Vaksinasi Awal Bantu Petugas Media Di Lapangan Kumpulan Wartawan


 MALAYSIAKINI


Beberapa kumpulan wartawan hari ini mengalu-alukan laporan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menyenaraikan wartawan sebagai kumpulan petugas barisan hadapan yang layak untuk menerima vaksin awal Covid-19.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) adalah antara kumpulan terawal yang merayu agar pengamal media disenaraikan dalam 500,000  penerima vaksin tersebut yang akan mula diberikan pada hujung bulan ini.
Dengan keanggotaan melebihi 700 orang merentasi pelbagai organisasi berita, Presiden NUJM, Farah Marshita Abdul Patah berkata vaksinasi awal ini akan membantu tugas wartawan di lapangan.
“Vaksinasi ini akan membantu pengamal media untuk melaksanakan tugas mereka dengan lancar dan memudahkan proses mengumpul berita,” katanya kepada Malaysiakini.
Risiko jangkitan Covid-19 kadangkala tidak dapat dielakkan terutamanya dalam tempoh yang mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi.
Walaupun wartawan pada kebanyakan masa boleh bertugas dari rumah atau mengekalkan jarak yang selamat, jurugambar berita kadang-kadang perlu berada sedekat yang mungkin dengan subjek mereka.
Kumpulan jurugambar The Biddy’s yang mewakili jurugambar berita Malaysia turut mengalu-alukan langkah untuk mendahulukan usaha vaksinasi anggota mereka dan pengamal media lain di lapangan.
“Sejak tahun lepas, ramai dari ahli kami terpaksa melalui saringan Covid-19 berulang kali selepas membuat liputan di kawasan berisiko tinggi atau menjadi kontak rapat,” kata mereka.
Institut Wartawan Malaysia (IOJM) berkata industri media setakat ini mengambil langkah perlindungan yang proaktif, malah menanggung kos saringan Covid-19 tanpa sebarang sokongan dari sektor awam.
“Jika wartawan dimasukkan dalam fasa vaksinasi yang terkemudian, tempoh berbulan-bulan untuk menunggu itu akan mendedahkan industri media kepada risiko dan memberi kesan secara sosial dan ekonomi.
“Wartawan memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan berita penting kepada orang ramai di samping melawan maklumat salah yang tersebar dengan semakin meluas bersama-sama wabak ini,” kenyataan IOJM dipetik.
“Malah jika wartawan divaksin sekali pun, IOJM ingin mengingatkan mereka agar mengamalkan prosuder operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengelak daripada risiko yang tidak diperlukan,” kata kumpulan tersebut yang terdiri daripada wartawan-artawan, staf pengurusan, dan lain-lain lagi daripada industri media.
Kumpulan pendesak media iaitu Gerakan Media Merdeka (Geramm) berkata vaksinasi awal untuk petugas media ini akan menggalakkan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan penerimaan vaksin dan mencapai imuniti kawanan.
“Vaksinasi awal untuk pengamal media akan membantu dalam melawan naratif yang menentang vaksinasi, dengan lebih banyak sebaran maklumat untuk mematahkan kenyataan-kenyataan palsu, bukan sahaja menerusi laporan berita tetapi juga menerusi interaksi pihak media dengan orang ramai,” kata Geramm.
Selain daripada mengalu-alukan langkah tersebut, Foreign Correspondents Club of Malaysia turut menzahirkan harapan mereka agar kerajaan meningkatkan langkah untuk melibatkan pihak media.
“Kami juga berharap agar media diberikan akses untuk melapor secara terus hal ehwal berkaitan vaksin ini agar kami dapat memberikan laporan yang menyeluruh terhadap langkah terbaru ini,” katanya.
Di Malaysia Timur, Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak, Jacqueline David berkata 150 orang anggotanya memberikan nama mereka kepada kerajaan negeri untuk disenaraikan sebagai antara penerima awal vaksin.
Langkah yang sama turut dilakukan Persatuan Wartawan Sabah yang dipimpin oleh Mugunthan Vanar.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pagi tadi berkata wakil rakyat adalah antara penerima vaksin terawal dalam Fasa 1 program vaksin tersebut yang akn bermula pada 26 Februari depan.
Muhyiddin mengumumkan perkara itu selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, 300,000 daripada 500,000 dos vaksin dalam Fasa 1 akan diberikan kepada petugas barisan hadapan sektor perubatan.
Baki 200,000 dos vaksin pula akan diberikan kepada petugas barisan hadapan bukan perubatan seperti anggota keselamatan, pegawai kebajikan dan ahli politik.
Selain daripada kumpulan-kumpulan tersebut, Muhyiddin berkata kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan permintaan daripada kumpulan-kumpulan lain seperti pengamal media dan guru untuk menerima vaksin dalam Fasa 1.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/vaksinasi-awal-bantu-petugas-media-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Petugas Media Jadi Golongan Awal Terima Vaksin Covid 19

Sokong Petugas Media Jadi Golongan Awal Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 220 hits
Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR ARFI AHMADSEREMBAN Cadangan supaya petugas media diiktiraf sebagai barisan hadapan dan menjadi antara golongan terawal menerima vaksin Covid 19 disambut baik Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan Arfi Ahmad berkata...
3 Petugas Media Misi Pek Ikhlas Nyaris Maut Jambatan Usang Runtuh

3 Petugas Media Misi Pek Ikhlas Nyaris Maut Jambatan Usang Runtuh

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 153 hits
110 keluarga di Kampung Kurnia Tawau terima sumbangan dari Yayasan Ikhlas BANGI Tiga petugas media yang menyertai Misi Pek Ikhlas di Sabah nyaris maut selepas jambatan kayu usang di Kampung Kurnia Tawau runtuh Pengerusi Pemegang Amanah Yaya...
Gangguan Ke Atas Media Kebebasan Bersuara Malaysia Ke Arah Kediktatoran

Gangguan Ke Atas Media Kebebasan Bersuara Malaysia Ke Arah Kediktatoran

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 275 hits
Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenakan denda tinggi terhadap portal Malaysiakini dan serbuan polis terhadap penerbit buku Gerakbudaya memperihatkan Malaysia bergerak ke arah anti demokrasi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berka...
Icon Social Media

Icon Social Media

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 304 hits
Assalamualaikum hari ni Sya rajin pulak lah cari icon sebab comel sgt a href Link target blank img src URL GAMBAR height 25 width 25 a Warna MERAH Link facebook twitter dll Warna BIRU Url gambar Warna JINGGA Saiz gambar Nak ambil gambar baw...
Dr Xavier Tolak Persepsi Media Kaitkan Beliau Dengan Rasuah

Dr Xavier Tolak Persepsi Media Kaitkan Beliau Dengan Rasuah

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 159 hits
Dr Xavier tolak persepsi media kaitkan beliau dengan rasuahOleh February 18 2021Propaganda media arus perdana membayangkan M A Tinagaran pemimpin KEADILAN Perak yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kononnya merupakan pembant...
Guru Berisiko Pengamal Media Dipertimbang Suntikan Vaksin Fasa Pertama

Guru Berisiko Pengamal Media Dipertimbang Suntikan Vaksin Fasa Pertama

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 278 hits
February 21 2021 Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah meminta Menteri Kanan Radzi Jidin menyenaraikan guru terbabit dan keutamaan kepada yang berisiko tinggi serta memiliki komorbiditi jika dijangkiti Covid 19 SEPANG Guru dan pengamal med...
Polis Cari Personaliti Media Sosial Didakwa Langgar Sop Rentas Negeri Hadir Majlis Perkahwinan Rakan

Polis Cari Personaliti Media Sosial Didakwa Langgar Sop Rentas Negeri Hadir Majlis Perkahwinan Rakan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 333 hits
476 total views 476 views today Sebelum ini netizen meluahkan rasa bengang apabila mereka melihat foto dan video mengenai sekumpulan personaliti media sosial yang dipercayai merentas negeri ke Pantai Timur untuk menghadiri sebuah majlis per...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Fix Harmful Backlinks For Free

Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan