Utusan Sepatutnya Sudah Berubah




Akhbar Utusan sepatutnya sudah tutup dan tidak diterbitkan lagi hari ini. Ia berikutan keputusan syarikat itu mahu memberhentikan penerbitan akhbarnya sejak Rabu lalu.Disebabkan gagal membayar gaji pekerja dan mereka sudah berpiket menuntut gaji yang tidak dibayar sejak tiga bulan lalu, sebagai jalan pintas, pengurusannya memutuskan untuk memberhentikan terus penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.Bagaimanapun, melalui campurtangan UMNO yang menyumbang RM1.6 juta untuk memberi pendahuluan gaji RM2,000 kepada 800 pekerja Utusan, di samping seruan pelbagai pihak agar akhbar bahasa Melayu tertua itu terus dipertahankan, langkah memberhentikan penerbitannya dibatalkan.Berdasarkan jasa dan sumbangan Utusan selama ini, pelbagai seruan juga kemudiannya kedengaran agar rakyat sama-sama menyokong dengan membeli Utusan senashkah setiap hari sebagai jalan memastikannya terus bernyawa.Dengan itu, sejak dua tiga hari lalu dilaporkan akhbar Utusan telah laris di pasaran. Banyak pihak melaporkan sebelum tengahari lagi ia sudah habis dijual. Ada juga yang merungut kerana tidak sempat membelinya.Alhamdulillah, Utusan nampaknya sudah dapat nafas baru.Namun, harus diingat kedaaan ini mungkin tidak lama. Ia boleh jadi hanya fenomena sementara dengan tujuan menunjukkan sokongan dan bantuan kepada Utusan.Selebihnya, bagaimana untuk menjadikan Utusan terus bertahan, ia terpulang kepada pengurusan dan sidang pengarang akhbar berkenaan.Mereka mesti sedia berubah menjadi akhbar rakyat. Selama ini Utusan adalah akhbar UMNO dengan mainan sentimen kaum dan agama yang melampau. Sebab itu, ia sedikit demi sedikit mula merosot jualannya. Rakyat jadi meluat.Utusan harus menjadi akhbar rakyat. Walaupun ia milik UMNO, tapi janganlah totok sangat dengan UMNO. Lagi pula, UMNO sudah jadi pembangkang sekarang ini.Maka, ia kena berubah dan pandai menyesuaikan diri. Jangan salahkan agensi kerajaan atau kementerian yang tidak lagi melanggan Utusan atau enggan membeli iklan sebagai punca kejatuhan Utusan.Sekarang adalah kerajaan PH memerintah negara. Mustahil mereka mahu melanggan atau membeli iklan kalau berita dalam Utusan terlalu totok UMNO dan banyak menghentam PH.Macam juga ketika BN berkuasa dahulu, tidak ada kementerian atau agensi yang mahu melanggan atau membeli iklan dalam Harakah dan Suara Keadilan kerana kedua-duanya adalah totok kepada Pas dan PKR.Situasinya lebih kurang sama begitu.UMNO kena berubah seperti akhbar The Star. Ia milik MCA tetapi tidak totok kepada MCA. Ia menjadi akhbar untuk semua.Tidak ada orang membeli Star merasa seperti ia menyokong MCA. Tetapi ramai malu membeli Utusan kerana dilihat seperti orang UMNO. Masalahnya, orang UMNO sendiri ramai tak beli Utusan. Malah ramai yang beli Star daripada Utusan.Utusan kini seperti diberi peluang kedua untuk terus hidup. UMNO tidak mungkin terus menolong Utusan dengan menyumbang wang secara bulanan untuk membayar gaji kakitangannya.Utusan harus hidup sendiri. Menjual harta untuk hidup adalah pilihan paling lekeh bagi perniagaan. Syarikat akhbar mesti jual akhbar dan jual iklan.Yang mustahak, Utusan mesti tampil dengan wajah baru yang benar-benar berbeza dengan Utusan yang totok UMNO sebelum ini.Kalau ia totok UMNO seperti dulu, orang UMNO tetap tidak beli sangat pun Utusan. UMNO ada 3.5 juta ahli, jika sejak dulu ahli UMNO menyokong Utusan, mustahil ia berdepan masalah kewangan.Maknanya, yang boleh menyokong dan membantu Utusan ialah rakyat biasa. Dengan perubahan wajah, perubahan laporan, perubahan kandungan dan perubahan pemikiran di kalangan pengarang-pengarangnya, Utusan diyakini boleh terus hidup.Tetapi, jika tidak sedia berubah, Utusan akan terus berdepan masalah di masa-masa akan datang. Ia sama seperti UMNO, yang sepatutnya berubah sebelum ia rebah pada PRU14 lalu.Belajarlah daripada sejarah. (Shahbudindotcom 23/08/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/utusan-sepatutnya-sudah-berubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utusan Melayu Mungkin Ditutup Tiada Wang Bayar Gaji

Utusan Melayu Mungkin Ditutup Tiada Wang Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 317 hits
Utusan Melayu Berhad berdepan risiko tutup operasi sekiranya gagal menjual aset dalam tempoh beberapa minggu lagi Hasil perbincangan wakil Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia dan pengurusan tertinggi syarikat akhbar itu jika aset milik Ut...
Prospek Utusan Kelam Berdepan Nyahsenarai

Prospek Utusan Kelam Berdepan Nyahsenarai

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 171 hits
Utusan Melayu Bhd berdepan kemungkinan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia berikutan berdepan masalah kewangan ditambah dengan kegagalan untuk mencari pelabur bagi menyelamatkannya Berita itu tersebar selepas desas desus bahawa syarikat a...
Henti Bekukan Akaun Umno Esok Kita Bantu Utusan Najib

Henti Bekukan Akaun Umno Esok Kita Bantu Utusan Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 246 hits
Henti beku akaun esok Umno tolong Utusan kata Najib Hampir 100 pekerja Utusan Melayu Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat itu hari ini bagi menuntut tunggakan gaji selama 3 bulan KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Naji...
Pekerja Diberitahu Utusan Henti Cetak Akhbar Rabu Ini

Pekerja Diberitahu Utusan Henti Cetak Akhbar Rabu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 251 hits
Bagaimanapun menurut sumber sumber pekerja juga dimaklumkan bahawa edisi atas talian Utusan dan Kosmo akan diteruskan
Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja Akhbar Tertua Tanah Air Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini

Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja Akhbar Tertua Tanah Air Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 500 hits
Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja Akhbar Tertua Tanah Air Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini Lebih 100 pekerja Utusan Melayu Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat tersebut yang didakwa gagal membayar gaji mereka selama ...
Sia2 Harapkan Umno Sampai Masanya Bersatu Jadi Pemilik Baru Utusan

Sia2 Harapkan Umno Sampai Masanya Bersatu Jadi Pemilik Baru Utusan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 216 hits
Berikutan sudah beberapa kali pekerja Utusan berdepan kelewatan pembayaran gaji ramai yang melontarkan gesaan agar para pemimpin UMNO yang kaya raya dengan pelbagai nikmat jawatan yang pernah disandang dalam kerajaan sebelum ini tampil meng...
Patriot Tuntut Utusan Malaysia Mohon Maaf Dari Presidennya

Patriot Tuntut Utusan Malaysia Mohon Maaf Dari Presidennya

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 263 hits
MALAYSIAKINI Persatuan Patriot Kebangsaan hari ini menuntut Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada presidennya Mohamed Arshad Raji dan ahli veteran tentera itu Patriot berkata ini kerana akhbar berkenaan mendakwa Mohamed Arshad ...
Utusan Kosmo Henti Operasi Edaran Terakhir Rabu Ini

Utusan Kosmo Henti Operasi Edaran Terakhir Rabu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 206 hits
Selepas 80 tahun beroperasi syarikat akhbar tertua negara iaitu Utusan Melayu Berhad akan menghentikan cetakan dua akhbarnya Utusan Malaysia dan Kosmo Menurut beberapa sumber syarikat tersebut edaran terakhir akhbar itu adalah pada Rabu ini...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient