Bunga Cengkih Boleh Rawat Covid
hi there. Aku Impressed Bila Dapat Tahu Bunga Cengkih Boleh Rawat Covid!? Gila punya senang nak rawat covid ni , kau guna jer lah bunga cengkih.
Fuh, lepas tu semua frontliners tak perlu berletih-letihan merawat pesakit Covid kan. Bagi je bunga cengkih. Boleh jimat perbelanjaan perubatan negara!
Banyak punya lawaklah korang kononnya bunga cengkih boleh rawat covid. Kalau betullah, kenapa doktor tak guna ilmu kaki lima ni untuk rawat pesakit Covid?
Family aku 7 orang kena Covid setakat ini. Abang Ngah aku on oxygen since day 1 masuk hospital , now dah 5 hari kat hospital.
Kalau bunga cengkih yang korang puja-puja tu boleh rawat Covid, nanti korang rawatlah diri sendiri hanya dengan bunga cengkih.
Come on, dah abad ke berapa ni still nak yakin sangat dengan sumber tak boleh dipercayai. Kata now semua info di hujung jari, tapi kena tak nak Google dalam dalam cari sumber yang sahih?
Bunga Cengkih Boleh Rawat Covid?Ni aku kongsi INFO dari Dr. Samhan berkaitan bunga cengkih dalam ilmu perubatan.
Bunga cengkih mengandungi Eugenol merencat enzim 5- lipoxygenase. Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan. Ini bermakna wap air dari bunga cengkih sangat bagus untuk mengurangkan keradanga dan melegakan simptom seperti batuk, sakit tekak dan selsema. Tetapi, bunga cengkih TAK BOLEH merawat covid mahupun asma. Setelah menghidu wap air atau minum air rebusan bunga cengkih, simptom memang akan kurang dan hilang tetapi virus covid masih ada.Bagi pesakit covid, kalian boleh minum air rebusan bunga cengkih untuk melegakan sakit tekak dan batuk tetapi tak boleh matikan virus covid tersebut. Cara yang betul adalah pesakit covid perlu dikuarantin untuk elak penyebaran kepada orang sekeliling dan pantau simptom.Jika keadaan semakin teruk, segera dapatkan rawatan di hospital. Tolong sebarkan info ini di group-group whatsapp agar ramai yang tak salah faham tentang info bunga cengkih. - Dr. Ahmad Samhan >>> Klik Tweet Penuh Di Sini
Jadi, please lah sila faham kegunaan bunga cengkih tidak boleh merawat Covid.
Kalau ada family, jiran dan rakan atau orang sekeliling yang disahkan Covid, tolonglah bantu mereka mendapatkan nasihat atau rawatan dari KKM.
dan kalau korang tengok sekarang ni, ramai yang kongsi keadaan pesakit Covid tu macam mana. Ada yang sihat tiada gejala, tapi ada yang kena intubated dan ada yang tak survive.
Dan doakan Abang Ngah aku kembali sihat walafiat ya. Hari tu dia kena warded pasal dada dia sakit sangat dan dia susah nak bernafas.
Dia bagitau aku, doktor masukkan 3 jenis ubat kat badan dia. Dan hari ke-4, baru dia rasa badan dia tak begitu sakit sangat.
Stay healthy, stick with SOP jaga jarak.
cheers.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2021/06/bunga-cengkih-boleh-rawat-covid.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)