Henti Bekukan Akaun Umno Esok Kita Bantu Utusan Najib




Henti beku akaun, esok Umno tolong Utusan, kata Najib
Hampir 100 pekerja Utusan Melayu Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat itu hari ini bagi menuntut tunggakan gaji selama 3 bulan.
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Najib Razak memberi jaminan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menghentikan arahan membeku akaun Umno dan mengembalikan dananya yang disita secara haram, esok parti itu akan menolong Utusan Melayu Berhad.
Beliau bagaimanapun mendakwa kerajaan PH tidak akan bertindak adil dan mengambil peduli mengenai masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat akhbar itu.
“Utusan nak jual aset untuk menyelesaikan masalah aliran tunai, kerajaan PH pun lambat untuk meluluskan.
“Jangan harap kerajaan PH akan membantu akhbar paling lama di Malaysia ini,” katanya di laman Facebooknya.
Terdahulu hari ini, hampir 100 pekerja Utusan Melayu Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut tunggakan gaji selama 3 bulan.
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohd Taufik Razak berkata, dalam mesyuarat dengan pihak pengurusan Utusan di Kementerian Sumber Manusia hari ini, pengerusi eksekutifnya, Abd Aziz Sheikh Fadzir memaklumkan syarikat itu mungkin ditutup dalam masa beberapa minggu.
Sebelum ini, 769 pekerja Utusan dilaporkan hidup dalam kesukaran sehingga ada yang terpaksa meminjam wang daripada ah long dan menggadaikan harta.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau sedih dan marah apabila membaca berita bahawa Utusan mungkin menghentikan operasi pada Rabu ini sedangkan gaji pekerja telah tertunggak berbulan-bulan.
Katanya, Utusan sebagai akhbar paling lama dalam Malaysia sejak 1939 bukan sekadar sebuah syarikat media tetapi merupakan simbol dan khazanah orang Melayu dan berkait rapat dengan sejarah Malaysia.
“Awal bulan Februari tahun ini, Umno menjual kepentingan saham kita dalam Utusan. Ini pun selepas akaun Umno dibeku oleh kerajaan PH yang zalim.
“Dengan itu, kuasa kawalan dan pengurusan Utusan tidak lagi dalam tangan Umno,” katanya
Najib berkata, Utusan tetap dekat dengan hatinya.
Katanya, kalau Utusan dalam bahaya, sudah tentu Umno ingin tolong, tetapi akaun bank Umno telah dibeku sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU14) oleh kerajaan PH.
“Dana PRU14 Umno yang berjumlah RM116 juta itu juga telah disita dan dibekukan oleh kerajaan PH.
“Selepas setahun menyiasat, kerajaan tidak dapat membuktikan bahawa dana dalam akaun Umno dan dana PRU14 Umno adalah dari hasil daripada (perbuatan) jenayah,” katanya.
Najib berkata, mengikut undang-undang, kerajaan PH patut menghentikan arahan pembekuan akaun Umno dan memulangkan balik dana tersebut jika dakwaan jenayah tidak dibuat dalam tempoh setahun.
Katanya, kerajaan PH tahu dan sedar bahawa dana ini adalah dana sahih dan patut dipulangkan.
“Namun, kerana penindasan politik mereka telah mengeluarkan saman sivil untuk terus membeku dana tersebut untuk menyusahkan Umno dan saya. Utusan turut menjadi mangsa,” katanya.
Najib juga mengajak semua rakyat tampil ke depan untuk menolong Utusan.
Katanya, perniagaan yang ada bajet pengiklanan boleh mempertimbangkan untuk membeli ruang iklan di Utusan atau Kosmo.
“Belilah senaskah Utusan atau Kosmo setiap hari.
“Layarlah dan kongsikan artikel dari laman web Utusan,” katanya.
Bernama melaporkan sehingga 30 Jun, kerugian terkumpul Utusan adalah sebanyak RM261.61 juta.
Dalam pemfailan di Bursa Malaysia hari ini, ia berkata, berdasarkan pencapaian semasa segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanannya, lembaga pengarah Utusan tidak pasti bahawa syarikat itu akan kekal beroperasi pada penghujung tahun kewangan 2019.
Laporan itu juga menyebut, Utusan berkata, ia sedar bahawa Bursa Malaysia Securities Bhd berhak unti menggantung jual beli sekuritinya yang tersenarai pada hari ke-6 selepas tarikh pemakluman penggantungan.
Pada penutup hari ini, saham Utusan naik satu sen kepada 11 sen dengan 11,000 saham bertukar tangan.
Pada masa kemuncaknya pada 1990-an, jualan akbar tersebut mencecah 350,000 nasjah sehari dan merupakan akhbar paling laris di Malaysia.
Ia bagaimanapun jatuh pada 2004, merosot kepada 240,000 naskah dan seterusnya turun ke 144,438 naskah pada pertengahan 2016.
FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/20/henti-bekukan-akaun-umno-esok-kita-bantu-utusan-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Beku Najib Salahkan Ph Punca Umno Tidak Mampu Bantu Utusan

Akaun Beku Najib Salahkan Ph Punca Umno Tidak Mampu Bantu Utusan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 299 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui dirinya sedih dan bertambah marah apabila membaca berita mengenai masalah dihadapi Utusan yang kini berdepan kekangan untuk terus bertahan sebagai penerbit akhbar harian di negara ini Sa...
Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 291 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa menjadi punca syarikat media Utusan Melayu Bhd mengalami masalah kewangan Kerajaan PH zalim beku akaun UMNO punca Utusan hadapi masalah kewangan Najib
Gaji Ku Seman Desak Pemimpin Umno Bantu Nasib Pekerja Utusan

Gaji Ku Seman Desak Pemimpin Umno Bantu Nasib Pekerja Utusan

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 558 hits
Penulis Ku Seman Ku Hussain menyeru pemimpin UMNO supaya tampil membantu pekerja Utusan Melayu yang kini terhimpit dengan isu pembayaran gaji Bekas pengarang Utusan Melayu itu berkata meskipun BN tewas dalam pilihan raya umum ke 14 lalu pem...
Wanita Umno Lancar Tabung Sumbangan Ikhsan Wanita Prihatin Bantu Kakitangan Utusan Melayu

Wanita Umno Lancar Tabung Sumbangan Ikhsan Wanita Prihatin Bantu Kakitangan Utusan Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 210 hits
Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Rosni Sohar berkata Wanita UMNO telah pun melancarkan tabung Sumbangan Ikhsan Wanita Prihatin bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kakitangan Utusan Melayu Ujar beliau sebagai...
Najib Umno Pas Now Brothers Protecting Rights Of Malays

Najib Umno Pas Now Brothers Protecting Rights Of Malays

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 281 hits
The alliance between Umno and PAS is more than just a marriage for political gains but a partnership to protect the rights of Malays in the country says former prime minister Datuk Seri Najib Razak Addressing a large crowd during the Batu P...
Hari Ini Cakap Penyatuan Ummah Esok Lompat Sindir Najib

Hari Ini Cakap Penyatuan Ummah Esok Lompat Sindir Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 221 hits
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak berkata Umno PAS perlu kekal konsisten dan tidak boleh berubah mengikut keadaan politik semasa Katanya kedua dua parti itu tidak perlu melayan sekiranya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad cuba mengam...
Umno Pekan Beri Penjelasan Kronologi Isu Tembakan Didedahkan Najib

Umno Pekan Beri Penjelasan Kronologi Isu Tembakan Didedahkan Najib

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 276 hits
UMNO Bahagian Pekan memberikan penjelasan dan kronologi berhubung pendedahan ketuanya Datuk Seri Najib Tun Razak pada Wacana Penerangan UMNO pada 7 Ogos lalu bahawa beliau pernah menerima ancaman apabila pejabatnya di bangunan UMNO bahagian...
Ahmad Husni Hanadzlah Patut Beritahu Mahkamah Bagaimana Dia Bantu Kalahkan Umno Didalam Pru14

Ahmad Husni Hanadzlah Patut Beritahu Mahkamah Bagaimana Dia Bantu Kalahkan Umno Didalam Pru14

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 237 hits
Yang lebih penting ialah Husni perlu bagitahu makhamah yang isu 1MDB adalah salah satu sebab Umno dan Barisan Nasional kalah pilihan raya pada Mei 2018 dan ini bermakna sebahagian besar kekalahan Umno dan Barisan Nasional disebabkan oleh pe...
Sia2 Harapkan Umno Sampai Masanya Bersatu Jadi Pemilik Baru Utusan

Sia2 Harapkan Umno Sampai Masanya Bersatu Jadi Pemilik Baru Utusan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 203 hits
Berikutan sudah beberapa kali pekerja Utusan berdepan kelewatan pembayaran gaji ramai yang melontarkan gesaan agar para pemimpin UMNO yang kaya raya dengan pelbagai nikmat jawatan yang pernah disandang dalam kerajaan sebelum ini tampil meng...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah