Prospek Utusan Kelam Berdepan Nyahsenarai




Utusan Melayu (Malaysia) Bhd berdepan kemungkinan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia berikutan berdepan masalah kewangan ditambah dengan kegagalan untuk mencari pelabur bagi menyelamatkannya.
Berita itu tersebar selepas desas-desus bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu tertua yang ditubuhkan pada 1939 sebagai Utusan Melayu dengan penerbitan pertamanya dalam Jawi itu akan menghentikan operasi pada Rabu ini selepas beroperasi selama 80 tahun.
Pada 30 Jun, 2019 ia mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM261.61 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata berdasarkan prestasi segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan semasanya, ahli lembaga tidak pasti bahawa kumpulan akan dapat kembali pulih pada akhir tahun kewangan 2019.
“Disebabkan keputusan yang merosot seperti di atas, kumpulan mengalami kekangan aliran tunai dan telah secara serius berusaha menangani isu itu dengan meningkatkan usaha bagi penjualan harta tanahnya.
“Bagaimanapun, kemajuan penjualan itu terjejas teruk oleh sentimen pasaran perlahan, sekatan dan syarat pihak berkuasa relevan dan dengan itu syarikat tidak dapat menyelesaikan isu aliran tunai dengan kadar segera,” katanya.
Ia juga berkata adalah mustahil untuk kumpulan itu meyakinkan pelabur berpotensi untuk menyelamatkan perniagaan itu.
“Beberapa pihak berpotensi yang dikenal pasti telah enggan untuk mengambil bahagian disebabkan liabiliti besar ditanggung kumpulan,” katanya.
Oleh itu, kumpulan tidak dapat memenuhi syarat Bursa Malaysia untuk meningkatkan daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
Situasi semasa itu telah menjejaskan hak Bursa Malaysia Securities Bhd untuk meneruskan langkah menggantung urus niaga sahamnya dan untuk nyahsenarai syarikat itu sekiranya ia gagal mengemukakan pelan penstrukturan semula kepada pihak berkuasa hari ini.
Sehubungan itu, Utusan berkata pihaknya sedar bahawa Bursa Securities boleh mengambil sebarang tindakan relevan termasuk menggantung urus niaga sekuriti disenaraikan pada hari keenam pasaran selepas tarikh notis penggantungan.
Semasa urus niaga ditutup hari ini, sahamnya naik satu sen kepada 11 sen dengan 11,000 saham diniagakan.
Sejarah Utusan bermula di Queen Street, Singapura.
Ia ditubuhkan oleh Yusof Ishak, yang kemudian menjadi presiden pertama Singapura.
Ia kemudian memindahkan ibu pejabatnya ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur selepas Merdeka pada 1958.
Semasa zaman kegemilangannya, edaran suratkhabarnya memuncak sehingga 350,000 naskhah sehari pada 1990-an dan ia merupakan suratkhabar terlaris di negara ini.
Bagaimanapun, ia semakin kurang mendapat sambutan selepas 2004, apabila edarannya merosot kepada 250,000, dan terus merudum kepada 144,438 naskhah pada separuh pertama 2016.
Utusan berdepan masalah sejak 2012, dan pada Ogos tahun lepas, ia memasuki kriteria PN17 selepas gagal membuat pembayaran prinsipal dan keuntungan kepada Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd berjumlah RM1.18 juta.
— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/20/prospek-utusan-kelam-berdepan-nyahsenarai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Diberitahu Utusan Henti Cetak Akhbar Rabu Ini

Pekerja Diberitahu Utusan Henti Cetak Akhbar Rabu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 328 hits
Bagaimanapun menurut sumber sumber pekerja juga dimaklumkan bahawa edisi atas talian Utusan dan Kosmo akan diteruskan
Utusan Melayu Mungkin Ditutup Tiada Wang Bayar Gaji

Utusan Melayu Mungkin Ditutup Tiada Wang Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 430 hits
Utusan Melayu Berhad berdepan risiko tutup operasi sekiranya gagal menjual aset dalam tempoh beberapa minggu lagi Hasil perbincangan wakil Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia dan pengurusan tertinggi syarikat akhbar itu jika aset milik Ut...
Henti Bekukan Akaun Umno Esok Kita Bantu Utusan Najib

Henti Bekukan Akaun Umno Esok Kita Bantu Utusan Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 368 hits
Henti beku akaun esok Umno tolong Utusan kata Najib Hampir 100 pekerja Utusan Melayu Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat itu hari ini bagi menuntut tunggakan gaji selama 3 bulan KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Naji...
Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja Akhbar Tertua Tanah Air Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini

Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja Akhbar Tertua Tanah Air Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 590 hits
Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja Akhbar Tertua Tanah Air Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini Lebih 100 pekerja Utusan Melayu Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat tersebut yang didakwa gagal membayar gaji mereka selama ...
Patriot Tuntut Utusan Malaysia Mohon Maaf Dari Presidennya

Patriot Tuntut Utusan Malaysia Mohon Maaf Dari Presidennya

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 362 hits
MALAYSIAKINI Persatuan Patriot Kebangsaan hari ini menuntut Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada presidennya Mohamed Arshad Raji dan ahli veteran tentera itu Patriot berkata ini kerana akhbar berkenaan mendakwa Mohamed Arshad ...
Sia2 Harapkan Umno Sampai Masanya Bersatu Jadi Pemilik Baru Utusan

Sia2 Harapkan Umno Sampai Masanya Bersatu Jadi Pemilik Baru Utusan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 305 hits
Berikutan sudah beberapa kali pekerja Utusan berdepan kelewatan pembayaran gaji ramai yang melontarkan gesaan agar para pemimpin UMNO yang kaya raya dengan pelbagai nikmat jawatan yang pernah disandang dalam kerajaan sebelum ini tampil meng...
Utusan Kosmo Henti Operasi Edaran Terakhir Rabu Ini

Utusan Kosmo Henti Operasi Edaran Terakhir Rabu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 274 hits
Selepas 80 tahun beroperasi syarikat akhbar tertua negara iaitu Utusan Melayu Berhad akan menghentikan cetakan dua akhbarnya Utusan Malaysia dan Kosmo Menurut beberapa sumber syarikat tersebut edaran terakhir akhbar itu adalah pada Rabu ini...
Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 405 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa menjadi punca syarikat media Utusan Melayu Bhd mengalami masalah kewangan Kerajaan PH zalim beku akaun UMNO punca Utusan hadapi masalah kewangan Najib
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah