Vaksin Tak Percaya Ini Percaya Pulak Video Lepas Bunga Cengkih Viral Pula Kopi Campur Clorox Penawar Covid 19
Bermacam-macam berita palsu disebarkan di Whatsapp terutamanya tentang penawar atau ‘ikhtiar’ melawan virus Covid-19. Golongan anti vaksin akan mengambil kesempatan ini untuk dakyah mereka dan menghasut orang ramai untuk menolak suntikan vaksin
Jika baru-baru ini viral tentang hidu wap bunga cengkih yang direbus dapat merawat Covid-19, kali ini tersebar pula sebuah video menunjukkan seorang warga emas melakukan tutorial cara ‘terbaru’ untuk melawan virus ini
Melalui video yang kini viral di Twitter itu, dua cawan plastik dilihat berada di hadapannya berisi air kopi dan air bergas. Warga emas itu kemudian mencampurkan air tersebut dengan cecair Clorox!
Berdasarkan broadcast message yang dikongsikan seorang doktor, ternyata langkah itu didakwa merupakan ‘cara’ untuk menghapuskan kuman termasuklah Covid-19 dan penyakit kanser.
"Di izin Allah menghapuskan RACUN. Setakat kuman COVID-19, kanser dan beberapa lagi tak masalah sebab kekuatan RACUN CLOROX mampu membunuh dalam beberapa minit.'
Doktor tersebut mengambil kesempatan itu untuk menasihati orang ramai agar berwaspada dengan penyebaran video serta berita palsu sebegitu. Dia juga turut berkongsi bukti-bukti bahawa cecair peluntur amat membahayakan.
Tonton video itu di sini
Ramai netizen yang tonton video itu berasa marah dan sudah muak dengan penyebaran video-video seumpama itu sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita.
Ada segelintir yang berkata disebabkan video-video itu jugalah ramai ibu bapa yang jadi terpengaruh. Sebelum ini, hampir 10,000 penduduk di Kelantan tak hadir janji temu suntikan vaksin.
Hasil temu duga, beberapa warga emas mengaku bertukar fikiran dan menjadi ragu-ragu untuk menerima vaksin selepas mendengar cerita tidak enak dan negatif dari penduduk kampung.
Sumber Lobak Merah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://u-ohgosip.blogspot.com/2021/06/vaksin-tak-percaya-ini-percaya-pulak.html