Waist Compression Wonder Suit By Jovian Sesuai Untuk Semua
Sebagai jenama antarabangsa yang senantiasa mencari usaha untuk terus berkembang, kali ini Jovian tampil memperkenalkan rangkaian pakaian dalam dikenali dengan nama WONDER SUIT khusus untuk wanita menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Cuba sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan pasaran, Jovian yang juga dikenali sebagai perintis fesyen RTW ( Ready - To - Wear ) di Malaysia senantiasa menitik beratkan luahan Jovianista - Bagaimana wanita menghadapi masalah dengan figura untuk menyarung pakaian berfesyen dan tampil yakin dikhalayak ramai. Dengan Wonder Suit by Jovian, ia bukan lagi masalah yang besar kerana waist compression ( korset ) ini mampu mengempiskan perut dan mencapai siluet yang diidamkan.
Bukan setakat menjaga penampilan, ia juga menawarkan keselesaan dan sokongan penuh untuk menjaga kesihatan tulang belakang.
"Saya owner of the brand but i'm a wearer of myself. So bila kita rasa bangga, kita rasa happy memakai sendiri saya rasa orang lain akan merasai benda yang sama. Jadi saya punya target penjualan bukannya untuk mendapatkan banyak jualan tapi saya punya aim untuk mendapatkan lebih ramai yang akan memakai Wonder Suit dan enjoy the benefit of it."
-- Jovian Mandagie, Pereka Fesyen
Diperbuat daripada bahan premium berkualiti tinggi yang tidak panas, ia mempunyai tiga baris cangkuk mudah laras untuk memuatkan enam panel tetulang yang fleksibel untuk mengikat pinggang dengan lebih kemas dan membolehkan pengguna bergerak bebas.
WONDER SUIT By JOVIAN
Untuk mencapai bentuk badan idaman, korset ini dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mampu mencengkam bahagian pinggang bagi membantu pembentukan bentuk badan yang ideal. Antara ciri-ciri unik lain yang membezakan Wonder Suit dengan jenama lain di luar sana :Diperbuat dari material berkualiti tinggi yang sejuk dan tidak menghalang kulit untuk bernafas.Cangkuk boleh laras untuk keselesaan.Rekabentuk anggun tali pinggang tambahan yang boleh ditanggalkan.Dibina dengan 16 tetulang lembut untuk kesan pelangsingan tambahan dan membentuk garis di pinggang dan perut.
Wonder Suit turut bekerjasama dengan lima bintang terkenal Malaysia iaitu Ifa Raziah, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Sherry Al Hadad dan kumpulan Dolla untuk menjadi wajah hadapan produk. Sesuai dengan populariti mereka, diharap produk ini dapat membantu lebih ramai wanita di luar sana mendapat bentuk badan idaman sekaligus tampil lebih yakin.
Tersedia dalam saiz S hingga XXXL, korset ini telah berada di pasaran dengan harga RM 149.00 dan ia boleh dibeli melalui laman sesawang Jovian ataupun melalui ejen serta stokis Jovian yang berdaftar.
Selain di laman sesawang Jovian, korset ini juga boleh dibeli disemua JStore, Jovian Pop Up booth dan juga Shopee mulai 01hb September 2022 nanti.
WEBSITE | INSTAGRAM | SHOPEE
Pastikan beli yang ORIGINAL tau !! Hee~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2022/08/waist-compression-wonder-suit-by-jovian.html