Usul Percaya Vs Usul Tidak Percaya



Izwan Abdul Halim, Harakah
Ada pihak yang keterlaluan menganggap PAS seperti buang tabiat kerana melakukan perkara ‘tidak pernah dibuat orang’, namun realitinya Usul Percaya pernah dikemukakan ke Parlimen.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ada pihak yang tertanya-tanya keperluan PAS mengemukakan Usul Percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen.
“Realitinya, Usul Percaya kepada Perdana Menteri pernah ada precedentnya di Dewan Rakyat iaitu pada tahun 1976 oleh Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
“Saya masih ingat, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pernah memberi pandangan beliau berkait perkara ini pada tahun 2015 bahawa, “Usul undi percaya adalah sesuatu yang unik dalam sistem Parlimen. Hal ini kerana Perlembagaan ada sebut tentang Undi Tak Percaya, tapi tak sebut tentang Undi Percaya.”
“(Katanya) “Namun usul Undi Percaya tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Semua bentuk cadangan perlu mengikut proses membentangkan usul, jadi jika usul Undi Percaya hendak dibawa, ia hendaklah mengikut prosedur Parlimen”,” petik beliau.
Usul Undi Tidak Percaya pula ujarnya, kerap didengari, malah mutakhir ini makin kerap berlegar dibibir ahli politik di galeri Parlimen, namun ia tidak pernah menjadi kenyataan kecuali pernah berlaku di DUN.
Terang beliau, sejarah Undi Tidak Percaya tersebut melibatkan Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966 dan Menteri Besar Selangor pada tahun 1976 serta Menteri Besar Kelantan pada tahun 1977.
PAS ulangi beliau, memutuskan melalui mesyuaratnya semalam untuk mengemukakan Usul Percaya kepada Tun Dr Mahathir demi mempertegaskan pendirian asal PAS iaitu mahu Tun kekal sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.
“Pendirian PAS ini adalah kerana mengambil kira soal kepentingan rakyat dan negara. Sementara posisi Perdana Menteri adalah satu posisi yang sangat penting dan signifikan untuk menjamin kestabilan politik, ekonomi dan juga sosial negara.
“Terlebih utama, bagi nilaian PAS mutakhir ini ialah berkait dengan kepentingan Islam dan umatnya jua termasuk kedudukan orang Melayu sebagai Bumiputera.
Usul Percaya ini adalah usaha yang sangat perlu dilakukan sekarang setelah PAS menilai dan membaca dengan teliti perkembangan politik semasa juga menela’ah pergolakan dalaman PH,” jelasnya.
Untuk rekod, usul Undi Percaya pernah dikemukakan di Parlimen pada tahun 1997 terhadap Perdana Menteri Keempat, Dr Mahathir dan juga pada tahun 2003 ke atas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/02/09/usul-percaya-vs-usul-tidak-percaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 409 hits
February 11 2020 7 16 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Usul undi percaya PAS bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri adalah usaha untuk memecah belahkan Pakatan Harapan kata Anwar Ibrahim Presiden PKR ...
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 347 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Usul Percaya Dalam Perang Politik Anwar Perlu Tangkas Bertindak

Usul Percaya Dalam Perang Politik Anwar Perlu Tangkas Bertindak

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 349 hits
Usul Undi Percaya yang akan dibentangkan Pas di Parlimen biar pun pelik namun tidak boleh diambil mudah Timbalan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran berkata sekali pun usul itu mungkin ditolak Speaker dan tidak akan dibahaskan tetapi calon PM ...
Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 492 hits
Isu peralihan kuasa isu PPSMI isu Azmin dan banyak lagi isu yang berkaitan Tun boleh dijadikan alasan kepada PH untuk tendang keluar BERSATU sekaligus pecat Tun Anwar boleh jadi PM Lim Kit Siang Timbalan Perdana Menteri Kalau setakat desak ...
Zulle Razak Ctfx Apa Yang Dinyatakan Pm May Selepas Usul Tidak Percaya Ditolak

Zulle Razak Ctfx Apa Yang Dinyatakan Pm May Selepas Usul Tidak Percaya Ditolak

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 353 hits
Berdasarkan keadaan semasa berikut adalah apa yang dinyatakan oleh PM May selepas usul tidak percaya ditolak Akan berjumpa dengan wakil pelbagai parti untuk membincangkan mengenai usul Brexit Akan mendapatkan perjanjian lebih baik daripada ...
Usul Percaya Perteguh Mandat Kepada Ketua Kerajaan

Usul Percaya Perteguh Mandat Kepada Ketua Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 244 hits
SAYA menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mana mana perubahan yang dilakukan mengikut Perlembagaan Negara dan undang undang negara adalah perubahan yang sah sekalipun ia dilakukan mengikut tingk...
Mat Hasan Umno Sokong Usul Percaya Pm Jika Beri Manfaat

Mat Hasan Umno Sokong Usul Percaya Pm Jika Beri Manfaat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 291 hits
MALAYSIAKINI Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menjelaskan partinya tidak akan teragak agak menyokong usul undi percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan Jelasnya ini kerana PAS m...
Usul Percaya Pm Itu Tanda Pas Takut Dan Cemas Kata Penganalisis

Usul Percaya Pm Itu Tanda Pas Takut Dan Cemas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 287 hits
Tulang Besi9 28 malam A AHasrat PAS untuk mengemukakan undi percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen adalah strategi parti itu yang berbentuk provokasi kata penganalisis politik Pensyarah Universiti Teknologi Malaysi...
Pas Sepatutnya Bawa Usul Undi Tak Percaya Namakan Hadi Awang Calon Perdana Menteri

Pas Sepatutnya Bawa Usul Undi Tak Percaya Namakan Hadi Awang Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 586 hits
Sebagai pembangkang keputusan Pas untuk membawa usul percaya di Parlimen bagi menyokong kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang aneh dan pelik Tidak pernah berlaku pembangkang menyokong Perdana Menteri me...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Smart Dust The Invisible Future Of Monitoring And Data Collection


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Kesihatan Individu Harus Tahu

Drama Mandul Bukan Pilihan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik