Selepas Dikecam Ulamak Pas Ubah Pendirian Isu Vaksin


 


June 4, 2021 Berdasarkan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak sehingga mencapai 9,020 kes baharu jangkitan pada 29 Mei lalu, Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli akhirnya mengubah pendirian turut bersama dengan kerajaan dalam menangani penularan wabak itu melalui kaedah vaksinasi.
Beliau menyatakan demikian ketika sesi soal jawab sewaktu menyampaikan kuliah rutin secara atas talian, hari ini.
“Sebelum ini saya bersikap negatif dalam isu vaksin, tetapi berdasarkan situasi hari ini saya bersama kerajaan.
“Apabila direnung dan difikirkan kembali, kerajaan yang ada pada hari ini bertindak dan bertanggungjawab ke atas rakyat berdasarkan maslahat atau situasi yang berlaku kini,” katanya. Menurutnya, apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan pasti ada sebabnya tersendiri.
“Pihak kerajaan menyampaikan cerita yang zahir saja yang di sebaliknya kita tak tahu, jadi dalam situasi ini saya menarik semula pendirian saya dengan bersama kerajaan.
“Melihat kepada orang ramai yang perlu dikuarantin, seperti orang tua dan kanak-kanak yang menunggu tanpa ada ubat, saya merasa kasihan,” ujarnya lagi.
Beliau juga merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Disember lalu iaitu mengharuskan pengambilan vaksin.
“Berdasarkan keputusan tersebut, saya bersama dengan fatwa berkenaan kerana perkara ini telah dibincangkan oleh mereka yang mempunyai kelebihan untuk mengeluarkan fatwa.
“Berdasarkan kaedah hukum yang kerajaan keluarkan, inilah hukum syarak, jika masih ada rakyat yang tidak mahu ambil itu terpulang kepada diri masing-masing,” ujarnya lagi.
Menurut beliau, setiap perkara baharu pasti ada baik dan buruknya, namun kesan tidak bersama dengan jumhur itu lebih besar.
“Ada pun kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang sebelumnya, di mana yang sebelum ini kita hari-hari susah hati.
“Kerajaan yang ada ini kerajaan yang sah melalui undang-undang negara, saya mengajak kita semua berfikir dengan waras untuk kita bersama menangani isu Covid-19 ini,” katanya.
Beliau sentiasa merenung situasi yang berlaku ketika ini, justeru pendiriannya sebelum ini perlu berubah demi kemaslahatan ummah.
“Sebenarnya ubah pendirian ini bukanlah sesuatu benda yang salah, malah itulah yang terbaik berdasarkan situasi.
“Contoh seperti fatwa Imam Syafie, sewaktu di Iraq fatwanya lain, kemudian apabila di Mesir fatwanya lain berdasarkan penduduk setempat,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/selepas-dikecam-ulamak-pas-ubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Tg Zainul Asri Ubah Pendirian Bersama Kerajaan

Vaksin Tg Zainul Asri Ubah Pendirian Bersama Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 291 hits
Oleh NOOR SARA MASHITOH KANGAR Berdasarkan peningkatan kes Covid 19 yang mendadak sehingga mencapai 9 020 kes baharu jangkitan pada 29 Mei lalu Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli akhirnya mengubah pendirian turut bersama dengan ke...
Pas Serah Isu Abang Khai Kepada Pihak Polis

Pas Serah Isu Abang Khai Kepada Pihak Polis

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 227 hits
N Faizal GhazaliPAS menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan percubaan rentas negeri yang membabitkan anggota parlimennya Khairuddin Aman Razali Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan berkata setakat ini parti itu tidak memp...
Panas Che Ibrahim Gesa Kerajaan Pas Kelantan Beli Vaksin Guna Duit Rm400 Juta

Panas Che Ibrahim Gesa Kerajaan Pas Kelantan Beli Vaksin Guna Duit Rm400 Juta

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 239 hits
May 26 2021 AMANAH Kelantan hari ini mendesak Kerajaan Pas Kelantan agar memanfaatkan wang one off yang diterima sebanyak RM400 juta dahulu untuk diguna bagi tujuan pembelian vaksin Covid 19 Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz ...
Video Pas Amal Dua Darjat Berhubung Isu Hukuman

Video Pas Amal Dua Darjat Berhubung Isu Hukuman

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 230 hits
Menjawab pertanyaan media Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Menteri Undang Undang sekadar berkata Orang yang dituduh itu mempunyai hak bela diri Prinsip undang undang adalah seseorang tidak bersalah sebelum dibukti...
Dr Amalina Dikecam Isu Bodoh Bodoh

Dr Amalina Dikecam Isu Bodoh Bodoh

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh KOSMO Dr AmalinaKUALA LUMPUR Pelatih Pakar Bedah Dr Nur Amalina Che Bakri dikecam netizen susulan kenyataannya yang membidas video dimuat naik Pakar Motivasi Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad semalam Nur Amalina melalui Twitternya berkata d...
Penerima Vaksin Akan Mati Selepas Dua Tahun

Penerima Vaksin Akan Mati Selepas Dua Tahun

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 309 hits
INI satu lagi kaedah kumpulan anti vaksin untuk memburuk burukkan vaksin Mereka memetik pendapat peribadi individu tertentu dan memotong sekerat sekerat kenyataan yang telah dikeluarkan Walaupun ianya dikeluarkan oleh individu termasyhur te...
Mana Dia Pimpinan Pas Yang Nak Tutup Genting Ada Saja Isu Pimpinan Dia Lari Masuk Gua Jangan Hipokrit La Weiiii

Mana Dia Pimpinan Pas Yang Nak Tutup Genting Ada Saja Isu Pimpinan Dia Lari Masuk Gua Jangan Hipokrit La Weiiii

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 270 hits
SHAHBUDIN HUSINHebat tak pusat judi ni arahan menteri pun dia tak peduli dan nampaknya tiada siapa yang serius mahu memastikan ia benar2 ditutup akhirnya sebagaimana diarahkan Menteri pun bila sudah tahu pusat judi Genting masih dibuka lang...
Eina Semalam Register Pakai Website Mana Ya Eina Azman Padam Foto Selepas Netizen Persoal Kelebihan Dapat Cucuk Vaksin

Eina Semalam Register Pakai Website Mana Ya Eina Azman Padam Foto Selepas Netizen Persoal Kelebihan Dapat Cucuk Vaksin

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 603 hits
LAMAN sosial kecoh apabila netizen mempersoalkan bagaimana pelakon Datin Paduka Eina Azman menerima sunt1kan vksin di sebuah hospital di Ipoh Perak bersama suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah Rata rata netizen mendakwa selebriti i...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach