Anak Yang Dirangsang Otak Kanannya Akan Menjadi Lebih Bijak Bagaimana Cara Merangsang Otak Kanan


Otak kanan memainkan peranan penting mendapat anak bijak! Semua ibu bapa mesti mengidamkan anak membesar dengan bijak kan? Sebenarnya semua anak dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing. Perlu diingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza.
Ibu ayah boleh melakukan proses keupayaan pembelajaran untuk perkembangan intelektual semasa anak membesar. Malah, proses ini ada hubungan kait dengan peranan otak kanan.
Untuk melakukan proses rangsangan ini, anda perlu memahami bagaimana fungsi otak kanan dan kiri serta bagaimana merangsang otak ini dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai. Berikut adalah maklumat yang perlu anda fahami, seterusnya lakukan aktiviti-aktiviti rangsangan untuk anak anda!
Sebenarnya penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Setiap hari manusia sememangnya menggunakan otak kiri. Justeru, anda perlu merangsang otak kanan!
a)Fungsi otak kanan:
-Imaginasi
-Berfikir secara kreatif
-Irama
-Khayalan
-Emosi
-Ilham
-Intuisi (gerak hati)
-Warna
-Muzik
-Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif
*Otak kanan digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya
b) Fungsi otak kiri:
– Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
– Menyimpan data dan fakta
– Menganalisis
– Memahami logik, bahasa dan matematik
– Mengira
*Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).
Bagaimana rangsangan otak kanan?    
Dikatakan bahawa kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih pandai, cerdik dan positif.
Ibu bapa dinasihatkan melakukan rangsangan seawal usia 6 bulan. Dengan latihan awal, mudah untuk mendidik kanak-kanak menggunakan otak kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.
Otak anak pada 6 tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.
Cara otak berfungsi
Antara fungsi otak ialah menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Dengan itu, semasa melakukan aktiviti rangsangan, otak akan memainkan fungsinya. Jadi anda mesti melakukan dengan penuh yakin dan bersemangat dengan niat untuk mendidik anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan lupa setiap aktiviti mesti disulami dengan nilai-nilai Islam kerana otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat.
Lakukan di rumah!

 
Ibu ayah boleh buat aktiviti bersama anak di rumah. Teruskan usaha merangsang otak kanan anda secara konsisten dengan cara yang betul.
Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui lukisan dan kraf ialah:
-Logik
– Kreativiti
– Keyakinan diri
– Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
– Perkembangan kemahiran tangan
– Pandai meluahkan emosi
-Koordinasi tangan dan mata
– Membentuk personaliti
– Menghargai kecantikan
Apakah aktiviti untuk rangsang otak kanan?
Tahukah anda bahawa aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.
1.Tanah liat (contoh: pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga).
2.Origami / lipat kertas (contoh: lipatan kapal terbang).
3.Menggunting ( contoh:garisang lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar menarik di surat khabar atau majalah).

4.Masukan manik dalam benang/ tali dalam straw minuman (contoh: manik bersaiz besar dan kecil).
5.Melukis/ cat air (contoh: lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi).
6.Bercerita (bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak  sambung cerita tu).
7.Main teka-teki dengan anak. ( Letak satu barang dalam kotak/ bekas tisu, suruh anak teka barangan tersebut. Teka bentuk atau warna).
8.Kad imbasan (perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan).
*Tempoh membuat aktiviti ini tidak perlu lama untuk mengelak anak bosan. Anggaran masa setengah jam.
Pemakanan genius
Selain daripada rangsangan, pemakanan yang sihat adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.
1.Sesetengah nutrien seperti phospholipids, omega 3 dan omega 6, docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) penting untuk perkembangan otak yang baik.
Sumber makanan: Soya, telur, ikan berlemak seperti tuna dan sardin, serta walnut.
2.Taurine, choline dan zat besi adalah micronutrien yang penting untuk menyambung rangkaian antara sel-sel otak.
Sumber makanan: Kekacang, sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, brokoli, kuning telur dan daging.
3. Antioksidan (lutein, selenium, vitamin A, C dan E) dan zink, adalah berfungsi untuk melindungi sel-sel otak.
Sumber makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran, teh, prun dan juga keju.
Tonton video kanak-kanak tadika ini yang bijak memberikan pendapat masing-masing. Tentu ibu ayah mereka rajin buat aktiviti merangsang otak kanan.

 
 
 
 
 
The post Anak Yang Dirangsang Otak Kanannya Akan Menjadi Lebih Bijak. Bagaimana Cara Merangsang Otak Kanan? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-yang-dirangsang-otak-kanannya-akan-menjadi-lebih-bijak-bagaimana-cara-merangsang-otak-kanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Anak Setahun Ke Atas Menyusu Lebih 3 Botol Kena Kawal Ini Penyebab Susah Makan

Bila Anak Setahun Ke Atas Menyusu Lebih 3 Botol Kena Kawal Ini Penyebab Susah Makan

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 363 hits
Rungutan mak ayah sebab anak tak nak makan nak susu je sepanjang masa memang dah biasa Hinggakan sampai satu tahap biar je anak ikut seleranya sebab dah puas pujuk Tapi sampai bila Menurut situasi anak banyak minum susu dan tak lalu makan n...
Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 488 hits
Suami tolong jangan ambil mudah dengan keadaan isteri yang berpantang bersa lin jagalah dia Kena faham lepas bersalin isteri sebenarnya baru saja melalui fasa bertarung nyawa antara hidup dan matinya Sebaik isteri anda melahirkan ba yinya t...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 541 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Ini Cara Betul Panaskan Pasta Lepas Ni Kalau Ada Lebih Jangan Buang

Ini Cara Betul Panaskan Pasta Lepas Ni Kalau Ada Lebih Jangan Buang

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 368 hits
Sayangnya pasta yang anda masak sebagai hidangan makan malam tak habis Eh jangan buangkannya ia membazir baik simpan untuk sarapan esok Tapi boleh ke Jawapannya boleh Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh s...
Ustazah Asma Pesan Bila Cara Tegas Dan Keras Tak Berjaya Didik Anak Kesilapan Ini Kena Perbaiki

Ustazah Asma Pesan Bila Cara Tegas Dan Keras Tak Berjaya Didik Anak Kesilapan Ini Kena Perbaiki

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 359 hits
Percaya tak anak makin keras hatinya apabila kerap di marah Jangan pelik bila suatu hari nanti bila ibu bapa nak peluk mereka akan menjauhkan diri Kesan ini juga yang akan menyebabkan anak mula memberontak dalam diam dan menyebabkan hubunga...
Anak Lelaki Boleh Jadi Hebat Jika Dididik Dengan 4 Cara Ni

Anak Lelaki Boleh Jadi Hebat Jika Dididik Dengan 4 Cara Ni

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 545 hits
Anak Lelaki Boleh Jadi Hebat JIKA Dididik Dengan 4 Cara Ni Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu Benar karakternya berlainan berbanding anak perempuan Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat den...
Dah Lebih Setahun Lahirkan Anak Tapi Haid Masih Belum Datang Mama Jangan Biar Je Kena Periksa

Dah Lebih Setahun Lahirkan Anak Tapi Haid Masih Belum Datang Mama Jangan Biar Je Kena Periksa

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 469 hits
Proses perubahan hormon semasa kelahiran dan melahirkan anak membuatkan haid terhenti seketika Namun jika haid masih belum lagi datang walaupun selepas setahun melahirkan anak ada baiknya mama pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan Dengark...
Gaya Bijak Si Pencuri Otak Geliga

Gaya Bijak Si Pencuri Otak Geliga

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 443 hits
BANGKOK Seorang pencuri membuat perancangan rapi dengan menghiasi sebuah kedai emas palsu semata mata untuk memperdaya seorang ahli perniagaan sebelum mencuri satu berlian berharga 10 juta baht milik mangsa Pencuri berkenaan Pipatpongpat Su...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization