Selepas 3 Tahun Dapat Jumpa Semula Ainul Tak Lepas Pegang Tangan Dr Amalina


“Dia (Ainul) pandang saja dan pegang tangan Dr Amalina ketika pertemuan mereka selepas 3 tahun. Dr Amalina juga tak lepas pandang melihat Ainul,” kata Nurul Erwani Zaidi, ibu kepada penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Nurul Erwani, 27, menceritakannya detik pertemuan Ainul Mardhiah, 4, dan Dr Nur Amalina Che Bakri ketika diminta berkongsi kisah menyentuh hati itu.

Pertemuan itu mendapat perhatian netizen selepas Nurul Erwani dan Dr Amalina masing-masing memuat naik gambar mereka bersama Ainul Mardhiah di Instagram (IG).
Bercerita lanjut, Nurul Erwani berkata, dia dan Dr Amalina sering berhubung menerusi WhatsApp sebelum ini bagi memaklumkan perkembangan Ainul Mardhiah.
“Kami selalu saja WhatsApp antara satu sama lain, malah Dr Amalina ada menghantar kiriman mesej sebelum ini selepas saya muat naik hantaran memaklumkan keadaan Ainul yang tidak sihat.

“Cuma, saya dan suami belum ada kesempatan membawa Ainul berjumpa Dr Amalina.
“Bagaimanapun, selepas melihat perkongsian Dr Amalina menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air di IG sebelum ini, saya terus menghantar kiriman mesej untuk mengajaknya (Dr Amalina) berjumpa jika dia berkelapangan,” katanya.
Dr Amalina tak lepas peluk Ainul
Nurul Erwani berkata, dia dan suami, Ahmad Safiuddin Abdul Razak, 27, tidak terlalu berharap kerana faham keutamaaan Dr Amalina pulang ke Malaysia adalah untuk meluangkan masa bersama keluarganya.
“Lagipun, saya lihat Dr Amalina ada memuat naik gambar bercuti dengan suami di Langkawi, namun beliau terima pelawaan saja cuma beritahu mahu pulang ke Johor Bahru, Johor bertemu ibunya dahulu.

“Saya dan suami akhirnya dapat membawa Ainul bertemu Dr Amalina dan kami sempat luangkan masa makan tengah hari serta jalan-jalan di ibu kota bersama kira-kira dari 1 tengah hari hingga 3 petang.
“Dr Amalina asyik peluk Ainul ketika berjumpa. Beliau akui sebak kerana dulu Ainul masih bayi dan didukung tetapi kini boleh berjalan serta riang ketawa. Menurut Dr Amalina, Ainul seperti adiknya,” katanya.
Menurut Nurul Erwani, sekiranya ada rezeki, dia dan suami mahu mempertemukan lagi Ainul Mardhiah dengan Dr Amalina.
“Saya dan suami ada perancangan untuk ke London cuma perlu tunggu Ainul sihat dan kewangan kami stabil dahulu.
“Buat masa ini, Ainul masih menjalani terapi pertuturan dan fisioterapi diikuti pembedahan plastik nanti.

“Alhamdulillah, saya sekeluarga masih dapat sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa tertunggu untuk mengetahui perkembangan Ainul sehingga kini dan kami hargai juga doa dititipkan.
“Terima kasih juga buat Dr Amalina kerana sentiasa ambil berat dan ikuti perkembangan Ainul daripada awal hingga kini, moga ukhuwah antara kami terus terjalin,” katanya.
Dr Amalina bersama Ainul ketika menerima rawatan di London. Rancang buka Yayasan Ainul Mardhiah
Sementara itu, Nurul Erwani berkata, dia dan suami juga ada perancangan membuka Yayasan Ainul Mardhiah satu hari nanti.
“Buat masa ini, kami cuba ambil inisiatif bantu kanak-kanak berpenyakit yang memerlukan dana dengan menyumbang ikut kemampuan bagi meringankan beban keluarga mereka.
“Jika ada rezeki, kami mahu menubuhkan sebuah yayasan pula supaya Ainul Mardhiah dapat turut sama membantu golongan kurang bernasib baik apabila dewasa nanti,” katanya.
Pada 2019 Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London.

Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu mengesahkan ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.
Kredit: Metro / Gambar: FB Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Selepas 3 Tahun Dapat Jumpa Semula, Ainul Tak Lepas Pegang Tangan Dr Amalina appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selepas-3-tahun-dapat-jumpa-semula-ainul-tak-lepas-pegang-tangan-dr-amalina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wah Reunion Selepas 3 Tahun Ainul Lepak Di Pavilion Dengan Dr Amalina Ibu Harap Ukhwah Berkekalan

Wah Reunion Selepas 3 Tahun Ainul Lepak Di Pavilion Dengan Dr Amalina Ibu Harap Ukhwah Berkekalan

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 239 hits
DR Amalina Che Bakri dan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dua nama ini cukup familiar dalam kalangan rakyat Malaysia Menyoroti kisah Ainul bermula daripada pender1taan penyak1t yang dialaminya sehinggalah pembed4han membuang tum0r seberat 200...
Dr Amalina Gembira Bertemu Semula Dengan Ainul

Dr Amalina Gembira Bertemu Semula Dengan Ainul

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 155 hits
PETALING JAYA Pelatih Pakar Bedah Am Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi perasaan gembira apabila dapat bertemu semula dengan kanak kanak yang pernah dibantu olehnya sebelum ini bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut Ainul Ma...
Cari Donat Jumpa Abie Pertemuan Lepas 4 Tahun Berjauhan Sedih

Cari Donat Jumpa Abie Pertemuan Lepas 4 Tahun Berjauhan Sedih

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 151 hits
Bukan mudah bila kita terpaksa berjauhan dengan insan tersayang Sedangkan beberapa hari sudah terasa seksanya apatah lagi jika bertahun tahun lamanya Rasa rindu pasti tidak tertanggung kan Artikel Menarik Seperti yang dikongsikan oleh pengg...
Pegawai Adun Disasat Polis Selepas Dua Tahun

Pegawai Adun Disasat Polis Selepas Dua Tahun

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 181 hits
Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri Sentosa Klang Danish Hairudin semalam dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bersama isterinya untuk diambil keterangan berhubung kes dua tahun lalu Menurut Danish kes tersebut sebelum ini tidak dilanjut...
Selepas 10 Tahun Jung Woosung Dilamar Terajui Drama Romantik Tell Me That You Love Me

Selepas 10 Tahun Jung Woosung Dilamar Terajui Drama Romantik Tell Me That You Love Me

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 188 hits
Rindu kan nak tonton Jung Woo sung dalam drama lagi Mungkin berita ini akan membuatkan anda gembira kerana khabarnya lelaki itu akan menerajui drama Tell Me That You Love Me Ia merupakan drama romantik kemanusiaan diadaptasi daripada naskha...
Sungjong Infinite Tinggalkan Woolim Entertainment Selepas 13 Tahun Bersama

Sungjong Infinite Tinggalkan Woolim Entertainment Selepas 13 Tahun Bersama

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 179 hits
Selepas satu demi satu akhirnya Sungjong jadi ahli seterusnya yang meninggalkan agensi Woolim Entertainment selepas 13 tahun bersama Berita itu diumumkan menerusi akaun Instagram rasminya Hello ini ialah Sungjong INFINITE Saya akan meningga...
Selepas 4 Tahun Terpisah Gara Gara C0vldl9 Anak Kena Minta Persetujuan Ibu Nak Salam Bapa Baru Pulang Dari Australia

Selepas 4 Tahun Terpisah Gara Gara C0vldl9 Anak Kena Minta Persetujuan Ibu Nak Salam Bapa Baru Pulang Dari Australia

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 232 hits
SEJAK kerajaan membuka pintu sempadan negara secara selamat penghujung tahun lalu kita dapat menyaksikan perkongsian warganet mengenai momen pertemuan mereka dengan insan tersayang yang terpisah gara gara C0vldl9 Begitu juga pasangan ini ya...
Selepas 21 Tahun Dibina Menara Tm Mahu Dijual

Selepas 21 Tahun Dibina Menara Tm Mahu Dijual

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 197 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE February 9 2022 Selepas siap dibina pada 2001 Menara TM yang merupakan aset milik Telekom Malaysia Bhd dijual pada harga yang tidak didedahkan Khabar penjualan pencakar langit rekaan Hijjas Kasturi itu tersebar apabil...
Tya Arifin Terkejvt Anak Bongsu Tak Kenal Datuk Nenek Selepas 2 Tahun Tak Balik Indonesia

Tya Arifin Terkejvt Anak Bongsu Tak Kenal Datuk Nenek Selepas 2 Tahun Tak Balik Indonesia

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 267 hits
Pelakon dan usahawan Tya Arifin menzahirkan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang Indonesia kini tercapai selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan ahli keluarganya Bawa anak anakTya memutuskan un...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran