Utama Motors Taja Himpunan Kereta Berkuasa Tinggi Dan Kereta Sport Terbesar


Hi Korang,
Utama Motors Sdn. Bhd., salah sebuah pengedar kenderaan impot mewah yang terkemuka di negara ini telah menganjurkan sebuah sidang media bagi membuat pengumuman rasmi mengenai sebuah acara yang bakal mereka taja iaitu ‘Adrenaline Rush Track Day 2023’ (ART Day 2023) hari ini. Majlis yang diadakan di ruang pameran syarikat itu di Jalan Ampang, telah dihadiri rakan-rakan penganjur bersama, barisan penaja, media arus perdana termasuklah media cetak dan elektronik serta pempengaruh (influencer), blogger dan tetamu-tetamu jemputan khas. Turut serta memberikan sokongan kepada Utama Motors dan acara yang bakal diadakan adalah wakil-wakil daripada Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA)


ART Day 2023 bakal berlangsung pada 15 Julai 2023 nanti di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U Supercars

Pengarah Urusan Utama Motors, Dato’ Marof Khan bin Mohamed Idris memberitahu acara sukan permotoran bukanlah sesuatu yang asing bagi Utama Motors kerana mereka telah banyak menyertai acara seumpama itu sebelum ini

“Utama Motors amat teruja untuk sama-sama memeriahkan ART Day 2023 yang menampilkan pelbagai kereta berkuasa tinggi dan kereta sport,” ujar beliau

Tambah Dato’ Marof Khan lagi, acara ini bakal disertai lebih 400 pemilik kereta berkuasa tinggi dan kereta sport yang akan berarak, menjadikannya sebuah perhimpunan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport terbesar yang pernah diadakan di negara ini, sekaligus akan diikhtiraf Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records)

Menurut Dato’ Marof Khan lagi, selain perarakan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport, lebih 200 pemilik motor Harley Davidson akan turut serta memeriahkan perarakan ART Day 2023 nanti


“Sebagai pengedar kenderaan impot, kami bukan sahaja mengedar kereta, malah melalui anak syarikat kami, FS Bikes, kami turut menawarkan motor berkuasa tinggi seperti Harley Davidson,” kata Dato’ Marof Khan

Beliau memberitahu penglibatan syarikatnya, Utama Motors dan FS Bikes dalam industri kenderaan impot membuka peluang kepada mereka untuk membina hubungan erat dengan komuniti pemilik-pemilik kereta dan motor berkuasa tinggi. Ini terbukti dengan sokongan mereka dalam menjayakan acara sukan permotoran yang bakal dianjurkan bulan hadapan

Di samping Utama Motors, antara syarikat-syarikat lain yang terlibat adalah Liberty Insurance, EZCare Warranty, PEKEMA Auto Club, Warranty Smart, Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services. ART Day 2023 turut disokong oleh SMI Cars, FS Bikes, Carlist.my, Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club, Majlis Belia Malaysia dan SUKE TV yang bertindak sebagai rakan media rasmi

ART Day 2023 turut menganjurkan acara Time Attack bagi membuka peluang kepada pemilik-pemilik kereta berkuasa tinggi, kereta sport mahupun motor Harley Davidson yang berminat untuk merasai pengalaman memandu di atas trak dan menguji ketahanan kenderaan mereka. Untuk mendaftar bagi acara perarakan mahupun Time Attack, mereka yang berminat boleh menghubungi talian 017-4619985 atau emel ke [email protected]
Yuran penyertaan serendah RM120 dikenakan bagi kategori perarakan untuk kereta berkuasa tinggi dan kereta sports manakala untuk kategori perarakan motor Harley Davidson, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM150 yang disertakan dengan sehelai t-shirt dan makan malam. Bagi kategori Time Attack pula, yuran penyertaan adalah RM800 beserta t-shirt dan makan malam untuk kategori kereta berkuasa tinggi dan kereta sports manakala untuk kategori motor Harley Davidson, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM380 yang disertakan dengan sehelai t-shirt dan makan malam

Melalui acara Time Attack, hadiah bernilai hampir RM80 ribu yang berupa wang tunai, piala dan baucar pembelian untuk kegunaan di Utama Motors & FS Bikes ditawarkan bagi mereka yang menyertai acara tersebut. Selain itu, ART Day 2023 yang dibuka kepada orang ramai turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah berupa helmet motor, baju eksklusif Harley Davidson dan bermacam lagi


Selain berpeluang melihat sendiri secara dekat keunikkan kereta dan motor berkuasa tinggi serta kereta sport, antara acara lain yang bakal menjadi tarikan pengunjung adalah persembahan pentas daripada barisan artis tanah air. Terdapat lebih 20 pengendali trak makanan dengan sajian juadah tempatan dan antarabangsa yang boleh dikunjungi sekiranya pengunjung-pengunjung ingin menjamu selera. Orang ramai yang berminat untuk ke ART Day 2023 boleh mendapatkan tiket berharga RM29 bagi orang dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak yang sudah mula terjual di www.ticket2u.com.my .
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ‘ART Day 2023’ orang ramai boleh ikuti akaun media sosial Utama Motors di Facebook, Instagram dan Tiktok@utamamotors_



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/06/utama-motors-taja-himpunan-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utama Motors Umum Taja Adrenaline Rush Track Day 2023 Di Sic

Utama Motors Umum Taja Adrenaline Rush Track Day 2023 Di Sic

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 156 hits
Utama Motors Sdn Bhd salah sebuah pengedar kenderaan impot mewah yang terkemuka di negara telah mengumumkan akan menaja Adrenaline Rush Track Day 2023 dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U Supercars ART Day 2023 tersebut bakal berlang...
7 Makanan Tinggi Vitamin A

7 Makanan Tinggi Vitamin A

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 179 hits
Vitamin A ialah vitamin yang larut lemak yang boleh diperolehi daripada sumber haiwan ataupun tumbuhan yang diperlukan oleh badan untuk sistem penglihatan Fungsi kedua vitamin A ialah untuk tumbesaran dan integriti sel epitelium dan fungsi ...
Sempat Dirawat Ketua Pengadilan Tinggi Riau Mohammad Idroes Meninggal Dunia

Sempat Dirawat Ketua Pengadilan Tinggi Riau Mohammad Idroes Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 159 hits
Ketua Pengadilan Tinggi Riau H Mohammad Idroes meninggal dunia pada Selasa Idroes mengembuskan napas terakhir di Rumah Sakit Awal Bros Kota Pekanbaru Berita meninggalnya Mohammad Idroes disampaikan melalui akun instagram Pengadilan Tinggi R...
Pasaran Saham As Ditutup Lebih Tinggi Dengan Dow Jones Meningkat Sebanyak 0 63

Pasaran Saham As Ditutup Lebih Tinggi Dengan Dow Jones Meningkat Sebanyak 0 63

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 111 hits
Pada waktu penutupan di Bursa Saham New York Dow Jones meningkat sebanyak 0 63 indeks S P 500 meningkat sebanyak 1 15 dan Indeks Komposit NASDAQ meningkat sebanyak 1 65 Pada hari Selasa pedagang menyatakan bahawa Indeks Keyakinan Pengguna A...
Saran Bank Dunia Untuk Indonesia Jadi Negara Berpenghasilan Tinggi Di 2045

Saran Bank Dunia Untuk Indonesia Jadi Negara Berpenghasilan Tinggi Di 2045

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 134 hits
Bank Dunia mengatakan untuk Indonesia mencapai target menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2045 maka Indonesia perlu mempercepat pertumbuhan ekonomi Salah satunya dengan meningkatkan investasi dari pasar terbuka
Peluang Pendidikan Tinggi Bagi Lepasan Spm Stpm Dan Matrikulasi

Peluang Pendidikan Tinggi Bagi Lepasan Spm Stpm Dan Matrikulasi

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 133 hits
Portal dan serta adalah Portal untuk Penasihat Pendidikan salah satu yang utama di Malaysia yang membantu pelajar dalam memilih kursus dan universiti yang sesuai Jika anda mencari maklumat lanjut hubungi kami di 0146214388 atau sila daftar ...
Punya 49 Hak Paten Pertamina Jadi Bumn Penghasil Inovasi Produk Bernilai Tinggi

Punya 49 Hak Paten Pertamina Jadi Bumn Penghasil Inovasi Produk Bernilai Tinggi

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 231 hits
Pertamina secara resmi meluncurkan 9 produk inovasi yang telah memiliki hak paten untuk mengolah minyak mentah menjadi produk petrokimia yang bernilai tinggi pada acara Pertamina Research dan Innovation Day di Grha Pertamina Jakarta Kamis
Selalu Tinggi Suara Ini 5 Tanda Tanda Awal Untuk Anda Meninggalkan Pasangan Anda

Selalu Tinggi Suara Ini 5 Tanda Tanda Awal Untuk Anda Meninggalkan Pasangan Anda

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 230 hits
Hubungan cinta tidak selalu berjalan mulus dan bahagia Kadang kadang ada masalah dan konflik yang membuat hubungan menjadi tidak sehat dan tidak menyenangkan Jika anda merasakan hal ini mungkin sudah saatnya anda mempertimbangkan untuk meni...
Tercampak Dalam Mpv Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Maut

Tercampak Dalam Mpv Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Maut

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 223 hits
Dalam kejadian di Ipoh tengah hari tadi seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah tercampak masuk ke dalam sebuah MPV selepas berlanggar dengannya PETALING JAYA Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terca...
How To Assuage Public Fury Social Unrest Over Targeted Fuel Subsidies

Zahid Risks Ouster From Umno Over Mahb Deal Says Analyst

Blackrock Pertahan Urus Niaga Mahb Zahid Berisiko Disingkir Umno

Rm370bil Unseen Cost Of Women S Unpaid Work At Home

Bongkar Pokok Ubi Kayu Di Raised Bed

Dua Penumpang Meninggal Dunia Bas Bawa Pelancong China Terbalik Di Genting Highlands

Kisah Di Hujung Minggu

2 Pelancong China Maut Dalam Nahas Bas Genting Highlands



5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga

Biodata Arfie Shah Adwafri Shah Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 X Change Astro

5 Sebab Kenapa Sikap Golongan B40 Mampu Menyakitkan Hati Orang Ramai

8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea


How Are Candidates In Sg Bakap Faring

Court Upholds Lecturer S Sacking For Letting Absent Students Pass Exam

Legal Eagle Edgar Joseph Jr Dies Aged 90

Taman Negara Bako Eksplorasi Alam Semula Jadi Bermula

Drama Ternyata Sebuah Bahagia

Kesan Buli Dan Impak Jangka Masa Panjang Pada Mangsa