Video Pm Patut Pecat Waytha Moorthy Sebagai Menteri



10 Rabiulawal 1440H, Ahad – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan semula jawatan Senator P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).Presiden Isma, Aminuddin Yahaya berkata, Kabinet yang diterajui Dr Mahathir tidak memerlukan menteri perpaduan yang berusaha menghapuskan hak dan keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Beliau menegaskan, Waytha Moorthy tidak layak menjadi menteri yang bertanggungjawab memelihara perpaduan, sedangkan dia berusaha mencetuskan ketegangan kaum dan agama menerusi usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).“Dr Mahathir patut buang dia daripada Kabinet kerana tidak layak menjadi menteri perpaduan, sedangkan dia menimbulkan pelbagai ketegangan kaum dan agama,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.Desakan itu susulan kenyataan Waytha Moorthy menerusi satu video temubualnya bersama media Belanda tujuh tahun lalu, yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.Menerusi video berdurasi lebih dua minit berkenaan, Waytha Moorthy yang ketika itu Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menyatakan bahawa Malaysia melanggar hak asasi manusia kerana tidak menerima layanan sama rata sebagai rakyat di negara ini.Waytha mendakwa, kaum India telah didiskriminasi dalam pelbagai perkara bermula daripada hak beragama, termasuklah kononnya kebanyakan penganut agama Hindu dipaksa untuk menukar agama jika mahu bekerja dalam jabatan kerajaan dan untuk mendapatkan tajaan biasiswa.Video itu jelas bahawa dia (Waytha Moorthy) memberikan fakta yang salah dan memburuk-burukkan kerajaan.“Malah, ia jelas bahawa pengesahan ICERD yang sedang diperjuangkan dia hari ini, adalah bertujuan untuk mencapai agenda menyamaratakan semua kaum dan agama, sekali gus menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan seperti mana yang dinafikannya sebelum ini,” kata Aminuddin.Serentak itu, Aminuddin sekali lagi mencabar menteri perpaduan berkenaan untuk berdebat secara terbuka jika berani mempertahankan kenyataan kononnya Perkara 153 tidak terjejas apabila ICERD disahkan.“Hakim, ahli akademik, pengamal undang-undang dan semua pihak menyatakan secara tegas bahawa ICERD akan menjejaskan Perkara 153, tetapi kenapa ia masih perlu dinafikan oleh Waytha Moorthy.“Kita percaya, ini adalah strategi halus untuk mengelirukan pandangan rakyat terhadap agenda licik mereka,” katanya.Sebelum ini, Waytha Moorthy menafikan dakwaan meratifikasi ICERD akan menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan, sekali gus menyifatkan ia satu pembohongan.“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pengesahan ICERD dengan pengecualian, tidak akan memberi sebarang kesan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam apa jua cara,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/video-pm-patut-pecat-waytha-moorthy.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Agenda Dr Mahathir Lantik Waytha Moorthy Sebagai Menteri

Apa Agenda Dr Mahathir Lantik Waytha Moorthy Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 661 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri senator P Waytha Moorthy melakukan pembohongan bila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara Aktivis Semboyan 1Malaysia Yusuf Azmi kerajaa...
Polis Panggil Waytha Moorthy Untuk Siasat Video Burukkan Malaysia

Polis Panggil Waytha Moorthy Untuk Siasat Video Burukkan Malaysia

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 369 hits
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy akan dipanggil untuk soal siasat berhubung sebuah rakaman video klip mengenai dirinya yang dikatakan telah memburukkan nama Malaysia di luar negara Timbalan Ketua Polis Negara Tan ...
Waytha Moorthy Dituduh Menteri Bersikap Perkauman

Waytha Moorthy Dituduh Menteri Bersikap Perkauman

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Sesi Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang menggelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy sebagai menteri racist Kekecohan itu berlaku apabila Waytha Moorthy yang sedang menggulung...
Video Clip Interview P Waytha Moorthy

Video Clip Interview P Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 542 hits
Mr P Waytha Moorthy kini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Video clip ini adalah interview dengan Mr Waytha Moorthy ketika beliau menghadiri satu seminar dengan Ahli Ahli Parlimen Dutch Holland di Eropah DI DALAM INTERVIEW TERSEBUT M...
Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1112 hits
Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar Content Type multipart alternative boundary AlternativeBoundaryString AlternativeBoundaryString Content type text plain charset UTF 8 Hello there I just signed the petition Tun Dr Mahathir...
Pecat Dakwa Dan Gugur Kerakyatan Waytha Moorthy

Pecat Dakwa Dan Gugur Kerakyatan Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 540 hits
Pelbagai pihak menyuarakan gesaan supaya tindakan undang undang diambil ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berikutan penularan video beliau yang berunsur fitnah dan hasutan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Ahmad...
Dr Mahathir Digesa Pecat Waytha Moorthy

Dr Mahathir Digesa Pecat Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 373 hits
PERKASA menggesa PM Tun Dr Mahathir memecat Waytha Moorthy Ponnusamy sebagai menteri Foto Free Malaysia Today Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Selangor menggesa kerajaan memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy kerana ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat