai pada bulan Mei ini dengan festival JOM MAKAN THAI FOOD yang diadakan di Mydin Mall Tunjong Kota Bharu dari 4 hingga 7 Mei 2023 Acara berkenaan adalah festival Jom Makan Thai Food terbesar di Kelantan...
Jalan Jalan Cari Makan Di Cafe 73 Balik Pulau Pulau Pinang

Jalan Jalan Cari Makan Di Cafe 73 Balik Pulau Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 310 hits
Jalan jalan Cari Makan Di Cafe 73 Balik Pulau Bila hari cuti mulalah plan nak buat macam macam Tapi dengan cuaca panas rasa macam nak stay dalam bilik buka aircond layan movie Bila tengok peti ais dah tiada stok lauk mentah maka en suami me...
Makan Di Dip N Dip Pulak

Makan Di Dip N Dip Pulak

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum WBTWALAUPUN dah potong kek hari jadi masa rasa macam tak best aje sebab potong keknya awal sangat ingatkan ada la dessert yang kita boleh pacak lilin tak ado ya Dulu dulu pernah buat pasal pacak lilin kat ikan kat cekodok se...
Wanita Indonesia Makan Babi Demi Content Didakwa

Wanita Indonesia Makan Babi Demi Content Didakwa

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 312 hits
JAKARTA Pempengaruh Lina Mukherjee didakwa akibat mempersendakan agama Islam melalui video aksinya memakan babi di TikTok miliknya baru baru ini Menurut laporan yang dipetik daripada Utusan Pengarah Siasatan Jenayah Khas Komisioner Agung Ma...
Makan Asam Pedas Claypot Tangkak

Makan Asam Pedas Claypot Tangkak

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 282 hits
Assalamualaikum WBTKISAH balik dari Beraya Di Rawang dalam perjalanan balik Johor Pak Inche kata nak singgah makan di Sup Lembu Tangkak Melaka Namun begitu sebaik sahaja memasuki Plaza Tol Aye Keroh hujan mula turun dan semakin lebat ketika...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar