Video Tak Kisah Beza Agama Dan Budaya Aks1 Adik Ini Suapkan Kawan 0ku Buat Netizen Seb4k
TANPA mengira perbezaan agama dan budaya, aks1 seorang murid perempuan yang membantu menyuapkan makanan untuk kawannya yang kurang upaya (0KU) membuat netizen seb4k.
Mana tidaknya, video pendek yang dikongsikan seorang guru yang terharu melihat kemuliaan hati murid bernama Mahalaksmi menjadi perbualan ramai.
Melalui perkongsian pemilik akaun @azizahazedi di akaun TikTok, beliau turut menceritakan kisah Mahalaksmi yang manja dipanggil Maha sering membantu rakan 0KU bernama Hanisah.
Video:
@azizahazediReplying to @sacita21 thanks for the comment. Hope this vedio also make you happy. They so kind to each other, they also caring and loving kids
This vedio during PPKI rest time, Mahalaksmi suap Hanisah makan. I suka this scene but somehow make me sad also #fypppp #ppki #pendidikankhas #mbk #smktbi
♬ original sound – azizahazedi – azizahazedi
Memetik kata-katanya:
“Harap video ini membuatkan awak gembira. Mereka sangat baik antara satu sama lain, mereka juga seorang anak yang prihatin dan penyayang. Video ini diambil ketika waktu rehat PPKI, Mahalaksmi suap Hanisah makan. Saya suka babak ini, tapi entah kenapa buatkan saya rasa seb4k.”
Selain merakam penghargaan buat pengikut yang memberikan komen positif, ibu kepada dua orang anak itu juga bercerita serba sedikit mengenai dua sahabat tersebut.
“Hanisah ni seorang yang sindrom down dan juga rabun. Makan pun agak lambat, jadi Maha tolong suapkan bekal yang Hanisah bawa,” katanya.
Menonton video yang menerima lebih 58,000 jumlah tontonan itu membuatkan sesiapa sahaja terharu, apatah lagi gaya Maha menyuapkan makanan seperti emak-emak dekat rumah.
Sabar melayani Hanisah makan ketika waktu rehat membuatkan netizen memuji tindakan Maha yang suka menolong orang.
Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian tersebut turut mengucapkan tahniah kepada keluarga Maha yang mendidiknya dengan baik.
Inilah yang kami buat masa tahun 1980-an di sekolah, semua satu hati.
Video TikTok terbaik untuk hari ini.
Cinta dan sayang sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
Inilah caranya nak besarkan anak-anak. Hormat untuk si dia dan keluarganya.
Perlu lebih banyak video macam ini sempena bulan kemerdekaan.
Banyak lagi komentar yang dikongsikan netizen sejak video tersebut viral.
Ramai juga yang mengharapkan perkongsian video kesedaran seumpama itu diperbanyakkan lagi demi mengukuhkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
Bukan apa, rakaman pergaduhan atau rasa tidak puas hati disebabkan perbezaan bangsa dan agama secara tidak langsung boleh memecahbelahkan perpaduan yang dibina.
Malah perkongsian konten semata-mata mahu meraih populariti tersebut boleh mewujudkan rasa prejud1s dalam kalangan anak muda.
Justeru, sempena bulan kemerdekaan kali ini, marilah kita semarakkan kembali keharmonian rakyat majmuk dengan perkongsian berilmu. Setuju tak setuju?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/au4xYmw
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/08/video-tak-kisah-beza-agama-dan-budaya.html