Virus Zika Dikesan Di Perak Kkm Saran Ambil Langkah Berjaga Jaga


Satu kes baru berkaitan dengan demam Zika telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melibatkan seorang pesakit di Perak.
Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima notifikasi daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada 12 Oktober yang lalu dan ujian pengesahan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah dilakukan pada 13 Oktober yang menunjukkan pesakit disahkan positif terkena jangkitan virus Zika.
Bermula dengan gejala muntah dan cirit birit pada 26 September lalu, pesakit yang merupakan seorang lelaki berusia 30 tahun telah dimasukkan ke hospital pada 27 September dan seterusnya dipindahkan ke unit rawatan rapi pada 29 September. Pesakit berada dalam keadaan stabil dan dan masih berada dalam wad.

Dengan pengesahan kes ini, menjadikan jumlah kes disahkan Zika adalah sebanyak sembilan kes iaitu lapan kes pada tahun 2016 dan satu kes pada tahun 2019.
Tindakan kawalan telah dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dengan aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes, larvasiding untuk membunuh jentik-jentik, pengeluaran notis seksyen 8 bagi membersihkan tempat pembiakan berisiko dan semburan ruang thermal.
Penyakit Zika adalah disebabkan oleh virus Zika yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, iaitu nyamuk yang sama menyebarkan penyakit demam Denggi dan Chikungunya. Pesakit yang dijangkiti Zika akan mengalami ruam dengan dua atau lebih gejala lain iaitu demam, sakit badan, sakit sendi, sendi bengkak atau mata kemerahan.
Kredit Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia Pesakit juga  boleh mempunyai sejarah pergerakan ke negara yang dilanda jangkitan Zika tujuh hari sebelum gejala bermula atau mempunyai sejarah kontak dengan pesakit yang disahkan dijangkiti virus Zika. Pesakit yang mempunyai gejala-gejala ini, diminta mendapatkan ujian dan rawatan lanjut dengan segera di fasiliti kesihatan berhampiran.
Bagi mencegah jangkitan virus Zika berlaku, masyarakat diminta melaksanakan aktiviti pencegahan seperti berikut:
Membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di kediaman dan premis masing-masing setiap minggu. Menggunakan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan repelan dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang terutama apabila berada di luar rumah. Menggunakan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air kekal atau sukar dibersihkan. Memasang jaring nyamuk (mosquito mesh) di tingkap dan pintu rumah bagi menghalang nyamuk memasuki kediaman. Elakkan dari melawat negara yang dilanda jangkitan Zika. Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/15/virus-zika-dikesan-kkm-saran-ambil-langkah-berjaga-jaga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zika Victim From Perak Dies Virus Believed To Be Locally Transmitted

Zika Victim From Perak Dies Virus Believed To Be Locally Transmitted

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 754 hits
IPOH The man who was infected with Zika a viral disease transmitted by the Aedes mosquito died on Friday morning Health Ministry director general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said there was a possibility that the man from Manjung died due ...
Kematian Pegawai Apmm Akibat Virus Zika Kkm Akan Lakukan Siasatan Terperinci

Kematian Pegawai Apmm Akibat Virus Zika Kkm Akan Lakukan Siasatan Terperinci

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 348 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jenazah Leftenan Muda Maritim Selamat Dikebumi Meninggal Akibat Virus Zika

Jenazah Leftenan Muda Maritim Selamat Dikebumi Meninggal Akibat Virus Zika

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 568 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil

Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 797 hits
Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak anak menjadi rosak Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ...
Data Pengguna Berisiko Terdedah Melalui Gif Pihak Whatsapp Saran Ikuti Langkah Ini

Data Pengguna Berisiko Terdedah Melalui Gif Pihak Whatsapp Saran Ikuti Langkah Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 631 hits
Pengguna aplikasi Whatsapp dinasihati untuk mengemaskini aplikasi tersebut kerana ianya didakwa sedang terdedah kepada bahaya serangan siber Menurut laporan media tempatan Cyber Crooks sedang berusaha untuk menggodam telefon bimbit pengguna...
Tujuh Langkah Pemerintah Jaga Iklim Usaha Investasi Dan Daya Saing Indonesia

Tujuh Langkah Pemerintah Jaga Iklim Usaha Investasi Dan Daya Saing Indonesia

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 276 hits
Pertama dalam rangka pengembangan industri berbasis Sumber Daya Alam dari hulu ke hilir dan berdaya saing tinggi pemerintah telah memberikan tax holiday sesuai besaran investasi
Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Tempatan

Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Tempatan

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 405 hits
Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kes kematian seorang lelaki di Manjung akibat Zika berpunca daripada jangkitan virus tempatan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata siasatan dan tindakan ...
Pedagang Makanan Dan Minuman Gelar Lapak Dekat Tni Polri Berjaga

Pedagang Makanan Dan Minuman Gelar Lapak Dekat Tni Polri Berjaga

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 217 hits
Dapat info bahwa akan ada pelantikan Makanya saya kemari kata dia saat ditemui Minggu
Tiada Istilah Bayi Tahan Mata Tak Nak Tidur Bayi 1 3 Bulan Berjaga Tak Lebih 2 Jam

Tiada Istilah Bayi Tahan Mata Tak Nak Tidur Bayi 1 3 Bulan Berjaga Tak Lebih 2 Jam

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 960 hits
Banyak yang berubah bila ibu disahkan hamil terutama sekali fizikal si ibu Perasan tak makin lama saiz payudara makin besar dan warna puting payudara mula berubah warna Semua perubaha yang berlaku ada sebabnya Perubahan badan si ibu berlaku...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun