Video Terkini Suv Putih Berjaya Diangkat Naik Mengejutkan Ini Yang Dikongsi Oleh Pasukan Penyelam


Terkini, pihak penyelam dan pasukan penyelamat dilaporkan sudah berjaya mengangkat naik ke kenderaan SUV putih yang terjunam sebentar tadi, selepas berusaha selama 3 hari.
Seramai 40 penyelam dari empat agensi memulakan penyelaman hari ini untuk memasang kabel pada sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut selepas satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, para penyelam itu terdiri daripada Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Maritim Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kenderaan terbabit dinaikkan jam 5.50 petang dan turut kelihatan mayat mangsa Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu.
Ia berjaya dinaikkan selepas percubaan kali kedua apabila percubaan pertama jam 5 petang gagal selepas tali tercabut dari cangkuk kren berkenaan.
Bomba berjaya mengeluarkan m4yat Moey Yun Peng, 20 yang terperangkap dalam Mazda CX 5 pada 6.36 petang: Bernama

“ Dua orang penyelam akan membuat penyelaman selama 20 minit sebelum digantikan dengan penyelam-penyelam lain selepas itu dalam operasi ini,” katanya di lokasi kejadian di Kilometer 4.0, Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, hari ini.
Katanya pasukan operasi yang menjumpai SUV jenis Mazda CX-5 berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam berdekatan tiang 34 jambatan itu menghadapi masalah untuk memasang kabel pada kenderaan itu dalam keadaan penglihatan bawah air yang terhad dan arus kuat.
“ Inilah yang menyebabkan kabel berkenaan terlepas sebanyak empat kali sebelum kami mengambil keputusan menangguhkan operasi semalam berikutan cuaca semakin gelap,” katanya.
Sebelum ini, Rosman berkata operasi hari ini berkemungkinan lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama kerana pasukan penyelamat telah berjaya mengesan kedudukan SUV berkenaan yang berada 15 meter dari lokasi ia terhumban ke dalam laut dengan kedalaman kira-kira 15 meter.

” Cuma semalam pasukan penyelamat menghadapi beberapa kesukaran kerana keadaan arus yang kuat dan jarak penglihatan di dasar laut terhad berikutan hari semakin gelap, kami harap hari ini semua (usaha mengangkat keluar kenderaan) berjalan lancar,” katanya.
Kereta Mazda CX-5 itu dikatakan telah dipandu oleh Moey Yun Peng, 20, seorang penuntut kolej swasta di sini yang gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terhumban ke laut setelah berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios di jambatan berkenaan.
Sementara itu, pemandu Toyota Vios yang berumur 21 tahun dikenal pasti sebagai seorang pekerja salon rambut mengalami kecederaan dan kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini. – Bernama
“ SELAIN bantuan alat pengesan, saya juga menggunakan gerak hati ketika menyelam bagi mencari kenderaan itu,” kata penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong, Laskar Kanan Mohd Farid Nordin.

Mohd Farid yang juga penyelam pertama menemui kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terhumban dalam laut itu berkongsi pengalamannya, berkata dia menggunakan gerak hati ketika mengesan SUV terbabit.
“ Sebaik turun dalam laut, memang tidak nampak apa-apa namun bila saya dekatkan mata baru nampak yang ia sebuah kereta.
“ Pencarian itu juga dilakukan berdasarkan video yang tular dan kerana sudah lama buat kerja macam ni, saya turut menggunakan gerak hati,” katanya yang sudah berpengalaman 11 tahun menjadi penyelam.
Menurutnya, dia melihat tayar kiri kenderaan itu terbenam dalam pasir dengan keadaan but terbuka selain tayar kanan belakang terkeluar.
“ Selepas itu, saya terus membuat ‘marking float’ dan naik semula ke atas untuk berbincang bagaimana cara membawa naik kenderaan itu.
“Selepas persetujuan dicapai oleh semua agensi, jadi kita bersetuju menaikkan kenderaan terbabit menggunakan kren,” katanya.
VIDEO:

VIDEO 2 : Keadaan mangsa kelihatan jelas masih berada di posisi pemandu.

Sumber : sinarharian & hmetro
The post [Video] Terkini SUV Putih Berjaya Diangkat Naik. Mengejutkan, Ini Yang Dikongsi Oleh Pasukan Penyelam. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/video-terkini-suv-putih-berjaya-diangkat-naik-mengejutkan-ini-yang-dikongsi-oleh-pasukan-penyelam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setelah Hampir Tiga Hari Akhirnya Suv Putih Telah Berjaya Dikeluarkan

Setelah Hampir Tiga Hari Akhirnya Suv Putih Telah Berjaya Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 766 hits
Setelah Hampir Tiga Hari Akhirnya SUV Putih Telah Berjaya Dikeluarkan Setelah hampir tiga hari anggota yang bertugas telah bertukus lumus dan berganding tenaga untuk mengeluarkan kereta SUV yang terhumban jatuh itu membuahkan hasil harini B...
Video Dalam Pasukan Sar Sibuk Mencari Suv Lelaki Ini Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang Sambil Bersiaran Live

Video Dalam Pasukan Sar Sibuk Mencari Suv Lelaki Ini Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang Sambil Bersiaran Live

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 833 hits
Gempar lelaki terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang sambil bersiaran live Seorang lelaki mencuri perhatian orang awam pasukan SAR petugas keselamatan dan media dengan aksi gempar di jambatan kedua P Pinang Dalam kesibukan pasukan mencari ...
Suv Akhirnya Berjaya Dinaikkan Dari Laut

Suv Akhirnya Berjaya Dinaikkan Dari Laut

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 819 hits
PULAU PINANG Selepas lebih dua hari terjunam ke dalam laut di bawah Jambatan Pulau Pinang kenderaan SUV Mazda CX 5 akhirnya berjaya dinaikkan kira kira pukul 5 50 petang tadi Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama mangsa Muey Yun Peng 20 y...
Video Detik Detik Bagaimana Kereta Suv Boleh Terhumban Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang Rupanya Ini Yang Terjadi

Video Detik Detik Bagaimana Kereta Suv Boleh Terhumban Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang Rupanya Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1070 hits
GEORGE TOWN 20 Jan Sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di sini awal hari ini Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Perai Azlan...
Suv Putih Sudah Ditemui

Suv Putih Sudah Ditemui

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 324 hits
Anggota Pasukan mencari dan menyelamat berada di lokasi penemuan SUV putih yang terhumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang Foto Hadzlihady HassanKENDERAAN utiliti sukan Mazda CX 5 yang terjatuh selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer...
15 Gambar Kereta Baru Perodua Aruz Suv 2019 Harga Terkini Rm72k 77k

15 Gambar Kereta Baru Perodua Aruz Suv 2019 Harga Terkini Rm72k 77k

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 1432 hits
15 Gambar Kereta Baru Perodua Aruz SUV 2019 Harga Terkini RM72K 77K Keluaran terbaru dari syarikat Perodua Kereta Perodua Aruz SUV 2019 the best value 7 seater SUV EEV Engine 15 6 km l Eco Driving 5 STAR Asean NCAP A S A 2 0 with Pedestrian...
Kerana Berani Tun Mahathir Dan Syed Saddiq Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Palestin

Kerana Berani Tun Mahathir Dan Syed Saddiq Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 568 hits
Rakyat Palestin mempamerkan poster perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menghargai ketegasan Malaysia berhubung isu Israel KEPUTUSAN Malaysia untuk mengharamkan kemasukan atlet renang Paralimpik Israel terus mendapat reaksi posit...
Bapa Buat Laporan Polis Anak Tak Pulang Semalaman Pemandu Suv Putih Dikenal Pasti

Bapa Buat Laporan Polis Anak Tak Pulang Semalaman Pemandu Suv Putih Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 391 hits
The ReporterSeorang bapa membuat laporan kehilangan anak lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada jam 5 petang tadi dipercayai terlibat dalam kemalangan sebuah kenderaan jenis SUV tercampak ke dalam laut dalam kejadi...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field