Mikrocip terkecil yang pernah dicatatkan dalam sejarah adalah keluaran Hitachi bersaiz 0.15 x 0.15 x 0.0075 mm. Sedangkan virus COVID-19 bersaiz 60 -120 nanometer. Virus COVID-19 beribu kali ganda lebih kecil dari mikrocip. Malah virus tidak boleh dilihat dengan mata kasar kita, mesti menggunakan mikroskop elektron baru nampak. Sedangkan mikrocip boleh nampak seperti pepasir halus di tepi pantai Terengganu.
Hujah ini pun mereka gagal memahaminya. Cuma kita hairan, tulisan viral dikalangan mereka itu terdiri dari "cerdik pandai" juga. Sebenarnya mereka bukan cerdik pun, tetapi menciplak idea dari antivaksin luar negara. Motif utama mereka sebenarnya melariskan jualan produk sampah yang selalu mereka promosikan. itu sahaja. Jika orang sudah terpengaruh dengan dakyah mereka, jualan produk makin laku keras. Itu sahaja
Vaksin COVID-19 yang sedang dalam pembikinan sekarang ini terdapat pelbagai jenis. Terdapat jenis virus yang dilemahkan/dimatikan, jenis berasaskan protin, jenis Vektor Viral dan teknik rekombinan RNA/DNA. Maknanya struktur tindakbalas imun lagi halus berbanding dengan virus itu sendiri. Jauh sekali lebih halus jika ingin dibandingkan dengan mikrocip. Terlalu amat sukar buat masa ini mencipta mikrocip sehalus itu
Mikrocip itu adalah ciptaan yang tidak hidup. Ianya tidak bernyawa atau tidak boleh bertindakbalas dalam sistem imunologi manusia. Bagaimana boleh menghasilkan tindakbalas imun sehingga membina sistem pertahanan dalam badan manusia
Kecanggihan sains dan teknologi pembuatan vaksin ini memerlukan dana yang besar sehingga membuahkan hasil yang akhirnya memberi manfaat kepada manusia sejagat. Golongan pendoktrin konspirasi selalu menuduh Bill Gates penyumbang terbesar pembuatan vaksin itu sebagai pelakon konspirasi untuk memupuskan penduduk dunia. Tetapi perlu kita ingat, Putra Mahkota kerajaan Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan juga adalah kolaberator terbesar dalam pembikinan vaksin sejak sekian lama.



|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |