Utama Motors Umum Taja Adrenaline Rush Track Day 2023 Di Sic


Utama Motors Sdn. Bhd., salah sebuah pengedar kenderaan impot mewah yang terkemuka di negara telah mengumumkan akan menaja ‘Adrenaline Rush Track Day 2023’ dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U Supercars (ART Day 2023) ART Day 2023 tersebut bakal berlangsung pada 15 Julai 2023 di Paddok Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Isi Kandung




Pengumuman tajaan telah diadakan di ruang pameran syarikat itu di Jalan Ampang, dihadiri rakan-rakan penganjur bersama, barisan penaja, media arus perdana termasuklah media cetak dan elektronik serta pempengaruh (influencer), blogger dan tetamu-tetamu jemputan khas. 

Turut serta memberikan sokongan kepada Utama Motors dan acara yang bakal diadakan adalah wakil-wakil daripada Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).



Pengarah Urusan Utama Motors, Dato’ Marof Khan bin Mohamed Idris memberitahu acara sukan permotoran bukanlah sesuatu yang asing bagi Utama Motors kerana mereka telah banyak menyertai acara seumpama itu sebelum ini.


“Utama Motors amat teruja untuk sama-sama memeriahkan ART Day 2023 yang menampilkan pelbagai kereta berkuasa tinggi dan kereta sport,” ujar beliau.


Tambah Dato’ Marof Khan lagi, acara ini bakal disertai lebih 400 pemilik kereta berkuasa tinggi dan kereta sport yang akan berarak, menjadikannya sebuah perhimpunan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport terbesar yang pernah diadakan di negara ini, sekaligus akan diikhtiraf Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records).


Menurut Dato’ Marof Khan lagi, selain perarakan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport, lebih 200 pemilik motor Harley Davidson akan turut serta memeriahkan perarakan ART Day 2023 nanti.


“Sebagai pengedar kenderaan impot, kami bukan sahaja mengedar kereta, malah melalui anak syarikat kami, FS Bikes, kami turut menawarkan motor berkuasa tinggi seperti Harley Davidson,” kata Dato’ Marof Khan.


Beliau memberitahu penglibatan syarikatnya, Utama Motors dan FS Bikes dalam industri kenderaan impot membuka peluang kepada mereka untuk membina hubungan erat dengan komuniti pemilik-pemilik kereta dan motor berkuasa tinggi. Ini terbukti dengan sokongan mereka dalam menjayakan acara sukan permotoran yang bakal dianjurkan bulan hadapan.


Di samping Utama Motors, antara syarikat-syarikat lain yang terlibat adalah Liberty Insurance, EZCare Warranty, PEKEMA Auto Club, Warranty Smart, Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services. ART Day 2023 turut disokong oleh SMI Cars, FS Bikes, Carlist.my, Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club, Majlis Belia Malaysia dan SUKE TV yang bertindak sebagai rakan media rasmi.


ART Day 2023ART Day 2023 turut menganjurkan acara Time Attack bagi membuka peluang kepada pemilik-pemilik kereta berkuasa tinggi, kereta sport mahupun motor Harley Davidson yang berminat untuk merasai pengalaman memandu di atas trak dan menguji ketahanan kenderaan mereka. 


Pendaftaran Acara Untuk mendaftar bagi acara perarakan mahupun Time Attack, mereka yang berminat boleh menghubungi talian 017-4619985 atau emel ke [email protected]


Yuran PenyertaanYuran penyertaan serendah RM120 dikenakan bagi kategori perarakan untuk kereta berkuasa tinggi dan kereta sports manakala untuk kategori perarakan motor Harley Davidson, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM150 yang disertakan dengan sehelai t-shirt dan makan malam. 


Bagi kategori Time Attack pula, yuran penyertaan adalah RM800 beserta t-shirt dan makan malam untuk kategori kereta berkuasa tinggi dan kereta sports manakala untuk kategori motor Harley Davidson, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM380 yang disertakan dengan sehelai t-shirt dan makan malam.


Melalui acara Time Attack, hadiah bernilai hampir RM80 ribu yang berupa wang tunai, piala dan baucar pembelian untuk kegunaan di Utama Motors & FS Bikes ditawarkan bagi mereka yang menyertai acara tersebut. Selain itu, ART Day 2023 yang dibuka kepada orang ramai turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah berupa helmet motor, baju eksklusif Harley Davidson dan bermacam lagi.


Selain berpeluang melihat sendiri secara dekat keunikkan kereta dan motor berkuasa tinggi serta kereta sport, antara acara lain yang bakal menjadi tarikan pengunjung adalah persembahan pentas daripada barisan artis tanah air. 
Terdapat lebih 20 pengendali trak makanan dengan sajian juadah tempatan dan antarabangsa yang boleh dikunjungi sekiranya pengunjung-pengunjung ingin menjamu selera. 


Harga TiketOrang ramai yang berminat untuk ke ART Day 2023 boleh mendapatkan tiket berharga RM29 bagi orang dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak yang sudah mula terjual di www.ticket2u.com.my.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ‘ART Day 2023’ orang ramai boleh ikuti akaun media sosial Utama Motors di Facebook, Instagram dan Tiktok @utamamotors_



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/06/utama-motors-umum-taja-adrenaline-rush.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utama Motors Taja Himpunan Kereta Berkuasa Tinggi Dan Kereta Sport Terbesar

Utama Motors Taja Himpunan Kereta Berkuasa Tinggi Dan Kereta Sport Terbesar

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 540 hits
Hi Korang Utama Motors Sdn Bhd salah sebuah pengedar kenderaan impot mewah yang terkemuka di negara ini telah menganjurkan sebuah sidang media bagi membuat pengumuman rasmi mengenai sebuah acara yang bakal mereka taja iaitu Adrenaline Rush ...
Happy Father S Day 18 June 2023

Happy Father S Day 18 June 2023

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 417 hits
Wishing all fathers a HAPPY FATHER S DAY A songs for the day
Hasrat Budak Pesakit Kanser Naik Harley Davidson Tercapai Harian Metro 20 06 2023

Hasrat Budak Pesakit Kanser Naik Harley Davidson Tercapai Harian Metro 20 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 261 hits
Kuala Lumpur Hasrat kanak kanak Muhammad Farrel 12 yang menghidapi kanser tulang tahap empat untuk menaiki motosikal Harley Davidson tercapai hari ini Bapanya Mohammad Fetri Abu 44 berkata anaknya itu menyuarakan hasratnya untuk menaiki mot...
Senarai 15 Lokasi Big Screen Menonton Perlawanan Malaysia Vs Papua New Guinea Pada 20 Jun 2023

Senarai 15 Lokasi Big Screen Menonton Perlawanan Malaysia Vs Papua New Guinea Pada 20 Jun 2023

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 374 hits
Berita baik untuk semua penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara apabila pertemuan antara Malaysia dan Papua New Guinea akan ditayangkan di Big Screen pada 20 Jun 2023 bersamaan pada hari Selasa iaitu pukul 9 00 malam Pengumuman i...
Blog Performance Jan May 2023 Via Google Console

Blog Performance Jan May 2023 Via Google Console

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 265 hits
Sedang mama clearkan mailbox mama tetiba teringin pula mama nak share Blog Performance Jan May 2023 via Google Console Email ni setiap bulan mama dapat tapi mama baca sambil lalu aje Kali ni mama nak letak sini lah sebagai kenangan sendiri ...
Luncurkan Produk Baru Dan Harga Beragam Strategi Lpkr Capai Target Pra Penjualan 2023

Luncurkan Produk Baru Dan Harga Beragam Strategi Lpkr Capai Target Pra Penjualan 2023

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 256 hits
PT Lippo Karawaci Tbk menyiapkan sejumlah strategi dalam memacu pra penjualan pada 2023 LPKR ditargetkan mampu raup Pra penjualan mencapai Rp 4 9 triliun
Ramalan Terkini Untuk Gbp Usd Pada 20 Jun 2023

Ramalan Terkini Untuk Gbp Usd Pada 20 Jun 2023

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 220 hits
Seperti yang dijangka pasaran terus bergerak mendatar Secara teknikal pound telah merosot tetapi skala pergerakan adalah tidak signifikan sehingga ia boleh dikategorikan sebagai simbolik Stagnasi ini terutamanya disebabkan oleh kalendar eko...
Suhakam Perlu Patuh Perlembagaan Persekutuan Tolak Acuan Barat Ngo Warta Rakyat 19 06 2023

Suhakam Perlu Patuh Perlembagaan Persekutuan Tolak Acuan Barat Ngo Warta Rakyat 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 258 hits
SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia menimbulkan kegusaran selepas dilihat mesra agenda liberal yang mampu mengelirukan masyarakat umum terutamanya orang Islam Pertubuhan bukan kerajaan Islam terdiri daripada PEMBELA PPMM MACSA yang turut...
Suhakam Digesa Henti Terima Dana Asing Berita Harian 19 06 2023

Suhakam Digesa Henti Terima Dana Asing Berita Harian 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia untuk berhenti menerima dana asing bagi mengelakkan ia dikawal oleh sesetengah pihak berkepentingan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pertubuhan M...
Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Sukarkah Memohon Sijil Halal Jakim

Pengkhianat Dari Kalangan Penjawat Awam Ini Patut Diberi Hukuman Berat

Resepi Ayam Goreng Cili Kering

Real Nurses Real Life Real Style Welcome To Goodnurselife Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Outfit Majlis Bertandang

Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing

Langgar Lari Wanita Pejalan Kaki Maut Bayi Stabil Di Hospital

Rezeki Dapat Serawa Durian Dan Pulut

Senyuman Itu Menenangkan