Ustaz Kazim Elias Terkena Santau


Hampir Mati. Kisah Ustaz Kazim Elias Terkena Santau
“Setiap petang saya nampak wanita berjubah putih berkali-kali kata padan muka..padan muka dekat saya”. Gara-gara sakit hati kena tegur sikit saja mereka tergamak buat macam ni dekat ustaz sampai beliau jatuh sakit. Nauzubillah
Malah ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan keji ini dengan meminta pertolongan daripada jin dan syaitan bagi membalas dendam kepada manusia lain menggunakan cara halus begini

Mereka yang ditimpa musibah jatuh sakit disebabkan sihir santau pula, tak semestinya orang biasa malah ustaz yang diketahui tinggi ilmu agama pun kadangkala dijadikan mangsa oleh manusia yang mengikut hati dan hawa nafsu

Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkaitan pengalamannya disantau oleh anak muridnya sendiri

Kisah Ustaz Kazim Elias Di santau (Tahun 1996) :Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. Saya muntah.. Masyaallah.. darah membuak keluar

Di hospital doktor kata saya terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris

Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan muka”.
Teman saya yang datang tidur di rumah yang melawat saya, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia.. Masyaallah badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan

Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya.
Saya di santau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak..Beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya Tuhan sahaja yg tahu.
Bilal tua yang merawati saya kata “Sabar ni ujian Allah..”
5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi

Ini kali pertama saya di santau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya.. kenangan yang menginsafkan 1996/97
Kisah Ustaz Kazim Elias Di santau (Tahun 1997):Kesakitan akibat disantau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping amalan tertentu, gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit

Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin.. Saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih.. Mengucapkan salam.. Dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran

Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan

Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya.. Gambar mereka ditunjuk satu-satu.. Saya tersedar dari tidur.. Masyaallah, mimpi apakah ini.. Mimpi benar atau mainan

Siang esoknya saya gagahkan diri untuk bercakap, minta disediakan 7 perkara itu, saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar, batuk berdarah, hanya boleh minum susu sahaja

Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk.. saya kata lapar.. nak nasi.. saya tengok orang sekeliling saya menangis, saya minta nak pegang anak saya, syukur dah boleh ingat banyak benda
 Kisah Ustaz Kazim Elias Di santau (Tahun 1998):Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. Dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. Saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat mereka ni

Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “Maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu

Saya tanya “kenape?”
Dia jawab “Kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dgn kata-kata ustaz”
Saya jawab “Takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan tak simpan dalam hati”
Dia kata lagi “Mereka berenam terlibat”
“Enam org?” saya terkejut.

Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul, mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka

Sampai sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami akan memeluk saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya (hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu.. langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah

Kisah Ustaz Kazim Elias Di santau (Tahun 2001):Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. Bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab di atasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya

Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang di sekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga.. berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu

Ini pesan Dato’ Ismail kamus
Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara

Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini.. Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita

Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…“Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”
Temui bangkai anjing dalam rumahAlhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… Saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah…
Apa jenis manusia ini… Apa salah saya…??

Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya… Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja.. Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya

Ustaz Kazim Elias
Sumber: Etak Salai


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsikanaje.blogspot.com/2019/03/ustaz-kazim-elias-terkena-santau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Lembaga Putih Berdiri Di Pintu Sambil Tersenyum Kisah Benar Ustaz Kazim Disantau Oleh Anak Murid Sendiri

Nampak Lembaga Putih Berdiri Di Pintu Sambil Tersenyum Kisah Benar Ustaz Kazim Disantau Oleh Anak Murid Sendiri

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 556 hits
Setiap petang saya nampak wanita berjubah putih berkali kali kata padan muka padan muka dekat saya gara gara sakit hati kena tegur sikit saja mereka tergamak buat macam ni dekat ustaz sampai beliau jatuh sakit Nauzubillah Malah ada manusia ...
Artis Kontroversi Suhaimi Saad Persenda Vaksin Tidak Kebal Tetap Terkena Kesan Gas Metana

Artis Kontroversi Suhaimi Saad Persenda Vaksin Tidak Kebal Tetap Terkena Kesan Gas Metana

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 641 hits
Insiden pencemaran dari pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor cukup kritikal sekarang ini Ramai yang menjadi mangsa akibat terhidu gas beracun sehingga mengalami sesak nafas muntah pening dan loya Kandungan gas metana ...
Begini Kondisi Anggota Dan Warga Yang Terkena Bom Teroris Di Sibolga

Begini Kondisi Anggota Dan Warga Yang Terkena Bom Teroris Di Sibolga

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 253 hits
Sementara tubuh istri dan anak Hus dalam kondisi mengenaskan Polisi telah mengidentifikasi bagian tubuh yang ditemukan di sekitar lokasi kejadian sebagai seorang wanita berusia sekitar 30 tahun lebih dan seorang balita berusia sekitar 2 tah...
Anak Sd Kelas 6 Ini Rawat Bapaknya Yang Terkena Tumor Sementara Ibunya Pergi Entah Ke Mana

Anak Sd Kelas 6 Ini Rawat Bapaknya Yang Terkena Tumor Sementara Ibunya Pergi Entah Ke Mana

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 308 hits
Bocah 12 tahun itu bernama Yuda Belum lama ini kisahnya menjadi viral di media sosial lantaran mesti merawat ayahnya yang terserang tumor otak sementara ibunya pergi entah ke mana Kisah ini semakin menjadi perbincanga ketika rumah teduh sah...
Pegawai Jpn Ini Tular Kerana Cara Dia Melayan Pelanggan Rupanya Ramai Pernah Terkena

Pegawai Jpn Ini Tular Kerana Cara Dia Melayan Pelanggan Rupanya Ramai Pernah Terkena

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 830 hits
Jika semalam kecoh dengan berita seorang individu naik angin gara gara disuruh pulang lepas menunggu 4 jam di pejabat kerajaan Hari ini viral pulak kisah positif tentang pejabat kerajaan yang patut dicontohi ramai Dalam perkongsian Normaliz...
Fitnah Ag Anti Islam Lepas Tommy Lapor Polis Akhirnya Ustaz Ini Minta Maaf

Fitnah Ag Anti Islam Lepas Tommy Lapor Polis Akhirnya Ustaz Ini Minta Maaf

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 814 hits
Peguam Negara Tommy Thomas hari ini membuat laporan polis selepas pelbagai tuduhan mengaitkannya dengan sikap anti Islam beredar di media sosial Difahamkan seorang pegawai Jabatan Peguam Negara tiba di balai polis di Putrajaya untuk membuat...
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Mac 2019

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Mac 2019

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 785 hits
Jadual ceramah kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Mac 2019 Info berguna buat rujukan para pembaca Muslim terutamanya peminat ceramah dan soal jawab agama oleh penceramah bebas terkenal Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus Ustaz Azhar Idrus at...
Pekerja Maut Terkena Sabit Ketika Mengait Buah Kelapa Sawit

Pekerja Maut Terkena Sabit Ketika Mengait Buah Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 767 hits
09 Mac 2019 10 54 PM KUANTAN Seorang pekerja mengait buah kelapa sawit maut akibat pendarahan teruk selepas sabit yang digunakannya untuk mengait buah itu terjatuh lalu terkena betis ka
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp