Vernakular Insaflah Etnik Cina


WALAUPUN kewujudan sekolah vernakular didapati absah dari segi Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 152, ia rata-ratanya masih ditanggap sebagai tidak cukup baik malah amat tidak sesuai untuk proses pembentukan negara bangsa, lebih-lebih lagi dalam ikut mendukung identiti nasional untuk negara dan identiti budaya bagi rakyat. Ini kerana persekolahan vernakular didapati sama sekali tidak baik sebagai kesatuan nasional, apatah lagi yang boleh menyumbang ke arah perpaduan negara yang erat lagi utuh.
Selanjutnya, ia juga didapati berkurangan dari segi ramuan nasional untuk memupuk semangat kebangsaan kental bagi kedua-dua identiti nasional dan budaya itu. Waima enrolmennya kini mencatatkan bilangan murid bukan Cina yang ramai, ia masih dikelolakan secara jumud dengan cara masih mahu terus mempertahan unsur Cina totok di tempat didatangi

Hal ini selalu diperlihat secara agresif apabila unsur Melayu biarpun sebagai komponen watan, ditolak atas alasan ia akan menjejaskan identiti sekolah aliran Cina, justeru akan menghancurkan jati diri Cina. Sebenarnya cara sekolah vernakular diuruskan khususnya aliran Cina menjadikannya tidak dihormati malah diragui dalam usaha penyemarakan nasionalisme Malaysia untuk ikut melahirkan warganegara yang identiti nasional dan budaya kebangsaannya jelas terserlah

Sehubungan ini, sekolah vernakluar harus mencari jalan untuk memastikan agar lepasannya rata-rata mempunyai pengetahuan dan penguasaan baik dalam bahasa Melayu yang merupakan bahasa negara ini. Masalah ini diakui etnik Cina sendiri yang dengan cepat mengemukakan alasan beban mempelajari tiga bahasa pada usia muda

Meskipun sahih tetapi ia masih perlu diatasi dengan cara betul dan tidak sesekali mengadakan kelas bahasa Mandarin kepada etnik bukan Cina, misalnya di hospital awam agar petugas kesihatan dapat berkomunikasi dengan etnik Cina yang tidak boleh berbahasa Melayu ini. Sepatutnya etnik Cina harus insaf dengan keputusan mahkamah yang berpihak kepada mereka.

Sehubungan ini, mereka hendaklah tidak lagi terus angkuh dengan tindakan melampau sebelum ini dalam menentang penggunaan unsur Melayu yang sebenarnya telah dipersetujui bersama dalam Perjanjian Etnik menjelang kemerdekaan negara bahawa simbol dan proses sosiobudaya Melayu dijadikan identiti nasional dan budaya kita

Penentangan itu yang akhir-akhir ini bukan sahaja amat keras tetapi langsung tanpa adab pula, tidak dapat dinafikan amat menyinggung etnik Melayu sehingga mereka melenting lalu menyaman etnik Cina dalam hal keabsahan sekolah vernakular yang tidak pun mereka lakukan selama puluhan tahun ini atas dasar toleransi

PERIBUMIKeinsafan ini hendaklah berlaku dalam bentuk perubahan sikap, iaitu daripada mahu terus menjadi totok kepada kesediaan setelah puluhan tahun di tanah yang mereka datangi ini untuk berintegrasi ke dalam komuniti tuan rumah dengan lebih rela. Ini hendaklah dilakukan segera setelah sekian lama tertangguh dengan kesanggupan untuk lebih mengidentifikasikan diri mereka dengan etnik Melayu selaku kelompok majoriti lagi dominan di negara ini. Ia hendaklah dilakukan dengan kesudian ikhlas untuk menerima struktur sosial Melayu antaranya bahasa Melayu secara integratif

Sebenarnya unsur Melayu yang harus diterima itu bukan banyak pun selain agak ringan pula sifatnya. Ini kerana proses penyatuan kita dalam pembentukan negara bangsa ialah integrasi yang membenarkan kelompok bukan asal boleh terus hidup secara asal walaupun dalam kehidupan nasional

Ini antaranya terbukti dengan kebenaran kepada etnik Cina untuk mengekalkan pendidikan aliran Cina dan dalam sistem pendidikan negara pula sebagai sekolah jenis kebangsaan. Sepatutnya etnik Cina bukan sahaja menghargai dasar integrasi ini tetapi berterima kasih kepada etnik Melayu selaku kelompok peribumi yang tidak terus berkeras untuk mengangkat dasar asimilasi seperti yang berlaku di banyak negara lain di rantau ini dalam proses penyatuan nasionalnya

Sehubungan ini, dasar asimilasi menganjurkan kesatuan dan bukan kepelbagaian. Justeru, dalam bidang pendidikan, hanya sejenis persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan dibenarkan wujud

Sehubungan keinsafan ini, dasar integrasi ini tidak boleh lagi dianggap enteng oleh etnik Cina. Ia tidak boleh lagi bersifat ibarat kera mendapat bunga, iaitu pemberian oleh pihak lain yang tidak tahu dinilai dengan baik oleh pihak menerimanya. Ia sebetulnya amat bernilai kerana etnik Cina Malaysia masih boleh terus hidup sebagai etnik Cina jika dibandingkan dengan etnik Cina di negara yang mengamalkan dasar asimilasi

Oleh itu, insaflah dan baliklah ke pangkal jalan setelah sesat di tengah jalan. Dalam pada ini, ikutilah resam di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, iaitu etnik Cina hendaklah menurut resam dan peraturan di tempat mereka datangi

Sehubungan ini, mereka hendaklah menerima struktur sosial Melayu dengan ikhlas dalam berintegrasi dengan etnik Melayu selaku tuan rumah. Dengan ini, sekolah vernakular Cina di Malaysia tidak boleh sama, apatah lagi mengatasi sekolah aliran Cina di tanah watan bahasa Cina sama ada di China atau Taiwan

Dalam hal ini, ia hendaklah menerima unsur Melayu seadanya bukan sahaja sebagai memenuhi syarat integrasi oleh etnik Cina tetapi juga sebagai tanda etnik Cina adalah minoriti yang baik

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/vernakular-insaflah-etnik-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Kajian Kenapa Pelajar Cina Sk Lebih Mesra Berbanding Pelajar Vernakular

Buat Kajian Kenapa Pelajar Cina Sk Lebih Mesra Berbanding Pelajar Vernakular

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 329 hits
SAUDARA Arnold Susahnakeja meminta saya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam FB mengenai sekolah vernakular dan keputusan Mahkamah Tinggi semalam Kenapa kerajaan tidak seharus mendanai sekolah vernakular Lihat di kampus kampu...
Hotel Marriott Putrajaya Mengandakan Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Yee Sang Dan Fatt Choy Feast

Hotel Marriott Putrajaya Mengandakan Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Yee Sang Dan Fatt Choy Feast

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 338 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian Tahun baru kita dah masuk penuh dengan azam baru Juga tak lama lagi dalam kurang sebulan kita akan sambut pula Tahun Bah...
Cuti Tahun Baru Cina 2022 Cuti Tambahan Sekolah Kpm

Cuti Tahun Baru Cina 2022 Cuti Tambahan Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 1805 hits
CUTI TAHUN BARU CINA 2022 CUTI TAMBAHAN SEKOLAH KPM NEGERI KUMPULAN A Cuti CNY bermula 28 Januari 2022 hingga 2 Februari 2022 Johor Kedah Kelantan Terengganu NEGERI KUMPULAN B Cuti CNY bermula 29 Januari 2022 hingga 3 Februari 2022 Melaka N...
Pepatah Cina Bagi Kamu Ingin Sukses Dalam Memulai Binis

Pepatah Cina Bagi Kamu Ingin Sukses Dalam Memulai Binis

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 120 hits
Pepatah Cina Bagi Kamu Ingin Sukses Dalam Memulai Bisnis di masa yang akan datang Memulai bisnis memang bukan perkara yang mudah banyak pertimbangan yang harus dipikirkan Mulai dari bisnis yang ingin dijalani hingga takut mengalami kegagala...
Sekolah Cina Sejak Dulu Lagi Memang Bermasalah Kok Seong

Sekolah Cina Sejak Dulu Lagi Memang Bermasalah Kok Seong

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 127 hits
Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kewujudan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan sepatutnya memberi keinsafan kepada golongan rakus Cina T...
Masyarakat Cina Mula Persoal Politik Dap

Masyarakat Cina Mula Persoal Politik Dap

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 108 hits
Oleh Sirajuddin AhmadLaluan DAP tidak semudah kali ini bila berhadapan dengan PRU15 Dengan kekalahan Back to Back DAP pada PRN negeri Melaka dan Sarawak jelas orang Cina bukan lagi fixed deposit DAP pada pilihanraya akan datang Pada Pilihan...
Kajian Mencadangkan Vaksin J J Cina Dan Rusia Tidak Berkesan Terhadap Omicron

Kajian Mencadangkan Vaksin J J Cina Dan Rusia Tidak Berkesan Terhadap Omicron

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 238 hits
Kajian oleh Universiti Washington dan pembuat ubat Switzerland Humabs Biomed menunjukkan bahawa vaksin Johnson dan Johnson vaksin China dan vaksin Rusia tidak berkesan terhadap varian omicron Omicron telah dikesan di 89 negara dan kes menin...
Perdana Menteri Lawat Mangsa Banjir Di Pps Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Mentakab

Perdana Menteri Lawat Mangsa Banjir Di Pps Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Mentakab

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 258 hits
TEMERLOH Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mentakab di sini Beliau yang tiba pada pukul 10 45 pagi meluangkan masa kira kira setengah ja...
Yang Penting Cina Tempatan Berjiwa Malaysia Kata Najib Kepada Mahathir

Yang Penting Cina Tempatan Berjiwa Malaysia Kata Najib Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 200 hits
Yang penting Cina tempatan berjiwa Malaysia kata Najib kepada Mahathir Tidak penting jenis peralatan makanan yang digunakan oleh orang masyarakat Cina tempatan kata bekas Perdana Menteri Najib Razak menjawab analogi sepit oleh Dr Mahathir M...
Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk