Wanita Hamil Perlu Maklumat Jelas Mengenai Vaksin Kerajaan Diberitahu


Faye KwanWanita hamil tidak mendapat maklumat jelas tentang bagaimana dan bilakah mereka akan divaksin, kata seorang bakal ibu. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Satu kempen dilancarkan bagi mendapatkan garis panduan jelas mengenai vaksinasi wanita hamil sewaktu kes jangkitan harian Covid-19 terus melonjak naik.
Liyana Helmi Hadi, yang kini hamil anak kedua berkata, tiada penjelasasan mencukupi mengenai proses vaksinasi tersebut dengan persoalan berhubung peluangnya mendapat suntikan vaksin Pfizer, yang merupakan satu-satunya jenama yang disyorkan oleh kerajaan untuk wanita hamil dan ibu menyusu, tidak berjawab.
Beliau melancarkan satu petisyen (http://chng.it/nNHLX6TK6Q), yang mendapat sokongan lebih 100 pembaca, bagi mendapatkan garis panduan terperinci berhubung perkara itu.
“Kita semua tahu, kami dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi dan vaksin Pfizer sesuai untuk wanita hamil antara 14 hingga 33 minggu,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun beliau mempersoalkan bagaimanakah bakal ibu dikategorikan di bawah program vaksinasi kebangsaan kerana aplikasi MySejahtera tidak menghendaki pemohon menyatakan sama ada mereka hamil atau sebaliknya.
“Borang pendaftaran vaksinasi tidak termasuk pertanyaan mengenai kehamilan dan penyusuan, jadi kami mahu tahu apa rancangan kerajaan untuk bekalan Pfizer untuk memenuhi (keperluan) kami,” katanya.
Menurut kempen program vaksinasi kebangsaan, wanita yang hamil 14 hingga 33 minggu harus mendapat vaksin Pfizer atau menangguhkannya sehingga selepas bersalin, sementara vaksin AstraZeneca dan Sinovac tidak disyorkan.
Liyana, 30, yang kini hamil 12 minggu, tertanya-tanya sama ada jumlah vaksin Pfizer yang tersedia mencukupi.
Beliau berkata, tiada respons diberikan terhadap pelbagai komen dan pertanyaan yang dikemukakan dalam saluran media sosial jawatankuasa khas vaksin.
Beliau berkata, kerajaan United Kingdom misalnya menyediakan senarai terperinci berhubung soalan yang kerap ditanya (FAQ).
“Ia menyediakan garis panduan yang komprehensif untuk golongan rentan, dan membantu orang membuat keputusan dengan tepat mengenai pengambilan vaksin.”
Bulan lepas, kajian Universiti Oxford mendapati wanita hamil yang dijangkiti virus Covid-19 berdepan risiko komplikasi lebih tinggi.
Satu lagi kajian British mencadangkan jangkitan Covid-19 ketika hampir waktu bersalin meningkatkan kemungkinan kematian bayi atau kelahiran pramatang, walaupun risiko keseluruhan masih rendah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/wanita-hamil-perlu-maklumat-jelas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Lengkap Dua Dos Vaksin Cetus Kluster Baru Di Tawau

Wanita Lengkap Dua Dos Vaksin Cetus Kluster Baru Di Tawau

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 281 hits
Seorang wanita berumur 53 tahun yang telah lengkap menerima dua dos vaksin pada Mac lepas dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu di Sabah kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun Beliau yang juga jurucakap ...
Hiburan Dah Macam Hunger Games Tak Dapat Daftar Artis Wanita Ini Luah Perasaan Kecewa Dengan Sistem Web Daftar Vaksin

Hiburan Dah Macam Hunger Games Tak Dapat Daftar Artis Wanita Ini Luah Perasaan Kecewa Dengan Sistem Web Daftar Vaksin

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 270 hits
Pendaftaran vaksin AstraZeneca fasa kedua yang telah berlangsung semalam ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang rata ratanya gagal untuk mendaftar kerana kelemahan teknikal laman web yang dibuat khas untuk ...
Wanita Tampil Mohon Maaf Sebar Berita Palsu Pasal Vaksin

Wanita Tampil Mohon Maaf Sebar Berita Palsu Pasal Vaksin

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 234 hits
1 857 total views 1 857 views today Tindakkan seorang wanita yang menyebarkan berita palsu tentang Vaksin di Malaysia melalui laman Instagramnya menerima padah apabila dia dikecam netizen oleh sebab terlalu mempercayai kata kata orang lain ...
Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 357 hits
May 23 2021 10 38 AMKetua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menunjukkan surat tawaran dua juta dos vaksin Covid 19 daripada sebuah syarikat baru baru ini PETALING JAYA Wakil syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang dipercayai cuba m...
China Benarkan Vaksin Dibeli Pihak Swasta Kerajaan Jangan Sekat

China Benarkan Vaksin Dibeli Pihak Swasta Kerajaan Jangan Sekat

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 338 hits
China benarkan vaksin dibeli pihak swasta kerajaan jangan sekatOleh May 20 2021Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang enggan membenarkan sektor swasta membeli vaksin Covid ...
Wanita Menyusu Bayi Boleh Disuntik Vaksin Astrazeneca

Wanita Menyusu Bayi Boleh Disuntik Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 419 hits
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR PETALING JAYA Wanita mengandung dan menyusukan anak boleh mengambil suntikan vaksin Covid 19 Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 bagi vaksin Pfizer ia boleh diambil bagi ibu mengan...
Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid 19 Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid 19 Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 473 hits
Sejak akhir akhir ini ramai ibu hamil dan menyusukan tertanya tanya adakah selamat bagi mereka untuk mengambil suntikan vaksin Covid 19 bagi melindungi diri daripada virus berkenaan Ada juga yang menyatakan kegusaran akan kesan sampingan ya...
Wanita Hamil Lari Pkpd Untuk Beraya Punca Kluster Baru Di Kelantan

Wanita Hamil Lari Pkpd Untuk Beraya Punca Kluster Baru Di Kelantan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 413 hits
Sejak beberapa hari lalu kes harian Covid 19 di Malaysia mencatatkan rekod yang agak membimbangkan apabila hampir mencecah 7 000 kes Terbaru tindakan seorang wanita hamil berusia 30 an melarikan diri dari Perintah Kawalan Pergerakan Diperke...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Why Dr M Was Right About Anwar

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan