Pecat Dakwa Dan Gugur Kerakyatan Waytha Moorthy




Pelbagai pihak menyuarakan gesaan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berikutan penularan video beliau yang berunsur fitnah dan hasutan.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, segala diungkapkan Waytha itu adalah fitnah bohong dan sangat membangkitkan sensitiviti perkauman yang boleh mencetus tindakbalas negatif.

Paling dibimbangi menurutnya, adu domba Waytha itu dalam cubaannya mencari pengaruh dan sokongan pihak luar yang mendedahkan Malaysia kepada campur tangan asing, di mana ini adalah pengkhianatan kepada negara.

“Semua yang disebut itu menunjukkan juga kebencian, memberi tekanan dan mencabar yang bersifat ancaman dan gugatan kepada kedaulatan negara. Jadi tindakan pendakwaan mesti segera diambil kerana memburukkan negara, serta dipecat daripada jawatan Menteri,” gesa beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan itu berharap agar perkara tersebut membuka mata banyak pihak bahawa sikap melampau ditunjukkan Waytha itulah yang menjadi kedegilan Menteri tersebut untuk tetap meratifikasi ICERD.

Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dasuki pula mendesak Menteri itu melepaskan jawatan kerana Waytha hingga kini tidak pernah menarik balik kenyataan dan tohmahan jahat dikeluarkannya itu.

Beliau khuatir imej radikal dan sering membangkitkan isu sensitif oleh pemimpin tersebut akan mengundang krisis keyakinan rakyat terhadap masa depan keharmonian negara berbilang agama dan kaum di negara ini serta permusuhan.

Dr Asyraf juga membidas usaha Menteri itu untuk tetap meratifikasi ICERD sebagai menzahirkan kesombongan dan keangkuhannya walaupun sedar tindakan itu mencabar keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad berkata, terdapat tiga asas jelas membolehkan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) itu diambil tindakan.

Pertama ujarnya, fitnah terhadap negara dengan berbohong di peringkat antarabangsa yang menimbulkan imej tidak baik dan kedua mengkhianati negara dengan kerja jahat memburukkan sistem negara, serta ketiga menimbulkan suasana tegang.

“Antara siasatan dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap Waytha termasuk menerusi Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA. Begitu juga kerakyatan ahli Dewan Negara itu wajar dikaji semula kerana bukan warganegara yang taat,” kemuka beliau.

Nada seumpama turut disuarakan Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatkan Waytha telah mencurah minyak ke api dan tindakannya satu pengkhianatan kepada negara.

Turut berang dan mahu tindakan diambil ke atas Waytha adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan banyak lagi.

Antara disebut Waytha dalam video itu adalah pelanggaran Hak Asasi Manusia, layanan tidak sama rata dan diskriminasi Malaysia terhadap kaum India beragama Hindu dan dipaksa menukar agama serta perobohan puluhan ribu kuil. - HARAKAHDAILY











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2018/11/pecat-dakwa-dan-gugur-kerakyatan-waytha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Pm Patut Pecat Waytha Moorthy Sebagai Menteri

Video Pm Patut Pecat Waytha Moorthy Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 656 hits
10 Rabiulawal 1440H Ahad Ikatan Muslimin Malaysia sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan semula jawatan Senator P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Ment...
Dr Mahathir Digesa Pecat Waytha Moorthy

Dr Mahathir Digesa Pecat Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 414 hits
PERKASA menggesa PM Tun Dr Mahathir memecat Waytha Moorthy Ponnusamy sebagai menteri Foto Free Malaysia Today Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Selangor menggesa kerajaan memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy kerana ...
Lebih 80 Ribu Tandatangan Petisyen Desak Kerajaan Pecat P Waytha Moorthy

Lebih 80 Ribu Tandatangan Petisyen Desak Kerajaan Pecat P Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 455 hits
Ketika ini anda sudahpun sedia maklum dengan penularan satu klip video melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy berkait kenyataan yang dibuat beliau suatu ketika dahulu Kenyataan beliau yang menyebut bahawa ter...
Khairuddin Gesa Tangkap Waytha Moorthy Dakwa Di Bawah Sosma

Khairuddin Gesa Tangkap Waytha Moorthy Dakwa Di Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 324 hits
Kerajaan digesa bertindak terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy yang dianggap pengkhianat negara atas cubaan mengaibkan dan mencemarkan nama baik negara Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan...
Melampau Senarai Pegawai Pejabat Waytha Moorthy Dpenuhi Kaum India Jadi Viral

Melampau Senarai Pegawai Pejabat Waytha Moorthy Dpenuhi Kaum India Jadi Viral

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 606 hits
PUTRAJAYA 20 Nov Senarai organisasi Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy yang menerajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menjadi viral di media sosial berikutan keanggotaannya dikatakan tidak me...
Petition For Waytha Moorthy To Be Sacked Collects 150 000 Signatures

Petition For Waytha Moorthy To Be Sacked Collects 150 000 Signatures

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 341 hits
In the UK once the petition touches 100 000 signatures it goes to Parliament A petition calling for Minister in the Prime Minister s Department P Waytha Moorthy to be sacked has garnered over 147 442 signatures as at press time SIGN THE PET...
Netizen Kecam Staff Pejabat Waytha Moorthy Hanya Ada Satu Bangsa Sahaja

Netizen Kecam Staff Pejabat Waytha Moorthy Hanya Ada Satu Bangsa Sahaja

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 936 hits
BELUM selesai dengan isu Waytha Moorthy yang kini sedang hangat dikecam di media sosial beberapa hari kebelakangan ini Selepas isu video Waytha melemparkan fitnah terhadap kerajaan Malaysia mendapat kecaman meluas kali ini pemilihan staf ya...
Panggil Waytha Moorthy Bergantung Pada Siasatan

Panggil Waytha Moorthy Bergantung Pada Siasatan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 344 hits
Published on November 20 2018 in by KUALA LUMPUR Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy namun itu bergantung kepada keadaan dan siasatan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihak...
Apa Agenda Dr Mahathir Lantik Waytha Moorthy Sebagai Menteri

Apa Agenda Dr Mahathir Lantik Waytha Moorthy Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 706 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri senator P Waytha Moorthy melakukan pembohongan bila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara Aktivis Semboyan 1Malaysia Yusuf Azmi kerajaa...
Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Carsome Unveils Official Fam Fleet

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Gugurkan Janin Berusia 5 Bulan Demi Kekasih Wanita Dipenjara 9 Bulan

Fattah Amin Kecewa Filem Lakonannya Kulit Wayang Tak Dapat Sambutan Segala Penat Lelah Komitmen Diberikan

Aset Rm2 Bilion Dibeku Srpm Dapat Maklumat Tentang Harta Amp Aset Milik Allahyarham Tun Daim Di Switzerland Amp Uk

Impose Retirement Age On Politicians Too

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily