Ustazah Norhafizah Musa Kongsi Rahsia Nak Dapat Anak Bijak Dunia Akhirat


Ustazah Norhafizah Musa, penceramah bebas berkongsi kepada ibu bapa rahsia untuk mendapat anak bijak dunia dan akhirat.
Memiliki anak-anak yang bijak dan berakhlak sentiasa menjadi impian di dalam hati setiap yang bergelar ibu bapa. Maka, berusahalah para ibu bapa untuk mengikut segala tips dan panduan yang dikongsikan oleh pakar cerdik pandai dalam bidang keibubapaan.
Segala ilmu dan info yang diperolehi akan dicuba pada anak. Alhamdulillah bagi yang berjaya tapi tak semua ibu bapa akan mendapat hasil yang sama walaupun melakukan amalan yang sama.
Jangan putus asa wahai ibu ayah. Berikut antara rahsia yang dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah Musa bagaimana nak mendapat anak bijak dunia dan akhirat.
1. Sentiasa jaga hubungan dengan Allah
Kalau kita nak anak baik dan cemerlang, kitalah yang kena memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. Ibu ayah hendaklah selalu kembali kepada Allah dengan rajin taubat nasuha. Mengerjakan solat sunat taubat meminta ampun pada Allah.
“Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, kejahilan, kealpaan dan kecuaian kami terhadap anak-anak, ampunkan tangan-tangan kami yang sering melakukan dosa. Janganlah kesalahan kami jadi tempias kepada anak-anak kami.”
Hanya Allah yang membuka pintu hati anak-anak kita. Dia jua yang menyampaikan aura kita kepada anak-anak. Kita boleh pesan, nasihat dan bebelkan anak-anak tapi yang sampaikan dalam hati mereka adalah Allah SWT.
Kalau kita banyak bergelumang dengan dosa dan buat salah silap, frekuensinya tak akan sama, ia tak sampai dan masuk ke dalam hati anak kerana yang masukkannya adalah Allah SWT. Allah hendak melihat ibu bapa luar biasa mendekatkan dirinya kepada Allah.
2. Buang segala kerunsingan & kerisauan terhadap anak-anak
Berserah diri dengan Allah SWT. Memang hati ibu bapa sentiasa risau memikirkan anak-anak. Tetapi sebaiknya bertawakal kepada Allah untuk menjaga anak-anak kita selepas melakukan yang terbaik untuk mereka.
Semoga dengan sentiasa bertaubat nasuha, memohon keampunan serta berserah kepada Allah, akan bertambah senang dan mudah perjalanan kita untuk mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah.
3. Berdoa sepanjang masa
Bukankah doa ibu ayah terhadap anak adalah doa yang paling mustajab. Gunakan kelebihan ini untuk berdoa sepanjang masa. Tak perlu tunggu waktu lepas solat baru nak berdoa. Sentiasa doakan anak-anak di depan mereka.
Sebut dengan jelas apa yang kita doakan untuk anak. “Ya Allah permudahkanlah perjalanan anakku dalam menjadi seorang tahfiz satu hari nanti. Ya Allah jaga anak-anakku, lindungilah mereka daripada perkara-perkara buruk.”
Dengan berdoa ia akan membuatkan kita rasa tenang dan lapang. Nikmat bercakap dengan Allah membuatkan semua masalah hilang dalam kepala. Segala kerisauan sudah dicabut oleh Allah kerana kita sudah cukup tenang dan bahagia dapat meluahkannya dengan Allah SWT.

4. Jadi role model
Tunjuk contoh pada anak-anak. Biasanya ramai antara kita agak gagal menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Jangan biarkan anak kehilangan role model dalam hidup mereka. Contohnya, kita suruh anak sabar tapi kita sendiri cepat naik angin dan marah-marah atas perkara yang remeh.
Akibatnya anak jadi keliru siapa yang hendak dicontohi sebenarnya. Sepatutnya kita tunjukkan cara hidup sebagai ibu ayah yang ikut akhlak Nabi Muhammad saw.
Antara contoh yang anak nak lihat pada ibu ayah ialah yang mengamalkan cara hidup Islam iaitu peribadi yang tenang dan bahagia. Itu harapan anak-anak walaupun dia tak tahu dan tak pernah cakap pada ibu bapa.
Anak-anak nak tengok ibu ayah yang manis wajahnya, ceria dan bahagia walaupun ada banyak masalah, tanggungjawab dan komitmen tapi biarlah disorokkan depan anak-anak. Senyum dan pikatlah hati anak-anak.
5. Hati mesti suci & bersih
Hati walaupun tidak boleh dilihat pada mata kasar tapi ia boleh direfleksikan pada kata-kata, perbuatan dan tindakan. Orang yang mempunyai hati berpenyakit sentiasa akan merasa sakit hati, benci, dengki pada masalah-masalah kecil, kawan-kawan sekeliling dan sebagainya.
Kalau hati tak bersih memang boleh nampak di luar. Kalau hati kita berpenyakit, kasihanlah pada anak-anak sebab dijaga dan dibesarkan oleh ibu ayah yang mempunyai penyakit hati. Anak-anak akan membesar dalam kesengsaraan kalau mempunyai ibu atau ayah yang mempunyai hati berpenyakit. Bersihkan hati kerana Allah, InsyaAllah anak-anak akan dapat impak yang positif.
6. Didik anak tanggungjawab bersama
Tugas mendidik anak bukan hanya terletak pada bahu ibu atau ayah seorang sahaja. Kedua-duanya kena bekerjasama dan bersepakat. Kena ada kata kunci dalam mendidik anak-anak. Suami isteri tak boleh bergaduh dalam bab mendidik anak. Kalau tak sefahaman dan selalu bergaduh, ia boleh bagi kesan pada anak-anak.

7. Tunaikan hak-hak sebagai ibu ayah
Sebagai ibu bapa kita mesti tunaikan tanggungjawab mendidik anak dengan baik. Terus perbaiki diri untuk menjadi ibu bapa yang baik. Soal keputusan apa yang akan jadi pada anak-anak, kita tawakal sahaja pada Allah SWT.
Kalau tak tawakal kita akan duduk dalam kerisauan. Allah tak pernah menzalimi hambaNya. Segala yang berlaku pasti baik menurut ilmu Allah. Apa pun keadaan anak kita sekarang, itu adalah yang terbaik untuk kita.
Setiap usaha kita buat walau sekecil mana pun, Allah nilai dengan sebaik-baiknya. Allah sebenarnya nak bagi pahala kepada kita melalui anak. Jadi, bersabarlah menghadapi kerenah anak-anak yang banyak ragamnya.
8. Memperkasa akidah tauhid dalam diri anak-anak

Jangan fikir anak anda yang masih bayi tak perlu diperkenalkan pada Allah. Masa peringkat umur 0-6 tahun, cakap apa sahaja dengan dia tentang akidah tauhid. Sentiasa sebut tentang kewujudan Allah. Dia masih fitrah, walaupun nampak tak faham atau tak ambil tahu tapi bila tiba masanya anak akan faham.
Tanamkan dalam hati anak tentang Allah, Allah, Allah. Semoga bila mereka dewasa, Allah sentiasa ada dalam hati mereka walau bagaimana kuat cabaran yang perlu dihadapi. Peranan ibu bapa adalah untuk bersama anak-anak dalam proses mereka mengenal Allah. Ia mengambil masa yang lama, jadi penting untuk ibu bapa sentiasa memberi nasihat dan bimbingan. Ingatkan anak-anak supaya jangan sekali-kali mensyirikkan Allah. Sejak kecil biasakan mereka jangan jadi penakut, atau kagum dengan kuasa lain yang kononnya hebat dan bila diminta buat sesuatu mahukan upah. Ajar mereka buat semuanya kerana Allah. Ingatkan berulang-ulang kali. Jangan jemu!
Sebagai orang tua, kita sepatutnya bersama-sama dengan anak mendukung cita-cita mereka nak jadi orang yang mampu beri manfaat kepada orang lain bila besar nanti. Hati anak-anak sangat tulus dan bersih, mereka hanya harapkan pada ibu ayah untuk mencorakkkan diri mereka sama ada menjadi baik atau sebaliknya.
Sumber foto: Facebook Ustazah Norhafizah Musa (Official)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Ustazah Norhafizah Musa Kongsi Rahsia Nak Dapat Anak Bijak Dunia & Akhirat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ustazah-norhafizah-musa-kongsi-rahsia-nak-dapat-anak-bijak-dunia-akhirat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Elak Anak Menulis Terbalik Kena Banyakkan Latihan Sensori Permainan Latih Memori Terapis Kongsi 4 Puncanya

Nak Elak Anak Menulis Terbalik Kena Banyakkan Latihan Sensori Permainan Latih Memori Terapis Kongsi 4 Puncanya

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 525 hits
Anak suka menulis terbalik Terapis cara kerja kongsi 4 puncanya Latihan sensori sejak awal permainan yang melatih memori boleh membantu mengatasi masalah ini Mungkin ada ibu bapa yang risau apabila anak kerap menunjukkan masalah ini dalam m...
Anak Yang Dirangsang Otak Kanannya Akan Menjadi Lebih Bijak Bagaimana Cara Merangsang Otak Kanan

Anak Yang Dirangsang Otak Kanannya Akan Menjadi Lebih Bijak Bagaimana Cara Merangsang Otak Kanan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 427 hits
Otak kanan memainkan peranan penting mendapat anak bijak Semua ibu bapa mesti mengidamkan anak membesar dengan bijak kan Sebenarnya semua anak dilahirkan dengan keistimewaan masing masing Perlu diingat bahawa setiap kanak kanak berkembang p...
Dah Besar Nanti Nak Anak Masuk Kristian Ke Che Ta Teruk Dihentam Netizen

Dah Besar Nanti Nak Anak Masuk Kristian Ke Che Ta Teruk Dihentam Netizen

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 623 hits
Che Ta dan Zain Saidin merupakan antara pasangan artis yang sering sahaja dikritik dan dikecam oleh netizen berkaitan dengan cara didikan yang diberikan oleh mereka terhadap Aaisyah Dhia Rana Namun begitu pasangan itu tidak pernah memandang...
Setiap Kali Tanya Bilik Budak Tak Boleh Habis Tu Kalau Ada Anak Takkan Nak Bunuh Je Anak Tu Nak Sewa Bilik Tapi

Setiap Kali Tanya Bilik Budak Tak Boleh Habis Tu Kalau Ada Anak Takkan Nak Bunuh Je Anak Tu Nak Sewa Bilik Tapi

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 474 hits
Setelah berumah tangga sudah pastinya tempat tinggal akan menjadi keutamaan si suami untuk kemudahan isteri dan anak anak Walaupun hanya sebuah rumah kecil tetapi sekurang kurangnya rumah tersebut dapat memberikan keselesaan buat sesebuah k...
Mira Filzah Pesan Anak Dara Kena Jaga Solat Kalau Nak Bakal Suami Jaga Solat Curi Perhatian

Mira Filzah Pesan Anak Dara Kena Jaga Solat Kalau Nak Bakal Suami Jaga Solat Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 466 hits
Mira Filzah diantara pelakon yang sering mendapat tumpuan tidak kira wanita mahupun lelaki kerana personaliti dirinya yang mana membuatkan dia menjadi artis disukai ramai BACA RizmanRuzaini Post Foto Gaun Lain Pula Jadinya Bila Netizen Teka...
Kalau Nak Dapat Anak Perempuan Yang Berjaya 10 Perkara Penting Ini Mesti Papa Buat

Kalau Nak Dapat Anak Perempuan Yang Berjaya 10 Perkara Penting Ini Mesti Papa Buat

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 413 hits
Kalau nak dapat anak perempuan yang berjaya papa jangan lupa buat 10 perkara penting ini ya Mungkin selama ni ada yang tak perasan perkara kecil ini mampu memberi impak besar pada kejayaan anak perempuan bila besar nanti Di sebalik karektor...
Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 607 hits
Bila nak masuk tahun baru mesti akan ada ramai ibu bapa survey dan carikan taska untuk anak buat kali pertama atau bercadang untuk tukar taska Ok TASKA ni sebenarnya adalah singkatan Taman Asuhan Kanak Kanak khas iaitu tempat pusat jagaan k...
Mak Ayah Banyak Berjanji Tapi Tak Tunaikan Jangan Pelik Kalau Anak Liat Nak Ikut Arahan

Mak Ayah Banyak Berjanji Tapi Tak Tunaikan Jangan Pelik Kalau Anak Liat Nak Ikut Arahan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 614 hits
Berjanji nak buat atau berikan anak bermacam macam tapi akhirnya ia tinggal janji tak ditunaikan Nampak ringan tapi impaknya sangat besar kepada emosi anak anak Tidak dinafikan berjanji untuk membuat memberikan sesuatu salah satu cara ibu a...
Cara Nak Elak Anak Meragam Tantrum Di Tempat Umum

Cara Nak Elak Anak Meragam Tantrum Di Tempat Umum

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 422 hits
Baru perasan entry ni tersimpan agak lama di dalam draft Dari terperam di situ meh biar aku share di sini mengenainya Salah satu cara nak elak anak meragam tantrum di tempat umum Biarkan dia sekejap tengok reaksi dia macam mana Kemudian bar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities