Macam Duksun Lakonan Hyeri Dikritik Dalam Sesi Baca Skrip Thinking Of The Moon When The Flower Blooms
Setelah tamat “My Roommate Is A Gumiho”, Hyeri akhirnya kembali dengan sebuah drama baru tak lama lagi.
Yang bestnya, idola itu akan membuat percubaan baru dengan berlakon sebagai teraju utama untuk drama bersejarah “Thinking Of The Moon When The Flower Blooms” bersama Yoo Seung-ho.
Bagi menaikkan lagi jangkaan penonton, KBS telah meriliskan sesi pembacaan skrip pertama dengan kesemua barisan pelakon baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, kebanyakan penonton meluahkan rasa kesal dengan intonasi dan gaya percakapan Hyeri semasa sesi berkenaan. Mungkin kerana ia adalah saeguk, maknanya kemahiran lakonan yang lebih mendalam diperlukan bagi menjiwai ayat-ayat dan intonasi bagi menyerupai orang zaman dahulu.
Antara komen penonton:
Rasanya Hyeri lebih sesuai sebagai idola mahupun penghibur.
Saya rasa Hyeri seorang yang menyeronokkan dan mempunyai personaliti yang baik namun lakonannya agak.. kalau tak berlakon lebih baik. Intonasi suaranya agak janggal.
Hyeri, tolonglah banyak berlatih untuk lakonan lagi.
Kalau ada dua heroin utama, paling-paling pun biarlah seorang yang memang asal pelakon sebenar. Risau bila memikirkan kedua-dua heroin adalah idola.
Drama moden mungkin okay.. watak seperti Duksun mungkin boleh ada… Tapi untuk drama bersejarah, tolonglah belajar cara sebutan dan lain-lain sebelum menyertainya..
Lakonan Hyeri sama sahaja..
Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang mempertahankan Hyeri dan meminta semua supaya menantikan tayangan pertama dahulu sebelum mengkritik.
Sesi pembacaan skrip mana sama dengan semasa lakonan sebenar kan? Mungkin Hyeri okay sahaja nanti.
Sekadar pengetahuan, drama ini mengambil tempat ketika undang-undang yang paling keras digunakan dalam sejarah Joseon, menggambarkan kemahuan manusia dan sesungguhnya menghalang bukanlah pilihan terbaik. Ianya akan menampilkan hubungan berisiko mengenai seorang inspektor berprinsip yang menangkap sesiapa membuat arak secara haram dan seorang wanita yang membuat arak secara haram bagi mengubah nasibnya. “Thinking Of The Moon When The Flower Blooms” akan memulakan tayangan pada 20 Disember ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/macam-duksun-lakonan-hyeri-dipersoal-dalam-sesi-baca-skrip-thinking-of-the-moon-when-the-flower-blooms/