Macam Mana Cara Nak Buat Kerja Dari Rumah
Macam mana nak buat kerja dari rumah ni? Boleh bagi tunjuk ajar? Saya betul-betul perlukan pendapatan lebih untuk famili..
Soalan tentang macam mana nak buat kerja dari rumah ini, merupakan salah satu soalan yang kerap saya terima. Saya pun sebenarnya dah pernah jawab pertanyaan tersebut, sama ada melalui blog ini, ataupun dalam blog-blog saya yang lain.
Mungkin ramai yang tak perasan, maklumlah ada banyak laman web yang cuba memberi jawapan kepada persoalan ini, jadi saya akan kongsi sekali lagi menerusi posting ini.
Apa beza antara kerja dari rumah dengan kerja di pejabat, kilang atau premis perniagaan? Pada saya, bezanya hanyalah tempat sahaja.
Bukan semua kerja sesuai untuk dilakukan dari rumah. Ada kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah, dan ada kerja yang kita kena siapkan di pejabat, di kilang ataupun di premis perniagaan.
Kerja yang melibatkan aktiviti pemasangan misalnya. Ia lebih sesuai kalau dijalankan di kilang. Di kilang biasanya ada peralatan yang sesuai, akan ada pegawai yang akan buat inspection bagi memastikan hasil kerja kita mencapai standard.
Itulah sebabnya, kerja dari rumah pasang barang yang banyak diiklankan satu masa dulu, saya lihat ianya tak lebih kepada aktiviti scam semata. Modus operandinya lebih kurang macam ini, untuk kerja pasang barang dari rumah.
Anda perlu bayar sejumlah wang sama ada untuk pendaftaran, ataupun sebagai cagaran yang anda tidak akan merosakkan atau lari dari kerja.
Kemudian anda akan dapat barang yang perlu dipasang.
Anda pun pasang barang tersebut, dan bila siap, anda perlu post ke alamat yang dinyatakan.
Setelah satu tempoh masa, barang akan dikembalikan semula dengan alasan mutu kerja dan kualiti tak memuaskan. Sama ada anda perlu repair atau anda terpaksa bayar ganti rugi dengan ganti peralatan yang baru.
Pusingan ini akan berterusan, sampailah bilangan orang yang kena tipu dah habis di muka bumi ini.
Justeru, kalau kita nak buat kerja dari rumah sekalipun, kita kena gunakan akal kita untuk fikir, adakah ianya masuk akal untuk buat kerja tersebut hanya dari rumah. Sesetengah kerja, memang tak mungkin untuk kita lakukan dari rumah.
Kalau setakat nak belajar, macam mana cara kerja, dekat mana boleh memohon pekerjaan, bagaimana cara nak menghasilkan online resume, apa yang perlu tulis dalam cover letter, khas untuk memohon pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah, saya dulu belajar dari panduan Jobdirumah ini.
Saya join sebagai ahli, buat bayaran yuran pembelajaran kemudian terus praktikkan apa yang diajar.
Panduan ini tidak mengajar anda, macam mana cara nak buat kerja. Faham tak?
Kerja dari rumah ini, dia ada macam-macam jenis kerja. Ada kerja membina laman web, kerja mereka grafik, kerja buat video animasi, kerja buat artikel copywriting dan sebagainya.
Panduan jobdirumah tidak mengajar anda bagaimana cara untuk buat kerja-kerja tersebut. Anda perlu belajar sendiri kemahiran tersebut ditempat lain, ataupun kalau anda memang dah ada kemahiran tersebut, maka anda dah boleh mula memohon pekerjaan yang berkaitan dari laman web carian kerja.
Baca lagi di: Panduan Bekerja Dari Rumah – Contoh kerja dari rumah yang Popular dan boleh dipercayai
Oleh sebab soalan itu ditanyakan sekali lagi kepada saya, jadi saya kira ada baiknya saya cuba jawab juga secara ringkas.
Saya ni bukanlah seorang yang pakar. Tapi Alhamdulillah, saya ada pengalaman bekerja dari rumah. Jadi ini antara yang dapat saya kongsikan.
(1) Kerja dari rumah sebagai seorang ejen pemasaran
Terdapat banyak laman web yang membuka peluang untuk anda bekerja sebagai seorang ejen pemasaran. Misalnya laman web Involve Asia, Lazada Malaysia, dan banyak lagi. Anda boleh mendaftar sebagai seorang ejen affiliate dan sebaik sahaja permohonan anda diterima, anda sudah boleh mula bekerja.
(2) Kerja dari rumah dalam bidang jualan
Pilihan ditangan anda, sama ada anda ingin jual produk fizikal ataupun ingin jugal perkhidmatan.
Sekiranya anda ingin jual produk fizikal, terdapat beberapa kaedah yang anda boleh gunakan. Misalnya, beli stok barangan yang hendak dijual secara online dan jual.
Ataupun anda boleh sahaja daftar sebagai ejen dropship dengan mana-mana penjual yang anda percaya dan ada tawarkan program dropship.
Sila baca tentang dropship disini: Apa kelebihan buat bisnes online guna konsep dropship?
Kalau anda nak cari panduan yang terkini, saya syorkan anda belajar dari Panduan Shopee.
Menerusi panduan itu, anda akan diajar juga cara nak buat dropship serta cara nak dapatkan pembekal.
Itu kisah tentang nak jual produk. Selain jual produk, anda juga boleh jual kemahiran, kepada mana-mana individu mahupun syarikat yang mungkin perlukan kepakaran anda.
Sama ada kepakaran anda dalam bidang pemasaran, graphic design dan sebagainya. Kerja seperti ini, sama ada ia akan datang sendiri apabila hasil kerja anda sudah mula diketahui orang (selepas satu masa, anda pasti akan jadi popular kalau buat pemasaran secara konsisten) ataupun anda kena minta kerja dari orang.
Baiklah, itu sahaja yang saya ingin kongsikan buat masa ini. Kalau anda perlukan bacaan tambahan sila pergi ke halaman yang saya cadangkan dan boleh juga baca arkib blog ini ya.
The post Macam mana cara nak buat kerja dari rumah? appeared first on Soal Jawab .MY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://soaljawab.my/macam-mana-cara-nak-buat-kerja-dari-rumah/