Utusan Malaysia Sah Henti Operasi Umumkan Kebankrapan Sukarela



Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini mengesahkan penghentian operasi berkuat kuasa hari ini

Perkara itu dinyatakan dalam satu memorandum pekeliling ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir

Menurutnya, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator)

"Langkah ini terpaksa diambil oleh kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa syarikat tidak lagi 'solven' untuk meneruskan perniagaan

"Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019

"Sehubungan dengan itu, tarikh akhir bekerja tuan/puan telah ditetapkan pada Rabu, 9 Oktober 2019 manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019," katanya

Beliau terdahulu dalam memorandum berkenaan menjelaskan, syarikat telah berusaha mengukuhkan keadaan syarikat sejak keadaan merosot selepas Mei 2018

Ia termasuk penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) sebelum ini

"Usaha turut diambil dengan menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi

"Namun edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang semakin menurun dan sasaran RM4 juta iklan sebulan yang gagal dicapai menyebabkan aliran tunai Utusan semakin tenat

"Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak

"Syarikat kini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang-pemiutang," katanya

Beliau berkata, susulan keputusan penamatan operasi itu, semua kakitangan diminta mengemas tempat kerja, mengambil barang peribadi masing-masing dan mengembalikan semua peralatan dan harta syarikat termasuk kad akses dan kunci pejabat kepada Ketua Jabatan selewat-lewatnya pada jam 1 tengah hari hari ini

"Sekiranya terdapat keperluan tambahan, kebenaran masuk akan diberikan kepada kakitangan pada Khamis, 10 Oktober 2019 dari jam 9 pagi sehingga jam 6 petang
"Selepas dari waktu ini, akses ke pejabat akan dihadkan kepada kakitangan tertentu sahaja. Kelayakan tuan puan untuk faedah penamatan kerja adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan ini akan dikendalikan oleh pihak pelikuidasi," katanya

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/10/utusan-malaysia-sah-henti-operasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Sebalik Tabir Operasi Mytv Bagaimana Rakyat Malaysia Dapat Menikmati Siaran Televisyen Digital Di Seluruh Negara

Di Sebalik Tabir Operasi Mytv Bagaimana Rakyat Malaysia Dapat Menikmati Siaran Televisyen Digital Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 348 hits
Sejak pertengahan tahun ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa siaran rangkaian televisyen akan ditukar daripada siaran yang menggunakan isyarat analog kepada siaran televisyen digital Baru baru ini kami berkesempatan untuk melawat ...
Utusan Henti Operasi Hari Ini

Utusan Henti Operasi Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 284 hits
Satu lagi akhbar terbitan syarikat itu Kosmo turut ditutup menurut satu pekeliling kepada pekerja yang dilihat Malaysiakini
Utusan Malaysia S Bankruptcy Is A Sign Of The Times

Utusan Malaysia S Bankruptcy Is A Sign Of The Times

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 282 hits
Yes I was a part of all that The 1994 experience when the social media was first born The 1998 1999 experience when Reformasi took to the streets and to the internet The 2006 experience when the pro government and anti government bloggers u...
5358 Jana Ekonomi Lebih Baik Utusan Malaysia 04 10 2019

5358 Jana Ekonomi Lebih Baik Utusan Malaysia 04 10 2019

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 413 hits
PENTING untuk masyarakat Islam bersatu dalam ummah serta berlandaskan ajaran Islam sebenar demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Dr Rosli Yaakop berkata bidang ek...
Laman Web Utusan Malaysia Dan Kosmo Kini Tidak Lagi Boleh Diakses

Laman Web Utusan Malaysia Dan Kosmo Kini Tidak Lagi Boleh Diakses

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 388 hits
Kumpulan Utusan mengumumkan penghentian operasi mereka hari ni selepas memfailkan pengisytiharan muflis Ini menutup pintu akhbar yang sudah beroperasi selama 80 tahun Dengan penghentian operasi laman web Utusan Malaysia dan Kosmo juga kini ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan

Habislah Rancak Menarik Bersama Video Hyoyeon Snsd Bersama Bomi Apink Dikritik Ramai

Dua Prajurit Tersambar Petir Di Mabes Tni Begini Kondisinya

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business