Viral Dan Bantu Adik Ini Hidap Kanser Dan Kulit Melepuh Kini Perlukan Kerusi Roda


PUCHONG - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah gambaran derita terpaksa ditanggung seorang remaja perempuan yang menghidap kanser kulit sejak enam tahun lalu.


Selain terpaksa menanggung rasa pedih dan sakit akibat kulit seluruh badan melepuh, Nur Syahidah Rashid,18, kini berdepan kesukaran untuk bergerak berikutan lututnya kerap sakit kebelakangan ini.

Ibunya, Kamsiah Mohamed Arsad, 55, berkata, anak bongsu daripada lapan beradik itu dilahirkan secara normal dan jarang sekali sakit sehingga mengalami demam panas ketika berusia 13 tahun.

Menurutnya, pada mulanya Syahidah hanya demam biasa, namun menjadi serius apabila tumbuh ruam di pipinya selain mengalami sakit sendi.

“Anak saya jarang sakit, kalau demam sehari pun dia masih pergi sekolah, namun pada tahun 2014 keadaan berubah apabila dia kerap demam.

“Bila pergi hospital doktor tak dapat kenal pasti dia sakit apa, bila kerap demam saya bawa dia ke klinik dan hanya diberi ubat tahan sakit dan ubat sapu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kamsiah yang merupakan ibu tunggal dan menghidap asma kronik berkata, keadaan Nur Syahidah menjadi makin teruk apabila kulitnya menggelupas dan rambutnya menjadi gugur sehingga botak.

Katanya, kulit di seluruh anggota badan Nur Syahidah melepuh seolah-olah melecur terkena api.

”Pada Disember 2014, Nur Syahidah demam panas, tekanan darahnya rendah manakala jantungnya berdegup laju. Ketika mendapat rawatan di hospital, barulah doktor dapat sahkan anak saya menghidap kanser kulit.

“Sejak itu Nur Syahidah kerap tidak ke sekolah kerana alami kesakitan, jika terkena panas matahari sikit pun muka dia akan jadi merah, melecet dan keluar darah,” katanya.

Kamsiah yang menjalankan perniagaan tapai secara kecil-kecilan berkata, kebiasaannya untuk membawa Nur Syahidah ke hospital dia akan menggunakan perkhidmatan e-hailling.

Katanya, kini dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk memudahkan anaknya bergerak terutama untuk ke hospital.

“Bantuan lain Alhamdulillah cukup, saya dapat bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Cuma kalau boleh nak belikan sebuah kerusi roda kerana saya tak mampu. Sekarang anak saya sedang mendapat rawatan di Hospital Serdang kerana platelet darahnya turun,” katanya.

Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat (nombor akaun 220696118980) atas nama Nur Syahidah.

Sumber : Sinar Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/viral-dan-bantu-adik-ini-hidap-kanser.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidap Kanser Ovari Ary Malik Kini Kritikal

Hidap Kanser Ovari Ary Malik Kini Kritikal

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 383 hits
Source gambar Pelakon dan pengacara Ary Malik kini dilaporkan berada dlm keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat penyakit kanser ovari yg kini sudah berada pd tahap empat Menurut suami beliau Shahrul Nizam Shaharuddin ...
Tak Lalu Nak Makan Fikirkan Soal Anak Adik Mardhiah Hidap Kanser Mata Ibu Mohon Doa Dari Netizen

Tak Lalu Nak Makan Fikirkan Soal Anak Adik Mardhiah Hidap Kanser Mata Ibu Mohon Doa Dari Netizen

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 371 hits
Setiap orang ada ujiannya Setiap ujian pasti ada hikmahnya Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari mulut seorang insan yang cekal menghadapi dugaan dalam kehidupannya Lebih terkesan jika ujian itu untuk anak yang masih kecil Satu perko...
Tak Hanya Viral Candy Laura Monyet Irfan Hakim Kini Punya Ktp

Tak Hanya Viral Candy Laura Monyet Irfan Hakim Kini Punya Ktp

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 287 hits
Candy si monyet pantai ini pertama kali diperkenalkan akhir tahun 2019 silam dalam salah satu video yang diunggah Irfan Hakim di kanal YouTube deHakims
Skype Kini Membolehkan Anda Menyertai Panggilan Video Melalui Pautan Tanpa Perlukan Akaun Amanz

Skype Kini Membolehkan Anda Menyertai Panggilan Video Melalui Pautan Tanpa Perlukan Akaun Amanz

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 301 hits
Skype merupakan salah satu perkhidmatan panggilan video yang popular sejak bertahun lamanya Namun ia menghadapi persaingan sengit daripada Zoom memandangkan kebolehan Zoom yang membolehkan sesiapa menyertai panggilan video tanpa memerlukan ...
Siri Galaxy S20 Anda Kini Tidak Perlukan Aplikasi Khas Untuk Mencipta Gif Sendiri

Siri Galaxy S20 Anda Kini Tidak Perlukan Aplikasi Khas Untuk Mencipta Gif Sendiri

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 262 hits
Penggunaan GIF semakin popular di sosial media Ia selalunya digunakan sebagai medium untuk menyampaikan jenaka dan emosi Kita sering melihatnya di aplikasi media sosial seperti di Twitter Facebook Messenger dan juga WhatsApp Dahulu kita han...
Dari Pilot Kini Jadi Runner Bantu Orang Ramai Dapatkan Makanan

Dari Pilot Kini Jadi Runner Bantu Orang Ramai Dapatkan Makanan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 289 hits
Seorang juruterbang British Airways mengambil keputusan untuk menjadi runner sementara syarikat penerbangan itu menghentikan operasi buat sementara waktu berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini Peter mengambil keputusan untuk menja...
Hanya Kerana Sekeping Gambarnya Viral Hidup Pengemis Ini Berubah Kini Jadi Model Terkenal

Hanya Kerana Sekeping Gambarnya Viral Hidup Pengemis Ini Berubah Kini Jadi Model Terkenal

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 1528 hits
Rita Gaviola model terkenal di Filipina yang pernah mencuri tumpuan dalam dunia populariti mempunyai kisah silam menarik tentang sejarah silamnya Dia ada satu perjalanan hidup sendiri sebelum berdiri gah pada hari ini segalanya bermula pada...
Disebabkan Gurauan Viral Tu Kami Terpaksa Tanggung Perjalanan Anak Sakit Kanser Keluar Hospital Terjejas

Disebabkan Gurauan Viral Tu Kami Terpaksa Tanggung Perjalanan Anak Sakit Kanser Keluar Hospital Terjejas

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 549 hits
Baru baru ini viral gambar satu keluarga telah berjaya melepasi sekatan jalan raya bagi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan bagi memutuskan rantaian Covid 19 Baca Menurut sumber keluarga tersebut menunjukkan kad kesihatan anak kepa...
Bayi Hidap Kanser Mata Tahan Sakit Sampai Ketuk Kepala Sendiri Ibu Mohon Doakan Anaknya Kembali Sembuh

Bayi Hidap Kanser Mata Tahan Sakit Sampai Ketuk Kepala Sendiri Ibu Mohon Doakan Anaknya Kembali Sembuh

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 298 hits
Jika dilihat pada perwatakan aktif si kecil yang bernama Qaiser Ali Naim ini pasti tiada siapa yang menyangka bahawa anak ini sedang bertarung dengan penyakit kanser pada kedua belah matanya atau secara saintifiknya dikenali sebagai Bilater...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo