Utc Pelanggan Kecewa Kerajaan Pendekkan Waktu Operasi


Mohamad Fadli
Ramai pengguna kelihatan menunggu kaunter dibuka berikutan waktu rehat dari  jam 7 hingga 8 malam. KUALA LUMPUR: Rata-rata pelanggan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang ditemui FMT kecewa dengan keputusan kerajaan memendekkan waktu operasi pusat berkenaan sehingga jam 7 malam bermula tahun depan.

UTC yang diilhamkan oleh kerajaan sebelum ini sebagai pusat khidmat setempat bagi memudahkan rakyat berurusan dengan jabatan dan agensinya dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam.
Pelanggan di UTC, Faizun Bahadzaman.Bagaimanapun melalui satu makluman rasmi baru-baru ini, kerajaan memutuskan untuk mengubah waktu operasi UTC di seluruh negara dari jam 8 pagi hingga 7 petang bermula 1 Jan tahun depan.

Seorang pelanggan di UTC Kuala Lumpur, Faizun Bahadzaman yang bekerja seorang kerani di sebuah bank berkata, perubahan waktu opeasi itu tidak wajar kerana menyukarkan beliau untuk berurusan dengan agensi kerajaan pada waktu kerja.

Beliau berkata, UTC merupakan tempat yang mudah untuk beliau berurusan seperti membuat pasport kerana dibuka pada waktu malam.

“Tukar waktu operasi tak wajar. Saya harap waktu operasi diteruskan sampai jam 10 malam.

“Saya biasa datang ke sini atas urusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan macam-macam lagi.

“Lepas ini akan rasa susah sebab waktu urusan UTC sama dengan waktu kerja saya,” katanya kepada FMT.

Faizun juga berkata kebiasaannya pada waktu malam masih ramai orang yang datang ke UTC atas urusan masing-masing.

“Saya tengok pun ramai orang datang ke UTC. Sebelum jam 8 malam di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia orang sudah beratur panjang. Orang masih ramai,” katanya.

Hasil pemantauan FMT selama 3 jam di UTC Kuala Lumpur sehingga 9 malam mendapati ramai pengguna ke situ terutamanya untuk berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), JPJ dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ramai pengguna kelihatan menunggu kaunter dibuka berikutan waktu rehat antara 7 malam hingga 8 malam.

Selain urusan pendaftaran atau imigresen, terdapat juga kaunter Pejabat Pos Malaysia, syarikat insurans, kedai photostat dan gambar, klinik, Telekom Malaysia (TM) dan jabatan agama seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dibuka sehingga jam 9.30 atau 10 malam.

Dalam makluman kerajaan berkaitan keputusan tersebut, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, pemendekkan waktu operasi UTC dibuat atas beberapa faktor seperti kehadiran pelanggan hanya 11% selepas pukul 7 malam.

Katanya, pengurangan waktu operasi itu juga bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah efisien tanpa pembaziran waktu dan operasi.

Beliau berkata, ia juga bertujuan mengurangkan penjawat awam dan peruntukan bagi belanja operasi, khususnya pembayaran bil utiliti dan bayaran kerja lebih masa.
Zulkarnain Abd Rahman.Seorang pelanggan Zulkarnain Abdul Rahman berkata, waktu operasi sebelum ini memudahkan kebanyakan orang yang bekerja untuk berurusan selepas waktu kerja, walaupun bersetuju waktu itu boleh dipendekkan sedikit.

“Susah nak pergi ketika waktu kerja ke sini. Saya ada macam-macam urusan seperti buat pasport dan di JPN. Kalau boleh kekalkan untuk mudahkan orang lain juga,” katanya.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Ahmad dan bekerja sendiri berkata, beliau tidak mempunyai masa untuk melakukan urusan berkaitan pada waktu siang hari dan akan datang ke UTC pada sebelah malam selepas waktu bekerja.

“Saya datang ke UTC atas urusan tukar nama kenderaan di kaunter JPJ, buat cukai jalan dan bayar insurans pada jam 7 hingga 8 malam.

“Mungkin bagi saya tak terasa sangat kerana bekerja sendiri, tetapi bagi kakitangan awam atau swasta, mungkin memberi kesan sebab mereka perlu mencari masa sesuai.

Seorang pelanggan, Hakim Harun yang bekerja sebagai operator kilang di Selangor berkata, UTC memang menjadi tempat untuk beliau berurusan selepas waktu kerja.

Beliau berkata, kalau waktu operasi UTC dipendekkan, maka peranannya memudahkan urusan orang ramai sudah tidak efektif.
Pekerja swasta Hakim Harun.“Saya sekarang balik kerja 6 petang, memang pejabat kerajaan sudah tutup. Kita memang berharap untuk berurusan di UTC.

“Saya datang ke UTC untuk bayar pinjaman PTPTN, hidupkan cukai jalan dan sebagainya. Mungkin selepas ini ini kena cari waktu sesuai seperti minta cuti atau hujung minggu untuk buat semua urusan itu,” katanya.

Seorang peniaga di UTC yang hanya ingin dikenali sebagai Halim sudah berniaga selama 5 tahun dengan membuka kedai photostat di pusat itu.

Beliau berkata, jika UTC buka sampai jam 10 malam orang boleh berurusan sehingga waktu itu, walaupun bersetuju waktu pejabat biasa pun sudah memadai dengan disipilin dan pengurusan masa lebih baik.

“Bagi saya kita orang Malaysia masih minda kelas ketiga. Banyak bagi alasan dan buat kerja pada saat-saat akhir. Tidak ada disiplin,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/utc-pelanggan-kecewa-kerajaan-pendekkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinjauan Waktu Operasi Baru Utc Sukarkan Pekerja Pejabat

Tinjauan Waktu Operasi Baru Utc Sukarkan Pekerja Pejabat

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 421 hits
Sementara mereka yang bersetuju berkata mereka menyokong keputusan kerajaan itu jika ia menjimatkan kos
Tukar Waktu Operasi Jam 8 Pagi 7 Petang Najib Kata Baik Tutup Saja Utc

Tukar Waktu Operasi Jam 8 Pagi 7 Petang Najib Kata Baik Tutup Saja Utc

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1326 hits
Tukar waktu operasi jam 8 pagi 7 petang Najib kata baik tutup saja UTC Mulai 1 Januari 2019 Pusat Transformasi Bandar hanya akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 7 petang sahaja manakala hari beroperasinya tetap kekal dari Isnin hingga Aha...
Bermula 1 Januari 2019 Waktu Operasi Utc Akan Ditukar Tidak Lagi Beroperasi Waktu Malam

Bermula 1 Januari 2019 Waktu Operasi Utc Akan Ditukar Tidak Lagi Beroperasi Waktu Malam

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 960 hits
Bermula dari 1 Januari 2019 waktu operasi Pusat Transformasi Bandar hanya akan beroperasi bermula dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja dan hari beroperasi kekal dari Isnin hingga Ahad Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Per...
Pertukaran Waktu Operasi Utc Di Seluruh Negara

Pertukaran Waktu Operasi Utc Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 340 hits
Sumber GoogleAssalammuaualaikum Mv Nak berkongsi tentang makluman pertukaran Waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 seperti berikut Semenanjung malaysia waktu operasi 8 00 pagi hingga 7 00 petang rehat 12 15 2 45 petang ...
Rakyat Sudah Kecewa Dengan Kerajaan Ph Apa Yang Perlu Mahathir Perlu Buat

Rakyat Sudah Kecewa Dengan Kerajaan Ph Apa Yang Perlu Mahathir Perlu Buat

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 582 hits
Dr M perlu lakukan sesuatuSUNGAI PETANI Tiada perancangan dan hala tuju jelas ke arah Malaysia Baharu menyebabkan rakyat mula kecewa dengan kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan ketika ini Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah Dato Jo...
Kerajaan Ph Terpaksa Akui Keperluan Undang Undang Keselamatan Rileksmedia

Kerajaan Ph Terpaksa Akui Keperluan Undang Undang Keselamatan Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 266 hits
WALAUPUN dulu sebagai pembangkang mereka menentang habis habisan akta keselamatan yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi sekarang sebagai kerajaan Pakatan Harapan mereka meneruskannya kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri ...
Kerajaan Bn Rompak Wang Gst

Kerajaan Bn Rompak Wang Gst

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 419 hits
Setelah kerajaan BN dan saya dituduh berulangkali telah rompak RM19 2 bilion wang tuntutan balik input GST oleh Guan Eng saya telah menunggu agak lama untuk Laporan Audit Negara terhadap isu bayaran balik input GST diterbitkan Alhamdulillah...
Bayar Rm1 Juta Kepada Kerajaan Kamu Boleh Dapat 10kali Ganda Keuntungan Mudah

Bayar Rm1 Juta Kepada Kerajaan Kamu Boleh Dapat 10kali Ganda Keuntungan Mudah

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 395 hits
Anggota Parlimen Kepong hari ini mempertikaikan keputusan Jabatan Pengangkutan Jalan menganugerahkan tiga siri nombor pendaftaran kenderaan kepada syarikat Brandworth Corp Menurut Lim Lip Eng syarikat terbabit mempunyai kaitan rapat dengan ...
Bacalah Najib Sebelum Jadi Kerajaan Kepakaran Ph Ialah Propaganda

Bacalah Najib Sebelum Jadi Kerajaan Kepakaran Ph Ialah Propaganda

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 314 hits
Sebelum menjadi kerajaan kepakaran serta kehebatan PH yang mengatur dan menggunakan propaganda terhadap kerajaan BN diakui ramai Setelah menjadi kerajaan kepakaran ini akan bertambah baik kerana mereka boleh menggunakan agensi agensi keraja...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur