Berdasarkan pengalaman saya mengajar matematik hampir sepuluh tahun, pelajar yang menggunakan bahasa yang elok lagi sempurna dalam penulisan mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam matematik berbanding dengan para pelajar yang melayan bahasa secara ala kadar.Selama hampir sepuluh tahun mengajar matematik di universiti, saya sudah menyemak beribu-ribu kertas matematik, dan saya dapati pelajar-pelajar yang menggunakan ayat-ayat yang sempurna mendapat markah yang tinggi berbanding dengan pelajar yang menulis dengan bahasa ala kadar.Jadi, ini mengingatkan saya kepada kata-kata seorang pensyarah matematik yang bernama Profesor Ikeda. Menurut beliau, kita mesti berusaha menjadi seorang profesional. Apakah maknanya menjadi seorang profesional? Perhatikan pada perkara-perkara yang dianggap kecil oleh para amatur. Antaranya ialah bahasa yang baik.Jadi, tuan-tuan jikalau hendak tahu mengapa subjek matematik anak-anak lemah, semaklah buku karangan bahasa Melayu mereka. Bacalah karangan-karangan yang ditulis oleh mereka dan perbaikilah dari sana.Sekian, semoga bermanfaat dan sebarlah ilmu ini ke seluruh alam.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |