Rakyat Pulak Kena Berhati Hati Habis Kerajaan Buat Apa Untuk Halang Semua Ini Berlaku
Aktifkan penyahihan 2 faktor, elak akaun media sosial, pemesejan diambil alih
Bernama -August 11, 2022
SKMM menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan tidak berkongsi kod pengesahan kepada mana-mana pihak termasuk individu yang dikenali selain tidak klik kepada sebarang pelokasi sumber seragam (URL) atau pautan mencurigakan.KUALA LUMPUR: Orang ramai sekali lagi diseru supaya mengaktifkan penyahihan dua-faktor (2FA) bagi setiap akaun media sosial dan aplikasi pemesejan bagi mengelak daripada menjadi mangsa pengambilalihan akaun untuk tujuan penipuan yang semakin meningkat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerusi kenyataan malam ini turut menasihati orang ramai agar tidak berkongsi sebarang kod pengesahan bagi mengelakkan risiko akses oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut SKMM, pengambilalihan akaun aplikasi pemesejan berlaku melalui taktik penyamaran dan pemerdayaan mangsa supaya menyerahkan kod pengesahan atau kod keselamatan 4 digit, 5 digit atau 6 digit yang dihantar oleh penyedia platform aplikasi pemesejan sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau tetapan lain yang dipilih oleh pengguna.
“Antara helah dan modus operandi yang sering digunakan pelaku termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa yang menggunakan akaun pemesejan palsu dan menggunakan elemen ugutan atau pemerasan bagi mendapatkan kod pengesahan.
“Menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun pemesejan yang telah diambil alih, seterusnya merayu mangsa menyerahkan kod pengesahan dengan mendakwa ia milik mereka dan pihak penyedia platform aplikasi pemesejan telah tersalah menghantar kod kepada mangsa,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, pelaku menyamar sebagai pihak berkuasa dan memaklumkan mangsa dipilih menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan rahsia yang diwujudkan oleh kerajaan.
“Mangsa seterusnya diarahkan untuk berkongsikan kod pengesahan yang dihantar melalui aplikasi pemesejan atau SMS bagi mendapatkan akses ke dalam kumpulan rahsia tersebut,” kata SKMM.
Pelaku juga akan memancing data dengan menghubungi mangsa sama ada melalui aplikasi pemesejan atau di ruangan pesanan media sosial dengan menyamar sebagai wakil kepada penyedia platform aplikasi pemesejan.
“… seterusnya pelaku memaklumkan bahawa mangsa telah melakukan pelanggaran privasi atau hak cipta sebelum diarah untuk klik pada pautan yang diberikan bagi tujuan pembetulan,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsi kod pengesahan kepada mana-mana pihak termasuk individu yang dikenali selain tidak klik kepada sebarang pelokasi sumber seragam (URL) atau pautan mencurigakan,” katanya.
Pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan secara terus kepada pihak pengendali platform atau di https://aduan.skmm.gov.my/.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/08/rakyat-pulak-kena-berhati-hati-habis.html