Cengkih Penawar Covid 19 Hanya Mitos


Rawatan menggunakan cengkih sebagai penawar untuk pesakit Covid-19 adalah mitos semata-mata kera­na tiada kajian saintifik yang membuktikan bahan itu boleh menjadi ubat kepada pandemik tersebut.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, bagaimanapun, dalam rawatan tradisional, cengkih digunakan sebagai bahan untuk merawat selesema, sakit tekak dan batuk.
Beliau berkata, walaupun tiada kajian berkaitan rawatan tersebut (selesema, batuk dan sakit tekak), namun ia mempu­nyai keberkesanannya.
“Saya sendiri menggunakan cengkih dan beberapa bahan tradisional lain seperti bawang putih, madu dan limau nipis untuk merawat sakit tekak, selesema dan batuk.
“Namun, bagi membunuh virus ini (Covid-19) menggunakan cengkih, masih belum ada kajian yang boleh membuktikannya. Lagipun virus ini berada di dalam hidung sehingga paru-paru,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Malah, kata Zainal Ariffin lagi, amalan menyedut wap cengkih secara berterusan juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada paru-paru seperti penyakit keradangan.
“Bahaya jika mengamalkan sedut wap panas cengkih kera­na wap tersebut akan melalui kerongkong dan terus kepada paru-paru yang boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
“Justeru, jangan percaya kepada benda yang tular di media sosial, seeloknya rujuk dahulu doktor atau pengamal perubatan bertauliah supaya anda tidak merisikokan diri dengan ‘penawar mitos’ di media sosial,’” tegasnya.
Sementara itu, Pakar Perun­ding Ortopedik, Medical Mythbusters Malaysia, Dr. Mahyuddin Mohamed turut memaklumkan bahawa tiada kajian yang membuktikan keberke­sanan cengkih dalam merawat pesakit Covid-19.
Malah, katanya, menghidu wap panas boleh menyebabkan inhalation injury atau kerosakan salur pernafasan seseorang.
“Kalau boleh guna wap cengkih, tak perlulah kita belanja jutaan ringgit beli vaksin, buat pusat pemberian vaksin, pusat kuarantin pesakit Covid-19 dan sediakan wad serta unit rawatan rapi (ICU) kepada pesakit Co­vid-19.
“Baik kita belanja duit beli bu­nga cengkih sahaja. Nasihat saya, jika anda selesema, sakit tekak, batuk dan kesukaran bernafas, segera ke hospital,” kata­nya.
Tambah Mahyuddin, lagi lambat pesakit ke hospital, ia akan mendedahkan pesakit dari ka­tegori 1 atau 2 ke kategori lebih teruk yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Terdahulu, tular di media sosial apabila ada pihak mendakwa cengkih boleh merawat Covid-19 dengan menyedut wap air rebusan cengkih ataupun dengan mengunyah biji cengkih.
sumber: Kosmo Online
The post Cengkih penawar Covid-19 hanya mitos appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/cengkih-penawar-covid-19-hanya-mitos/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Tak Percaya Ini Percaya Pulak Video Lepas Bunga Cengkih Viral Pula Kopi Campur Clorox Penawar Covid 19

Vaksin Tak Percaya Ini Percaya Pulak Video Lepas Bunga Cengkih Viral Pula Kopi Campur Clorox Penawar Covid 19

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 428 hits
Bermacam macam berita palsu disebarkan di Whatsapp terutamanya tentang penawar atau ikhtiar melawan virus Covid 19 Golongan anti vaksin akan mengambil kesempatan ini untuk dakyah mereka dan menghasut orang ramai untuk menolak suntikan vaksi...
Bunga Cengkih Boleh Rawat Covid

Bunga Cengkih Boleh Rawat Covid

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 750 hits
hi there Aku Impressed Bila Dapat Tahu Bunga Cengkih Boleh Rawat Covid Gila punya senang nak rawat covid ni kau guna jer lah bunga cengkih Fuh lepas tu semua frontliners tak perlu berletih letihan merawat pesakit Covid kan Bagi je bunga cen...
Hanya Satu Dari 22 500 Boleh Dijangkiti Covid 19 Jika Ambil Vaksin

Hanya Satu Dari 22 500 Boleh Dijangkiti Covid 19 Jika Ambil Vaksin

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 404 hits
Oleh Adlinahani Binti Khalil SEJUMLAH vaksin Covid 19 yang digunakan di pusat pemberian vaksin di London United Kingdom baru baru ini AFP LONDON Individu yang menerima dua dos suntikan vaksin Covid 19 boleh mengurangkan risiko dijangkiti vi...
Covid 19 Semenanjung Tinggal Hanya Dua Zon Kuning Tujuh Zon Jingga

Covid 19 Semenanjung Tinggal Hanya Dua Zon Kuning Tujuh Zon Jingga

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 260 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan hanya tinggal dua zon kuning Covid 19 di Semenanjung Malaysia dan tujuh zon jingga Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan hanya tinggal dua zon kuning Covid 19 di Semen...
Sultan Terkejut Hanya 600 000 Dos Vaksin Covid 19 Diberikan Di Selangor

Sultan Terkejut Hanya 600 000 Dos Vaksin Covid 19 Diberikan Di Selangor

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah meluahkan rasa terkejut setelah mendapat tahu bahawa negeri itu hanya menerima 615 210 dos vaksin COVID 19 setakat 1 Jun Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha sulitnya Mo...
Darurat Niat Ikhlas Tidak Lain Tidak Bukan Hanya Kerana Covid 19

Darurat Niat Ikhlas Tidak Lain Tidak Bukan Hanya Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 268 hits
21 Mei 2021 Teringat ungkapan seperti di tajuk dilakukan oleh Tan Seri Muhyddin Yassin sebagai membalas tuduhan liar orang politik bahawa beliau mempengaruhi DYMM YDPA untuk melakukan darurat demi kesihatan rakyat Malaysia Ianya disambut ba...
Anda Percaya Ke Dengan Hidu Wap Air Panas Rebusan Bunga Cengkih Mampu Rawat Pesakit Covid 19

Anda Percaya Ke Dengan Hidu Wap Air Panas Rebusan Bunga Cengkih Mampu Rawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 488 hits
Kalau anda seorang pengguna WhatsApp tentu pernah terima video viral seorang jejaka yang kongsikan bagaimana keluarga kakaknya pulih dari jangkitan covid 19 hanya dengan menghidu wap air rebusan bunga cengkih Saya ada terima video sama Lebi...
Hiburan Wap Bunga Cengkih Boleh Sembuhkan Covid 19 Dah Dibuktikan Oleh Pesakit Positif Suhaimi Saad

Hiburan Wap Bunga Cengkih Boleh Sembuhkan Covid 19 Dah Dibuktikan Oleh Pesakit Positif Suhaimi Saad

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 411 hits
Bekas penyanyi kumpulan nasyid In Team Suhaimi Saad memberitahu kepada orang ramai di Instagram mengenai rawatan alternatif lain yang boleh merawat penyakit wabak COVID 19 Menurut Suhaimi sebelum ini dirinya pernah dijangkiti demam selsema ...
Vaksin Kawalan Pergerakan Kendiri Kini Pertahanan Utama Lawan Covid 19

Vaksin Kawalan Pergerakan Kendiri Kini Pertahanan Utama Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 238 hits
MALAYSIAKINI Suntikan vaksin dan kawalan pergerakan kendiri adalah pertahanan utama dan penting bagi setiap rakyat ketika ini dalam usaha untuk melumpuhkan penularan COVID 19 yang dilihat kembali memuncak sejak awal April lepas Presiden Per...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri