Ustaz Mokhtar Senik Mengulas Tun M Negarawan Pelik Mengapa




SAYA cuba berfikir secara adil. Atas alasan apa Tun M begitu benci kepada Umno? Sedangkan usia politik Tun hampir menghabisi seluruh usia Tun. Bahkan Tun menjawat jawatan Presiden Umno lebih lama dari Presiden-presiden Umno yang lain. Tidak sedikit jasa Umno kepada Tun, anak-anak dan kroni Tun. Kemudian saya cuba juga berfikir mengapa Tun boleh menjilat kembali semua tuduhan dan seranah beliau terhadap DAP sekian lama. Tun memusuhi DAP sejak DAP menyusu di atas riba PAP lagi. Kini Tun bukan setakat mesra DAP, bahkan dalam isu-isu tertentu semacam Tun pula Pengerusi DAP Malaysia.Kemudian saya cuba bandingkan pula dengan PAS. Sekian lama PAS bertembung dengan Umno di pentas politik. Dalam pertarungan itu tidak sedikit luka yang PAS terima dari tikaman keris Umno. Peristiwa kematian Ustaz Samad Gol, Lubuk Merbau dan Memali antara luka parah yang merobek jasad PAS. Namun tiba-tiba PAS bersalaman dan berpelukan penuh ukhuwah dengan Umno disaksikan oleh catatan sejarah negara. Air mata kegembiraan menitis membasahi Dewan di PWTC.Saya juga berfikir, PAS pernah bersama DAP sebanyak dua kali dalam gelanggang politik iaitu ketika gabungan Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat. Dalam dua siri persefahaman politik itu tidak sedikit tentunya jasa dan pertolongan DAP kepada PAS. Jadi ada empat perkara saya fikirkan dalam perbandingan itu:Tun datang dari Umno dan hidup dengan jasa-jasa Umno. Tiba-tiba berpatah arang dengan Umno.Tun musuh DAP, tiba-tiba demi menghadapi Umno Tun sanggup bersama DAP.Umno musuh politik PAS dan sepanjang itu merasai kesakitan dari Umno, tapi PAS sanggup berdamai dengan Umno. Begitu juga dengan Umno.DAP yang boleh dikatakan pernah juga berjasa membantu PAS tapi PAS sanggup meninggalkan DAP.Kenapa?.. Kenapa dan kenapa?. Apa beza Tun dengan PAS? Jawapannya ialah Tun berfikir dalam kerangka Sekular yang sempit. Manakala PAS berfikir dalam kerangka Islam yang luas dan besar. Tanpa kita sedari bahawa apa jenis Sekular sekalipun ianya adalah sebuah fahaman yang berkonsepkan ‘keakuan’. Sebab itu mereka pisahkan kehidupan dari agama. Kerana agama di sifatkan sebagai penghalang kepentingan diri dan nafsu.Manakala Islam pula dasarnya berkonsepkan ‘ketundukan’ kepada Allah. Oleh itu Tun bersedia menolak dan bermusuh dengan Umno bila didapati Umno tidak lagi mampu melayan kehendak dan kepentingan Tun. Kemudian Tun sanggup tunduk kepada DAP demi menjaga kepentingan politik dan ekonomi Tun. Walau terpaksa menjilat kembali segala ludah yang pernah disembur kepada DAP sebelum itu.Adapun PAS, yang membawa dasar Islam, iaitu ketundukan kepada Allah. Maka tidak sukar untuk PAS berbaik dan berukhuwwah dengan Umno serta berpatah arang dengan DAP demi Islam. Islam adalah segala-galanya bagi PAS. Manakala parti Sekular pula nafsu dan kepentingan diri adalah segala-galanya bagi mereka.Jadi tidak hairan jika Tun dan PAS itu berbeza. Kerana Tun mendokong pemikiran Sekular manakala PAS mendokong akidah dan fikrah Islam.USTAZ MOKHTAR SENIK
Kuantan, Pahang – HARAKAHDAILY 26/5/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/ustaz-mokhtar-senik-mengulas-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Kurang Saya Dengan Mokhtar Anak Senik Serupa Tapi Tidak Sama

Lebih Kurang Saya Dengan Mokhtar Anak Senik Serupa Tapi Tidak Sama

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 538 hits
Sebelum saya bandingkan kita baca dulu apa kata Mokhtar anak Senik Saya tak pandai nak bercakap atau berbuat sesuatu kalau tak dikaitkan dengan agama Sbb setakat yg saya mengaji kat pondok beratapkan rumbia dan bertiangkan batang nibong tia...
Mokhtar Senik Tanya Ana Jawab

Mokhtar Senik Tanya Ana Jawab

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 451 hits
Oleh WFAUZDIN NS Sebelum saya menjawab hujah Mokhtar anak Senik saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin Saya merujuk kepada status dan penulisan yang digelar Ketua Dewan Ulamak dari parti lebai Saya salin semul...
Mokhtar Senik Jangan Kecut Untuk Berdialoq

Mokhtar Senik Jangan Kecut Untuk Berdialoq

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 529 hits
DIA NI KALAU NAK TAU DIA SUKA SUKA TIBAI ORANG BILA AJAK BERDIALOQ DIA AKAN BAGI ALASAN BERBAGAI TAK CAYA TENGOKLAH NANTI SI PENGECUT NIMampus lah kau Moktar Senik Mengapa Saya Menjemput Pimpinan Pas Bernama Ustaz Mokhtar Senik Berdialog Te...
Mokhtar Senik Mana Hang P Ni Masuk Berita Ni Woiii Mana Dia

Mokhtar Senik Mana Hang P Ni Masuk Berita Ni Woiii Mana Dia

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 421 hits
Dua hati itu ialah hati PAS dan hati UMNO yang dipenuhi golongan kleptokrat yang diiktiraf dunia termasuk Singapura dan Amerika Syarikat Ini kerana wang 1Malaysia Development Berhad sebanyak USD972 juta telah dimasukkan ke dalam akaun perib...
Isu Panas Malaikat Bertakbir Rora Jawab Mokhtar Senik

Isu Panas Malaikat Bertakbir Rora Jawab Mokhtar Senik

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 927 hits
Mengapa Saya Menjemput Pimpinan Pas Bernama Berdialog Terbuka Ramai yang bertanya mengapa saya menjemput seorang pimpinan Pas untuk berdialog dalam isu Malaikat Bertakbir Saya jawab ia kerana tiga perkara berikut 1 Kerana beliau sendiri men...
Dari Pengkhianat Dan Parti Lebai Itu Ada Pelajaran Jawapan Untuk Mokhtar Senik

Dari Pengkhianat Dan Parti Lebai Itu Ada Pelajaran Jawapan Untuk Mokhtar Senik

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 324 hits
INI ADALAH SOALJAWAB W FAUDZIN BERSAMA LEBAI YANG TAK BERMORAL DENGAN FITNAHNYA JADI SESUAI DENGAN FITNAH MAKA DIBELANJAKAN KES BELIAU YANG SEMEMANGNYA TAK PERNAH TERPADAM DI ALAM MAYA DAN BELIAU JUGA TIDAK PERNAH MENYAMAN WEBSITE BLOG TERS...
Blogger Sekolahkan Ulama Pas Mokhtar Senik

Blogger Sekolahkan Ulama Pas Mokhtar Senik

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 501 hits
WFAUZDIN NS Sebelum saya menjawab hujah Mokhtar anak Senik saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin Saya merujuk kepada status dan penulisan yang digelar Ketua Dewan Ulamak dari parti lebai Saya salin semula apa...
Klip Suara Saya Disunting Saya Tolak Khianat Mandat Rakyat Tun M

Klip Suara Saya Disunting Saya Tolak Khianat Mandat Rakyat Tun M

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 302 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa rakaman suara beliau yang tular di media sosial sejak semalam adalah jelas disunting oleh mereka yang berniat jahat Beliau turut mencabar mereka yang menyebarkan rakaman suara itu supaya mengeluarkan rakaman...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Free Ferry Services In Penang For Wesak Day