Usul Percaya Perlu Diutamakan Berbanding Urusan Kerajaan Lain Kata Peguam


 
V Anbalagan -November 24, 2020 Seorang peguam berkata, ada cara untuk mengadakan usul percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, walaupun ia tidak dinyatakan secara langsung dalam Perlembagaan.PETALING JAYA: Usul percaya di Dewan Rakyat perlu dianggap kepentingan awam dan disegerakan, kata peguam dan bekas pensyarah undang-undang, Gurdial Singh Nijar.
Beliau berkata, kepentingan usul itu timbul daripada peruntukan Perlembagaan yang perdana menteri perlu meletak jawatan jika beliau hilang kepercayaan Dewan Rakyat.
“Ini menandakan perdana menteri hilang sokongan majoriti, jika ada usul tidak percaya terhadapnya diluluskan dalam dewan. Perdana menteri dikatakan hilang sokongan, jika Rang Undang-undang Perbekalan tidak diluluskan.”
Katanya, peruntukan Perlembagaan ini secara tidak langsung menunjukkan usul percaya boleh diadakan, walaupun ia tidak dinyatakan khusus dalam Perlembagaan.
Oleh itu, Guardial berkata, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun perlu melayan usul tidak percaya terhadap perdana menteri sebagai perkara perlu disegerakan dan kepentingan awam, seperti ditetapkan di bawah Peraturan Mesyuarat.
“Malah, usul begini perlu diutamakan berbanding semua urusan kerajaan yang lain.”
Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (belanjawan persekutuan untuk tahun depan) dijadualkan diundi di Dewan Rakyat Khamis ini.
Terdapat 25 ahli Parlimen menyerahkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, tetapi speaker berkata, ia bergantung kepada menteri di jabatan perdana menteri sama ada mahu memberi keutamaan kepada usul itu berbanding urusan kerajaan.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata, tiada prosedur dalam Perlembagaan atau Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk usul tidak percaya terhadap perdana menteri.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif dan boleh memutuskan cara untuk menentukan jika perdana menteri mempunyai sokongan mencukupi.
Gurdial Singh Nijar.Bagaimanapun, Gurdial berkata, Perlembagaan secara tidak langsung menunjukkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri boleh diadakan.
Seorang lagi peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Takiyuddin perlu mengkaji duluan yang ditetapkan Mahkamah Persekutuan pada 2010, apabila pembelotan menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Muhammad Nizar Jamaluddin tumbang dan menyebabkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik Zambry Abdul Kadir mengetuai kerajaan negeri baru.
Katanya, Mahkamah Persekutuan memutuskan ukuran sokongan (terhadap ketua kerajaan) “boleh dinilai bukan saja dalam badan perundangan, tetapi juga melalui faktor luar”.
Beliau berkata, keabsahan kerajaan Muhyiddin Yassin perlu diuji di Dewan Rakyat.
“Apa yang penting ialah undian dalam dewan akan menunjukkan dengan jelas jumlah sokongan yang diperolehi perdana menteri.”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/usul-percaya-perlu-diutamakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Gesa Kerajaan Sendiri Quot Bawa Usul Quot Undi Percaya Terhadap Pm Muhyiddin Ke Parlimen

Zahid Gesa Kerajaan Sendiri Quot Bawa Usul Quot Undi Percaya Terhadap Pm Muhyiddin Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 297 hits
nbsp KUALA LUMPUR UMNO yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di blok pemerintah menggesa kerajaan sendiri membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presidennya Zahid Hamidi berkata soal sokongan maj
Ph Gagal Ambil Alih Semula Kerajaan Sebab Anwar Tolak Saya Kata Mahathir

Ph Gagal Ambil Alih Semula Kerajaan Sebab Anwar Tolak Saya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 362 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menerima penglibatannya dalam rancangan Pakatan Harapan mengambil alih semula Putrajaya menyebabkan usaha itu gagal Usaha untuk tumbangkan kerajaa...
Rm600 Untuk Jil T Yang Bawah Kata Seorang Anggota Kerajaan Kepada Gadis Di Sosial Media

Rm600 Untuk Jil T Yang Bawah Kata Seorang Anggota Kerajaan Kepada Gadis Di Sosial Media

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 411 hits
Media sosial adalah medium yang popular di masa kini Medium yang menghubungkan antara manusia di alam maya tanpa mengira lokasi anda berada Namun penggunaan media sosial boleh menjadi buruk jika disalah guna untuk tujuan memuaskan nafsu Ter...
Kerajaan Pn Terdesak Sangat Takut Kalah Undi Belanjawan 2021 Kata Tokoh Wartawan

Kerajaan Pn Terdesak Sangat Takut Kalah Undi Belanjawan 2021 Kata Tokoh Wartawan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 273 hits
November 26 2020 Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin menyifatkan tindakan media kerajaan menggunakan van kerajaan untuk menghebahkan kebaikan Belanjawan 2021 menampakkan kerajaan terlalu terdesak dan takut ia ditolak di Dewan Rakyat hari ini...
Pembangkang Pun Ada Hak Untuk Kemuka Usul Undi Tidak Percaya

Pembangkang Pun Ada Hak Untuk Kemuka Usul Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 212 hits
Ahli Parlimen Subang Wong Chen berpandangan speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memberi tafsiran yang salah terhadap isu usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata setiap ahli parlimen...
Kerajaan Ada Kaedah Dapatkan Sokongan Mp Pembangkang Kata Zahid

Kerajaan Ada Kaedah Dapatkan Sokongan Mp Pembangkang Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 278 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah meminta sokongan untuk Belanjawan 2021 daripada ahli parlimen pembangkang Bercakap kepada Malaysia Gazette dalam wawancara yang diterbitkan malam tad...
Kerajaan Tidak Tolak Haramkan Jualan Arak Di Kedai Runcit Di Negeri Lain

Kerajaan Tidak Tolak Haramkan Jualan Arak Di Kedai Runcit Di Negeri Lain

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 286 hits
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary foto MOHD ADZLAN KOTA BHARU Kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit di negeri selain Wilayah Persekutuan Ku...
Kerajaan Perpaduan Hanya Muslihat Mahathir Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Hanya Muslihat Mahathir Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 343 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis melihat sokongan berterusan Dr Mahathir Mohamad untuk kerajaan perpaduan hanya muslihat bagi menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching