Hukum Baca Talqin



Amalan membaca talqin setelah mayat dikebumikan adalah satu amalan yang diterima sebagai sunnat atau mustahab dalam mazhab Syafi'i. Dan amalan ini telah diamalkan oleh umat Islam di Nusantara ini sejak awal kemasukan Islam lagi, tanpa ada yang mempertikaikannya atau menolaknya. Maka kenapa kini amalan sebegini dijadikan sasaran untuk menghukum orang lain sebagai pelaku bid'ah yang tidak mengikuti sunnah? Jika pun tidak mahu bertalqin, maka sewajarnya berlapang dadalah kerana ianya termasuk dalam bab khilafiyyah pada furu', di mana dalam mazhab Syafi'i ianya adalah sesuatu yang dihukumkan sebagai sunnat atau mustahab. Imam an-Nawawi rhm. menulis dalam kitab "Raudhatuth Tholibiin" seperti berikut:-


... Dan mustahab hukumnya mentalqinkan mayyit setelah dikebumi. Maka dikatakan: "Wahai hamba Allah anak hamba perempuan Allah, ingatlah dengan apa yang atasnya engkau keluar meninggalkan dunia, iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sesungguhnya syurga itu benar, neraka itu benar, kebangkitan itu benar, hari kiamat pasti datang tanpa keraguan, dan Allah akan membangkitkan sesiapa sahaja dari kubur. Sesungguhnya engkau telah redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi, al-Quran sebagai panutan, ka'bah sebagai qiblat dan kaum mukminin sebagai saudara". Telah warid dengannya hadits Junjungan Nabi s.a.w


Selanjutnya Imam an-Nawawi meneruskan lagi:-Inilah talqin yang dihukumkan mustahab oleh perhimpunan daripada sahabat kami (yakni para ulama asy-Syafi'iyyah), antara mereka adalah al-Qadhi Husain, Shohibut Tatimmah, Syaikh Nashr al-Maqdisi dalam kitabnya "at-Tahdzib" dan selain mereka. Qadhi Husain telah menukilkan bahawa secara mutlak di sisi ulama Syafi'i, membaca talqin ini adalah mustahab . Dan adapun hadits yang datang mengenai hukum talqin ini adalah dhoif, akan tetapi hadits-hadits (dhoif) berkaitan keutamaan (fadhoil) adalah tidak mengapa untuk diamalkan di sisi ahli ilmu daripada kalangan muhadditsin dan selain mereka. Dan telah diperkukuhkan hadits mengenai talqin ini dengan kesaksian beberapa hadits yang shohih, seperti hadits :

"Mohonlah kepada Allah baginya (yakni bagi si mati) akan ketetapan (yakni ketetapan dalam menjawab fitnah kubur),"
dan wasiat Sayyidina 'Amr bin al-'Aash:
"Berdirilah kamu di sisi kuburku (walaupun hanya) selama kadar menyembelih seekor sembelihan dan membahagi-bahagi dagingnya, sehingga aku dapat merasakan ketenangan dengan kalian dan aku mengetahui dengan apa akan aku kembalikan utusan-utusan Tuhanku (yakni Munkar dan Nakir)", sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shohihnya. Sentiasalah penduduk Kota Syam beramal dengan amalan talqin ini sejak zaman permulaan Islam lagi, iaitu zaman di mana orang-orangnya dijadikan ikutan


Maka berkata para sahabat kami (yakni ulama Syafi'i): " Dan duduklah orang yang membaca talqin itu di sisi kepala kuburan si mati, dan adapun anak kecil yang belum baligh dan seumpamanya, maka tidaklah ditalqinkan."

Oleh itu, janganlah memandang remeh urusan talqin mayyit setelah dikubur. Ianya adalah amalan yang punya dalil dan asas dalam Mazhab Syafi'i. Bukan hanya kita di Malaysia yang bertalqin zaman berzaman, Imam an-Nawawi rahimahullah telah menyatakan bahawa umat Islam di Kota Syam turut mengamalkannya sejak dahulu lagi. Jauhilah sikap mempersenda-sendakan amalan orang lain, apatah lagi jika ianya yang punya dasar, dan diamalkan oleh para ulama dan awliya'. Negeri Sembilan Darul Khusus adalah negeri yang telah mewartakan fatwa berhubung talqin. Di mana dalam Warta Kerajaan Jil. 50 No. 19 bertarikh 11 September 1997 mewartakan fatwa berikut:-
1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati) dan atau selepas dikebumikan

2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata di sisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W. hingga akhir talqin

3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -
(a) membid'ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat

(b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang

(c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang

4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan 3..

sekian
Sumber : Ustaz Azhar Idrus

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bemiesworld.blogspot.com/2011/05/hukum-baca-talqin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 375 hits
SOALAN Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsu...
Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 294 hits
Manusia yang paling keras siksanya di hari kiamat nanti yaitu orang orang yang menggambar Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata kepada Abul Hayyaj Al Asadi Maukah aku mengutus mu dengan apa yang Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam...
Berjauhan Dengan Anak Doakanlah Selalu Ulang Baca Doa Sampai Hati Tenang

Berjauhan Dengan Anak Doakanlah Selalu Ulang Baca Doa Sampai Hati Tenang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 280 hits
Tidak mudah bagi seorang ibu untuk berpisah dengan anaknya yang masih kecil Namun bagi melangkah ke alam dewasa dan mahu anak menjadi bijak dan kaya dengan ilmu ibu merelakan terpisah jauh walau masih kecil Namun teruskanlah berdoa untuk an...
Banyak Baca Byak Ilmu

Banyak Baca Byak Ilmu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 140 hits
sekadar berkongsi jom baca banyak kita baca bnyak ilmu yang kia dapat Petua Mencuci HatiPetua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah KamsahSegala aspek kehidupan ini bermula daripada hati Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana ...
Baca Tulisan Ini Membongkar Ketika Mata Najwa Sudah Dibayar Oleh Ahok

Baca Tulisan Ini Membongkar Ketika Mata Najwa Sudah Dibayar Oleh Ahok

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 133 hits
Kembali lagi harus saya katakana bahwa para pendukung Ahok itu memang asli culun culun Mulai dari Cyber Armynya di media media social Teman Ahok Partai baru itu dan para Orang orang tua yang mati matian mendukung Ahok Sama semuanya yaitu cu...
Anda Seorang Graphic Designer Yang Sedang Struggle Baca Ini

Anda Seorang Graphic Designer Yang Sedang Struggle Baca Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 162 hits
Kehidupan seorang graphic designer bukanlah seindah yang di sangkakan Jika anda seorang Freelance Graphic Designer lagi banyak yang anda Struggle Dengan karenah pelanggan pendapatan yang sedikit dan macam macam Tetapi apakan daya inilah bid...
Dalam 3 Bulan Boleh Baca Ibu Ini Kongsi Teknik Membaca Menulis Buat Sekali

Dalam 3 Bulan Boleh Baca Ibu Ini Kongsi Teknik Membaca Menulis Buat Sekali

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 272 hits
Ibu bapa yang ada anak usia antara 4 hingga 6 tahun pasti akan memikirkan teknik apa yang sesuai untuk ajar anak cepat membaca Maklumlah silibus Tahun Satu sekarang bukanlah seperti zaman kita dulu dulu yang mana murid tak kenal huruf dan t...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki