Idea Jual Semua Bisnes Dan Harta Yang Ada Di Bandar Dan Balik Kampung Bina Bisnes Baru




Tahun 1999, saya datang ke Lembah Klang ni untuk belajar tentang perniagaan dan cari peluang perniagaan.
Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran negara kita. Kebanyakan peluang yang ada di Malaysia akan bermula dari kotaraya megah ini. Itu yang kawan-kawan otai beritahu. Saya percaya kata mereka.
Sampai di sini, saya dapat lihat memang teruk kehidupan di kotaraya walaupun segala kemudahan ada di sini. Lebih teruk dari kehidupan di kampung yang tak berapa banyak sangat kemudahannya.
Formulanya asasnya adalah duit. Segala kemudahan di bandaraya adalah untuk mereka yang berduit. Segala kesusahan di kampung adalah untuk mereka yang ringan tulang, tak ada duit pun tak apa.
Persaingan kejar duit demi mendapatkan segala kemudahan hidup di bandar sangat kuat. Masing-masing cuba ke depan.
Bila berada dalam keadaan kelam kabut macam tu, sudah tentu ada kaki orang lain yang akan kena pijak. Samada sengaja atau tidak sengaja. Sebab itu orang bandar hatinya makin lama makin keras.
Walaupun cabarannya sangat besar, ramai yang bersaing, tapi periuk kawah nasi briani di kotaraya bersaiz gergasi.
Kalau saya dapat kerak dari lebihan nasi yang hangitpun kat dasar periuk tu, nilainya sudah tentu masih jauh lebih besar berbanding kat kampung.
Itulah yang saya fikirkan. Sebab itu saya datang. Nekad berusaha cari jalan. Hidup sebagai usahawan kecil dan kerdil sehingga lah sekarang.
Tinggal kesibukan, celapak naik kapalBeberapa tahun yang lalu saya tinggalkan semua kerja dan loncat naik kapal lebih dari seminggu. 
Masa itu bisnes dah jalan lancar. Saya dah ada pendapatan tetap hasil dari beberapa bisnes yang dah berjaya dibina.
Semua bisnes masa tu dah boleh dilepaskan. Tak perlu berikan tumpuan sangat pada urusan seharian. Saya gajikan orang untuk menguruskannya.
Keinginan untuk merasa pengalaman duduk belayar atas kapal beberapa hari merupakan salah satu dari ‘impian perlu buat sebelum mati’ yang saya ada.
Saya pesan pada kawan-kawan yang rapat, kalau ada peluang macam tu, tolong beritahu.
Dengan kehendak Tuhan, peluang itu sampai juga akhirnya.
Saya terus sambut. Walaupun notis sangat pendek. Cari jalan untuk jayakan juga. Dengan seorang lagi kawan, juga seorang usahawan, kami pergi ke limbungan kapal di Port Klang dan terus celapak naik kapal.
Kapal itu bergerak dari Klang melalui persisiran pandai menuju ke Melaka. Kemudian pusing melalui persisiran Indonesia. Masuk Johor, lintas Singapura dan masuk ke Pantai Timur. Perjalanan berakhir di Terengganu.
Kalau tak silap, kami berlayar selama 7 hari 8 malam. Siang dan malam duduk atas kapal. Ada lebih kurang 23 orang krew kapal, seorang kapten, siap ada tukang masak tersedia dalam kapal tu.
Setiap hari, kapal akan bergerak selepas kami semua selesai solat subuh secara berjemaah di dek kapal.
Terus bergerak sehinggalah ke magrib di mana kapal berlabuh. Itu waktu kami lepak atas kapal, tidur sehingga ke subuh. Malam hari diisi dengan aktiviti memancing, berborak atau melayan perasaan atas dek sambil dipukul angin.
Perjalanan selama lebih seminggu itu memang satu pengalaman baru tak pernah saya lalui seumur hidup sebelum itu. Nanti saya akan ceritakan lebih panjang di lain artikel jika ada kesempatan.
Jual bisnes dan balik kampungApa yang nak saya ceritakan adalah salah satu pengalaman ketika berlayar tu.
Kami berlabuh di persisiran pantai Terengganu. Tak jauh dari Pulau Kapas. Kapten kenal seorang kawannya yang duduk di Pulau Kapas itu yang jalankan bisnes resort unik.
Bila dengar tawaran pertanyaan kapten, samada nak pergi tengok pulau kapas atau tidak, kami tak fikir panjang.
Tentu mahu!.
Bot kecil diturunkan dan beberapa orang anak kapal ikut sama ke Pulau Kapas yang tak berapa jauh dari Kapal kami.
Kami terus ke resort kawan kapten tu. Berkenalan dan nikmati makanan di restoran unik kawan kapten.
Dia buat chalet di sekitar pantai itu, saya tak ingat berapa buah chalet yang dia ada. Mungkin dalam 10 buah atau lebih sikit.
Tapi yang bestnya kesemua pelanggannya adalah pelancong luar negara. Dan paling mengkagumkan, kesemua chalet yang dia ada itu dah ditempah penuh untuk selama 2 tahun ke depan.
Pakej yang dia sediakan termasuk makan dan minum di restoran yang dia sendiri masak dan sediakan khas untuk para penyewa chaletnya.
Dia santai saja. Tenang dan kelihatan sangat bahagia.
Kedua-dua orang anaknya di sekolahkan di International School di Kuala Terengganu. Setiap pagi, dia pergi hantar dan petang, ambil anaknya dengan menaiki bot.
Kos sekolahkan anak-anak kat situ 2 orang bukanlah murah. Itu bayangan menunjukkan bisnes yang dia buat laku keras dan menguntungkan.
Bila saya tanya macam mana dia boleh dapat idea buat bisnes macam ni kat Pulau Kapas. Malahan pula cara yang dia buat itu bukan idea kampung. Sangat luar biasa dan ke depan.
Dari ceritanya barulah saya tahu yang dia asalnya berniaga di Kuala Lumpur sebelum ini. Bersabung nyawa berusaha cari makan dalam industri logistik.
Setelah lama hidup dalam keadaan yang macam tak ada kehidupan, akhirnya dia buat keputusan menjual kesemua bisnes logistiknya berserta aset yang dia ada. Lagipun ketika dia jual itu ekonomi sangat malap.
Dengan duit yang ada, dia datang ke Terengganu, masa itu agaknya harga tanah masih murah dan dia beli tanah kat Pulau Kapas. Di situ, dia mula usahakan bisnes resort.
Pendedahan kepada dunia logistik dengan pelanggan dalam dan luar negara memberikan kelebihan untuk dia merangka idea bisnes yang unik dan luar biasa.
Apakah perasaannya dengan bisnes yang dia buat itu berbanding bisnes dahulu di kotaraya?
Bila saya tanya soalan itu padanya, dia senyum. Senyuman penuh kepuasan keluar dari riak air mukanya. Itu keputusan yang terbaik pernah dia buat dalam hidup.
Jom jual bisnes, balik kampungSemenjak dua menjak ini, semua pengalaman itu makin mendapat perhatian, keluar balik dari dalam benak kepala saya.
Perasaan nak lari balik kampung, tak semestinya kampung sendiri, makin kuat terasa. 
Bukan rimas atau rasa dah tak tahan dengan kerenah pusat bandar. Tapi lebih kepada cetusan idea untuk menyumbang satu kelainan kepada pembinaan kelompok usahawan baru di Malaysia.
Saya terfikirkan bagaimana usahawan yang dah ada pengalaman dan pendedahan bandar, boleh memberikan sumbangan kepada perkembangan negara kita. Dalam masa yang sama, menikmati gaya hidup yang santai yang lebih sesuai dengan budaya orang asia.
Ideanya mudah saja.
Mulakan dari sekarang, luangkan masa untuk berjalan ke luar kawasan kampung atau penempatan terpencil yang jauh dari pusat bandar.
Lari jauh dari kawasan yang ada industri besar. Mereka tu kerjanya hanyalah merompak kesemua anak-anak muda lelaki dan perempuan dari kampung untuk menjadi hamba kerja sebagai operator pengeluaran di kilang. Gaji lumayan ditawarkan yang memang tak dapat di kampung.
Habis semua lari dan habis kampung sunyi sepi. Saya dah tengok semua ini terutamanya di Pulau Pinang. Habis anak-anak muda kampung sehingga yang berada di Baling, Kedah umpamanya lari ke Pulau Pinang jadi pekerja kilang.
Bukan sikit-sikit. Puluhan atau ratusan ribu pekerja. Kampung jadi sunyi sepi.
Sebab itu saya cadangkan pergi cari penempatan terpencil yang jauh dari perompak anak-anak muda ini.
Tanah kat kawasan terpencil sebegitu masih murah. Jika nampak ada peluang, beli tanah di situ dan mula usahakan projek makanan dan minuman istimewa keluaran khas dari kampung terpencil itu.
Perlu dimulakan dengan usaha pertanian sebab itu asas kepada kesemua industri yang ada di dunia ini. Mungkin tanam padi, sayur, buah-buahan dan lain-lain seumpamanya. 
Tapi bukan sebarang usaha pertanian. Ianya mestilah berkonsepkan organik dan bersepadu yang selamat dari pencemaran.
Usaha sedemikian boleh menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk kampung.
Dengan pendedahan usahawan selama di pusat bandar, usaha membina jaringan boleh dilakukan untuk pasarkan produk unik dari kampung ke luar.
Mungkin boleh anjurkan expo produk kampung sebulan sekali. Jemput penduduk sekitar dan kawan-kawan usahawan dari pusat bandar, datang shopping dan bina perhubungan bisnes dengan semua usahawan yang ada di kampung tersebut.
Saya bayangkan usaha ni boleh dikembangkan sehingga kampung itu mampu keluarkan bahan mentah seperti tepung, roti, sos dan lain-lain lagi untuk bekalan penduduk di situ. Kampung yang ‘self-sustained’ kata orang putih. Lebihannya boleh dipasarkan keluar.
Ringkasnya, dalam artikel angan-angan yang pendek ini, usaha ini akan menghasilkan banyak masyarakat usahawan luar bandar yang berdikari. Mereka akan kembangkan kampung ke tahap yang lebih meriah tanpa merosakkan budaya tolong menolong dan nilai ketimuran orang kita di kampung.
Saya bayangkan sebuah kampung yang maju, kekal ciri-ciri budaya ketimuran. Restoran yang kemas terurus tahap 5 bintang. Kegiatan ekonomi yang maju mesra alam. Penduduk yang saling kenal mengenali. Siap ada kilang proses yogurt keluaran tempatan.
Kena cari seorang usahawan kaya raya sebagai anchor untuk explore mana-mana kampung terpencil. Beli tanah luas, dan mula usahakan projek ni.
Kawan-kawan usahawan lain dari industri yang berbeza, akan turut sama tinggalkan pusat bandar dan mulakan bisnes mereka di penempatan terpencil itu. Semuanya perlu diusahakan secara berkumpulan.
Tentu best macam itu kan !
Kembali ke kampung, teroka kawasan yang jauh terpencil. Tukar gaya hidup. Dan mula bina semula kehidupan yang lebih seimbang.
Ada yang nak joint usaha macam tu tak?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2020/01/usahawan-bandar-perlu-jual-semua-bisnes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Tempat Makan Terkenal Sekitar Kampung Baru Kl Sedap Terangkat

15 Tempat Makan Terkenal Sekitar Kampung Baru Kl Sedap Terangkat

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 452 hits
15 Tempat Makan Sedap terbaik Di Kampung Baru KLMesti selalu dengar kan Kampung Baru ni mmg terkenal dengan makanan yang sedap Tapi tak tahu nak makan kedai yang mana kan Nah ikut je list ni Confirm tak mengecewakan 1 Nasi Lemak WanjoNasi l...
Tetap Tunggu Ayah Balik Baru Keluar Atlet Ziyad Zolkefli Dapat Anak Ke 3

Tetap Tunggu Ayah Balik Baru Keluar Atlet Ziyad Zolkefli Dapat Anak Ke 3

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 180 hits
Rezeki berganda buat atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli apabila menerima hadiah paling bermakna selepas pulang ke tanah air menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN Solo Indonesia Menerusi perkong...
Bila Sesekali Balik Kampung

Bila Sesekali Balik Kampung

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni SA ada 2 days course hari ni dan esok so SA dh siap2 kan entry untuk hari ni 2 hari ni nak kena focus training untuk KPI tahun ni xde training nanti markah x cantik kan So hari ni nak citer bab balik kampun...
T18l17 Mama Dobi Di Taman Seroja Di Bandar Baru Salak Tinggi

T18l17 Mama Dobi Di Taman Seroja Di Bandar Baru Salak Tinggi

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 204 hits
Bismillahirrahmanirrahim Allahumma solli wassalamu ala saiyidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajama in Assalamu alaikum karangan mengenai catatan harian Tedi ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan 17 Disember 2018 20 51 IsninM...
Selidik 10 Perkara Berikut Kalau Nak Pastikan Idea Bisnes Anda Berpotensi Pergi Jauh

Selidik 10 Perkara Berikut Kalau Nak Pastikan Idea Bisnes Anda Berpotensi Pergi Jauh

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 174 hits
Panduan 10 perkara yang wajib di selidik dan dibetulkan ini sering saya kongsi dalam ceramah setiap kursus perniagaan yang dibuat Saya kongsikan di sini kesemuanya dalam satu artikel yang agak panjang ni Bagi yang nak lihat samada idea bisn...
Bukti Baru Yang Dibawa Najib Hanya Hearsay Atau Khabar Angin

Bukti Baru Yang Dibawa Najib Hanya Hearsay Atau Khabar Angin

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 207 hits
DPP Dakwaan bukti baru Najib khabar anginHidir Reduan Abdul RashidTimbalan Pendakwa Raya V Sithambaram hari ini berhujah di Mahkamah Persekutuan bahawa permohonan penyerahan bukti baru Najib Razak dalam kes SRC International bernilai RM42 j...
Pendakwaraya Patahkan Hujah Peguam Baru Najib Secara Mudah

Pendakwaraya Patahkan Hujah Peguam Baru Najib Secara Mudah

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 203 hits
Setuju sangat Netizen yang juga ada akaun bank di Maybank mungkin tidak boleh komen apa terhadap Najib ITU satu kesalahan ada kepentingan Najib so special Sebenarnya rakyat kurang kesah Najib dipenjarakan atau tidak sebab rakyat dah kenal N...
Sling Bag Baru Memenuhi Ciri Mr Hubby Nak

Sling Bag Baru Memenuhi Ciri Mr Hubby Nak

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 185 hits
Sling bag baru mr hubby Aihhh tukar bag je kerja dia hehe Siapa yang rajin singgah ke blog sis ni mesti tahu sis pembeli beg tegar berjenama copy ori hehe K fiezz memang suka beli beg beg copy ori jenama untuk diri sendiri harus lah untuk m...
Permohonan Najib Kemuka Bukti Baru Adalah Taktik Lengahkan Kes Pendakwaan

Permohonan Najib Kemuka Bukti Baru Adalah Taktik Lengahkan Kes Pendakwaan

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 152 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 15 2022 7 04 PMPermohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd adalah taktik untuk melengahkan perjalanan dan pengakhiran kes itu Mahkamah Perseku...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner