Wah Reunion Selepas 3 Tahun Ainul Lepak Di Pavilion Dengan Dr Amalina Ibu Harap Ukhwah Berkekalan
DR Amalina Che Bakri dan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dua nama ini cukup ‘familiar’ dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menyoroti kisah Ainul bermula daripada pender1taan penyak1t yang dialaminya, sehinggalah pembed4han membuang tum0r seberat 200 gram di mulut yang berjaya dilakukan oleh sepasukan doktor bed4h termasuk Dr Amalina di London, benar-benar membuatkan masyarakat tersentuh.
Ternyata hubungan antara Ainul dengan Dr Amalina tidak terhenti setakat itu sahaja.
Kini selepas hampir tiga tahun, kedua-duanya bertemu kembali ibarat sebuah keluarga.
Ainul yang kini hampir mencecah usia empat tahun itu kelihatan gembira dapat berjalan-jalan dan meluangkan masa dengan Dr Amalina di sekitar Pavilion, Kuala Lumpur.
Telatah Ainul yang ceria di samping Dr Amalina, dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi di Instagram.
“After (selepas) tiga tahun dan sampai bila-bila, semoga ikatan ini akan berkekalan.
“Mama doakan semoga Ainul jadi pandai dan cerdik macam Dr Amalina. Boleh duduk London nanti,” tulis Nurul Erwani menerusi hantaran di Instagram Story pada Sabtu.
Hantaran Nurul Erwani menerusi Instagram Story miliknya.
Nurul Erwani turut berkongsi beberapa keping gambar mereka sekeluarga bersama Dr Amalina dan suaminya, di laman sosial tersebut.
Sementara itu, Dr Amalina juga membuat hantaran mengenai pertemuan bersama keluarga Ainul di laman Instagram miliknya.
“Lovely to see Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) and @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) again. Alhamdulillah Ainul is healthy and a happy little toddler (Gembira bertemu Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) dan @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) lagi. Alhamdulillah Ainul sihat dan anak kecil yang ceria),” tulisnya.
Dr Amalina yang kini berkhidmat di sebuah hospital di United Kingdom, tiba di tanah air minggu lalu menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB).
Kepulangannya turut disertai suami, Alexander Charles.
Dr Amalina adalah salah seorang doktor yang terlibat dalam pasukan perubatan yang menjayakan pembed4han membuang tum0r pada mulut Ainul.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira melihat ikatan ukhwah yang berkekalan antara keluarga Ainul dengan doktor jelita tersebut.
“Alhamdulillah… terima kasih doktor! Ukhwah tetap terjalin.
“Beruntung Ainul dapat jumpa Dr Amalina.
“Seb4k pula tengok reunion ni,” demikian antara komen netizen.
Untuk rekod, Ainul yang sebelum ini menghidap ‘germ cell tum0r’, selamat menjalani pembed4han membuang tum0r seberat 200 gram pada mulutnya di hospital kanak-kanak di London pada Jun 2019.
Dr Amalina adalah salah seorang doktor yang terlibat dalam pasukan perubatan yang menjayakan pembed4han tersebut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/02/wah-reunion-selepas-3-tahun-ainul-lepak.html