Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera Macam Macam Ada


Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.

Penggemar petai boleh mencuba resipi-resipi ini. Ia sesuai dimakan bersama nasi atau boleh juga diratah begitu sahaja. Selamat mencuba!
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN
250gm ikan bilis ] kopek200gm cawan isi petai1 biji bawang besar ] hiris1 sudu makan air asam jawaMinyak secukupnyaGaram dan gula secukupnyaBAHAN KISAR
6 biji cili hijau10 biji cili padi hijau3 ulas bawang putih6 ulas bawang merahCARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.Angkat dan hidangkan.Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG

BAHAN-BAHAN
300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya200gm isi petai1 biji bawang besar ] hiris1 sudu makan pes asam jawa4 sudu makan pes ciliGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR
6 ulas bawang merah2 ulas bawang kisar3 biji cili merah2cm halia muda2cm belacan ] jika sukaCARA PENYEDIAAN
Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.Angkat dan sedia dihidangkan.Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Tumis dan goreng.
Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN
200gm ikan bilis ] kopek200gm isi petai3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air1 biji bawang besar ] hirisGaram dan gula secukup rasa3-4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR
15 biji cili padi3 tangkai cili merah6 ulas bawang merah2 ulas bawang putihCARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.Tutup api dan sedia dihidangkan.Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI

BAHAN-BAHAN
30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit200gm isi petai1 biji bawang besar ] hiris1 sudu makan pes asam jawa4 sudu makan pes ciliGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR
6 ulas bawang merah2 ulas bawang kisar3 biji cili merah2cm halia muda2cm belacan ] jika sukaCARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.Angkat dan sedia dihidangkan.Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis.
Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN
2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm500gm udang saiz XL ] bersihkan2 batang serai ] titik2 keping asam gelugor1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul3 cawan santanGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR HALUS
15 biji cili padi2 tangkai cili merah1 ulas bawang putih4 ulas bawang merah3cm kunyit hidupCARA PENYEDIAAN
Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.Tuangkan santan dan gaul rata.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.Gulai sedia dihidangkan.Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Reneh.
Keistimewaan: Pedas berlemak.
Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.
SAMBAL UDANG PETAI

BAHAN-BAHAN
Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka1 mangkuk petai1 sudu besar sos cili1 sudu besar sos tomato1 biji bawang besar Holland – hirisGaramGulaSerbuk perasaMinyak masakBAHAN KISAR
10 ulas bawang merah6 ulas bawang putihSedikit belacan – optional5-6 sudu besar cili kering kisarCARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja. Angkat udang dan ketepikan.Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik. Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.Setelah bergaul rata, masukkan garam serta serbuk perasa.Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar. Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.Kacau rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.KREDIT RESIPI & FOTO:  Azie Kitchen
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI

BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis – goreng garingBawang Putih (Hiris)Bawang Holand (Hiris)Petai (Belah dua)Cili Api (Hiris)GaramGulaCARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
KREDIT RESIPI & FOTO: Marina Ismail
SAMBAL PETAI UDANG KERING

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan udang kering direndam ditumbuk kasar3 sudu cili kering kisar5 ulas bawang merah kisar3 ulas bawang putih kisar2 batang serai kisar1 sudu besar air asam jawaPetai secukupnyaGaram gula secukup rasaMinyak untuk menumisCARA PENYEDIAAN
Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis lah bahan kisar kecuali udang sehingga wangi.Masukkan cili kering, kacau sehingga pecah minyak.Tambahkan dengan air asam dan jika perlu tambah sedikit air.Masukan udang kering dan masaklah sehingga pekat dan kering.Tambahkan garam dan gula. Bila dah secukup rasa masukkan petai, kacau sehingga sebati, dah boleh tutup api.KREDIT RESIPI & FOTO: NOORIAH ABDULLAH
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/11/variasi-hidangan-petai-yang-pasti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulama Pas Buat Ramalan Pulak Dah Macam Ahli Nujum

Ulama Pas Buat Ramalan Pulak Dah Macam Ahli Nujum

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 308 hits
Seorang pemimpin kanan PAS memberi amaran kepada Anwar Ibrahim bahawa presiden PKR itu mungkin berdepan hinaan lebih dahsyat selepas kali pertama berlaku kira kira 20 tahun lalu Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata seseorang...
Nak Berhenti Kerja Ikuti 10 Adab Berhenti Kerja Dengan Betul Jangan Bla Macam Tu Je

Nak Berhenti Kerja Ikuti 10 Adab Berhenti Kerja Dengan Betul Jangan Bla Macam Tu Je

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 348 hits
Menimba pengalaman dan bertukar tempat kerja merupakan satu lumrah yang dilakukan oleh ramai orang terutamanya di kalangan generasi millenial Korang kini bukan lagi seperti generasi yang lalu lebih berani terbuka berani bersuara dan mahukan...
Isteri Terharu Suami Selamba Cuci Luka Bersalin Hingus Anak Dia Sedut Macam Makan Siput Sedut

Isteri Terharu Suami Selamba Cuci Luka Bersalin Hingus Anak Dia Sedut Macam Makan Siput Sedut

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 509 hits
PETALING JAYA Jarang kita dengar golongan suami yang sanggup menjaga isteri semasa dalam pantang Kebiasaannya isteri akan dipos ke kampung paling tidak pun ibu sendiri mahupun ibu mertua dibawa khas dari kampung untuk menjaga isteri dan ana...
Macam Mana Nak Dapatkan Backlink Percuma

Macam Mana Nak Dapatkan Backlink Percuma

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 357 hits
Baru ni saya update entri dia blog saya yang lagi satu Dan masa tu lah saya terfikir idea macam mana The post appeared first on
Berbagai Macam Jenis Penyakit Yang Sering Menyerang Kenari

Berbagai Macam Jenis Penyakit Yang Sering Menyerang Kenari

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 384 hits
Burung kenari merupakan burung favorit serta kebanggan bagi para pecinta kenari Dalam memelihara burung kenari tentu ada banyak kemudahan serta ada tantangannya tersendiri Jika dengan senang hati merawat kenari maka tentu akan terasa mudah ...
Awak Islam Kalau Betul Perempuan Kenapa Pakai Macam Ini

Awak Islam Kalau Betul Perempuan Kenapa Pakai Macam Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 353 hits
Sudah lama rasanya tak dengar cerita tentang usahawan kosmetik Nur Sajat Jika anda mengikuti perkembangan usahawan popular ini beberapa hari lalu Sajat The post appeared first on
Macam Mana Cara Nak Buat Kerja Dari Rumah

Macam Mana Cara Nak Buat Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 474 hits
Macam mana nak buat kerja dari rumah ni Boleh bagi tunjuk ajar Saya betul betul perlukan pendapatan lebih untuk famili Soalan tentang macam mana nak buat kerja dari rumah ini merupakan salah satu soalan yang kerap saya terima Saya pun seben...
Abam Macam Nak Lari Menjerit Isteri Dah 3 Bulan Hamil

Abam Macam Nak Lari Menjerit Isteri Dah 3 Bulan Hamil

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 446 hits
PERNAH berasa kecil hati apaboila kerap ditaya bila isetri nak hamil pelawak Abam akhirnya berkongsi berita gembira dia bakal menjadi bapa Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan 30 berkata isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil