Vape Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya


Sejak akhir-akhir ini isu berkenaan vape mushroom sangat hangat diperkatakan khususnya kepada golongan remaja di bangku sekolah.
Namun apakah yang dimaksudkan dengan flavour mushroom ini dan mengapa ia boleh membahayakan kesihatan?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan flavour mushroom yang menjadi kegilaan ramai remaja dan kesan buruknya kepada kesihatan.
Baca juga:
5 Bahaya Vape, Rokok Elektronik & e-Cigarette – KKM Jualan Secara Terbuka Rokok & Vape Diharamkan Mulai 1 April 2025 Hukum Penggunaan Vape – Kenyataan Rasmi JAKIM Apa itu Vape Mushroom? Flavour mushroom adalah sejenis vape berperisa mushroom ataupun ganja. Flavour mushroom berasal dari spesis cendawan dalam genus Psilocybe yang mengandungi bahan aktif utama psilocybin iaitu sejenis halusinogen yang sangat kuat.
Pengambilan bahan ini akan menyebabkan anda berhalusinasi, berasa seronok yang melampau dan tidak sedarkan diri sepenuhnya.
Malah dikatakan bahawa pengguna yang menggunakan flavour mushroom ini akan merasakan setiap 5 minit dia di dunia nyata seolah-olah seperti berada 2-3 jam di dalam dunia khayalan.
Namu kesan ini diyakini boleh berubah-ubah kerana pengaruh dari faktor persekitaran.
Antara faktor yang mempengaruhi fungsi flavour mushroom adalah seperti dos, umur, berat badan, personaliti, keadaan emosi, persekitaran dan sejarah penyakit mental.
Pada umumnya, penyalahgunaan cendawan ini sangat popular di Mexico, Amerika Syarikat, dan Amerika Selatan. Bahkan bermacam-macam cara telah disalahgunakan termasuklah:
Cendawan dimakan mentah atau dikeringkan Cendawan diminum dengan teh Pengambilan cecair bahan aktif psilocybin yang dipanggil Microdosing Dimasukkan ke dalam vape atau rokok Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia Nama Lain Vape Mushroom Flavour mushroom juga dikenali dengan nama-nama seperti:
Shrooms Boomers Zoomers Mushies Magic Mushroom Simple Simon Little Smoke Scared Mushrooms Purple Passion Mushroom Soup Cubes Kredit: Youtube Izzad Daniel Apa itu Psilocybin? Psilocybin (4-phosphoryloxy-N,N-dimethyltryptamine) merupakan sebahagian daripada kumpulan ubat yang dipanggil psychedelics atau halusinogen.
Apabila anda mengambil psilocybin, badan anda akan menukarkannya kepada bahan lain iaitu psilocin.
Psilocin nantinya akan mengaktifkan reseptor serotonin dalam otak, terutamanya di bahagian kortex hadapan, bahagian otak yang mengawal mood, kognitif dan persepsi.
Kemudian, ia akan mula bertindak dan kesan halusinatif yang boleh dirasai dalam 30 minit selepas pengambilan dan bertahan sehingga 4 hingga 6 jam bergantung dos.
Tindakan Undang-Undang kepada Pengguna Isu penyalahgunaan flavour mushroom ini bukanlah suatu yang baru kerana Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah banyak kali menjalankan operasi dan penahanan.
Menurut Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952, Psilocybin jelas terbukti mempunyai hukuman undang-undangnya terhadap kesalahan mengedar, memiliki dan menggunakannya.
Kredit: Sinar Harian Kesan Buruk Vape Mushroom Penggunaan flavour mushroom mempunyai risiko dan kesan negatif yang sangat banyak kepada pengguna. Antara kesannya adalah seperti berikut:
1. Merosakkan Paru-Paru Dari sudut kesihatan, amalan menghisap vape dalam apa jua perisa sekalipun boleh meningkatkan risiko kecederaan paru-paru, penyakit paru-paru tersumbat ronik (COPD), asma, kanser paru-paru dan penyakit kardiovaskular.
Hal ini jelas kerana di dalam setiap vape mengandungi e-cecair, e-jus atau jus vape yang biasanya mengandungi nikotin, perasa dan bahan kimia lainnya.
Setiap kali anda sedut vape, ganja, nikotin, dan bahan kimia lainnya akan turut sama masuk ke dalam paru-paru anda sama seperi rokok.
2. Kemungkinan Tinggi untuk Overdose Oleh kerana vape memberikan akses yang cepat, ia akan membolehkan psilocybin masuk ke dalam sistem pernafasan sehingga menyebabkan overdose.
Ini biasa berlaku terutamanya bagi pengguna yang tidak terbiasa dengan dos psilocybin yang tepat.
Overdos yang keterlaluan boleh membahayakan pengguna atau lebih teruk sehingga membawa maut.
3. Kesan Sampingan yang Sukar Dijangka Oleh kerana jumlah psilocybin dan psilocin yang terkandung dalam mana-mana flavour mushroom tidak diketahui dari segi jumlah kandungan psikoaktifnya.
Pengguna akan lebih sukar untuk mengetahui dan menentukan kesan jangka masa panjang yang mungkin akan memberi kesan buruk kepada kesihatan diri.
4. Meningkan Risiko Masalah Mental Dalam kalangan remaja, flavour mushroom ini sering diambil dalam kombinasi dengan alkohol dan dadah lainnya sehingga meningkatkan risiko psikologi dan fizikal.
Antara kesan mental yang akan anda alami adalah seperti psikosis, paranoia, rasa gugup, panik, euforia, halusinasi dan sebagainya.
5. Meningkatkan Tekanan Darah dan Kadar Jantung Psilocybin yang terkandung di dalamnya boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung yang mungkin berbahaya kepada individu yang sememangnya mempunyai masalah jantung.
Kredit: Northport Malaysia Sumber:
COTD – Bahaya “Magic Mushroom” Vape. Pusat Racun Negara Psilocybin (Magic Mushrooms): What It Is, Effects and Risks. Medical News Today

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/vape-mushroom/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=vape-mushroom

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pulak Golongan Majoriti Kata Bab Kpg Sg Baru

Apa Pulak Golongan Majoriti Kata Bab Kpg Sg Baru

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 184 hits
Spark Nauza Tak sampai la pida patut la level pelakon tak berapa laku orang pun tak berapa kenal Tapi kenapa erk dia hentam kerajaan harini je serang Anwar Ibrahim Padahal kes bukan zaman Anwar pun Tanah kena rampas pakai Akta Pengambilan T...
Bayi Baru Lahir Kena Campak Budak 6 Tahun

Bayi Baru Lahir Kena Campak Budak 6 Tahun

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 247 hits
Bayangkan bayi kecil yang baru saja melihat dunia belum sempat pun merasa pelukan ibunya dengan sempurna akhirnya pergi bukan sebab sakit tapi kerana kecuaian manusia Walaupun insiden memilukan ini berlaku di Perancis ia sepatutnya menjadi ...
Liga 1 2024 2025 Musim Penuh Drama Yang Bikin Deg Degan Siap Sambut Kickoff Musim Baru

Liga 1 2024 2025 Musim Penuh Drama Yang Bikin Deg Degan Siap Sambut Kickoff Musim Baru

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 439 hits
Rekap lengkap Liga 1 Indonesia musim 2024 2025 klasemen top skor top assist dan jadwal kickoff Super League 2025 2026 Temukan insight analisis statistik dan perkembangan terbaru sepak bola nasional hanya di sini
Bahan Tambahan Minimal Jalan Pintas Ion Baru Untuk Elektrolit Bateri

Bahan Tambahan Minimal Jalan Pintas Ion Baru Untuk Elektrolit Bateri

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 169 hits
Inovasi Terkini dalam Teknologi Penyimpanan Tenaga untuk Peranti Wearable Dalam dunia teknologi yang semakin maju perhatian kini beralih kepada elektronik boleh pakai yang mengutamakan saiz miniatur dan fleksibiliti Permintaan yang meningka...
Trump Perjanjian Hebat Baru Dimeterai Dengan Indonesia

Trump Perjanjian Hebat Baru Dimeterai Dengan Indonesia

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 275 hits
WASHINGTON Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Selasa yang beliau mencapai perjanjian perdagangan yang disifatkan sebagai hebat dengan Indonesia selepas rundingan langsung bersama Presiden Prabowo Subianto Perjanjian heb...
Tiga Remaja Disyaki Bunuh Remaja 19 Tahun

Tiga Remaja Disyaki Bunuh Remaja 19 Tahun

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 234 hits
AgensiLondon Polis menahan tiga remaja lelaki disyaki menikam remaja berusia 19 tahun hingga maut di kawasan tempat letak kenderaan padang bola sepak di Bury Greater Manchester England Mangsa yang parah akibat luka tikaman di badan meningga...
Jinak Merpati Dari Anak Baru Menetas

Jinak Merpati Dari Anak Baru Menetas

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 313 hits
Asalamualaikum Salam SejahteraVedio anak burung merpati sejak menetas di belai manja Vedio dari Smart Handpone Abaikan tinja burungmerpati dalam rebannya Tidak berganjak walau didekati burung menunggu masa untuk bertelur akan duduk diamberp...
Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet

Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Tandas Sekolah Di Seremban Pada 1 10 2025

Lirik Lagu Sampaikan Rindu Ippo Hafiz

Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Proded888 5 September Proded888 Top 90 By Ona

Trim Rambut Anak Lelaki

Korang Kena Tenang Sebab Ardell Tenang Nadzmi Adhwa

Hafiz Mahamad Cipta Lirik Untuk Sumud Flotilla Ada Yang Sindir Tapi 2 Hari Lepas Baru Beli Iphone

Malaysia Mohon Bantuan Turki Bawa 23 Aktivis Gsf Keluar Dari Israel

Web Psp Ideavault Sayembara Idea Gegarkan Putrajaya