Pegawai Jpn Ini Tular Kerana Cara Dia Melayan Pelanggan Rupanya Ramai Pernah Terkena
Jika semalam kecoh dengan berita seorang individu naik angin gara-gara disuruh pulang lepas menunggu 4 jam di pejabat kerajaan. Hari ini, viral pulak kisah positif tentang pejabat kerajaan yang patut dicontohi ramai.
Dalam perkongsian Normaliza Mahadi di Facebook, dia nampaknya telah melalui pengalaman yang sangat menyenangkan apabila berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. Ini apa yang dikongsikannya…
Normaliza memberitahu, beberapa hari lepas dia dan suaminya telah ke JPN untuk membuat urusan penukaran kad pengenalan.
Macam biasalah, urusan dimulai dengan ambil nombor dan kemudian ambil gambar pulak. Tapi apa yang luar biasa ialah layanan pegawai di kaunter 26 yang berurusan dengan mereka tu. Wah!
“ Beberapa hari lepas daya dan suami ke JPN, Putrajaya untuk menukar kad pengenalan. Manalah tau lepas tukar kad pengenalan boleh jadi muda pulak kan.
“ Anyway macam biasa ambil no. Lepas tu dipanggil untuk pengesahan kad sedia ada dan isi borang tukar alamat. Lepas tu tunggu gambar diambil. Saya ni cantik kurus dan bersopan santun kan. Maka gambar saya senanglah nak amik
“ Sudah dah amik gambar, kena tunggu untuk ambil IC baru. Sambil tunggu tu saya dan suami berbual mengenai layanan kaunter. Layanan kaunter sangat baik dan mengkagumkan. Dari proses mengambil no sehingga IC siap hanyalah mengambil masa kurang daripada 40 minit. MasyaAllah.
Suami yang pernah tinggal kat USA pun puji
“ Guess what, wargakerja kaunter 26 ini, membuatkan hati saya berbunga. Cara beliau menyambut pelanggan, senyuman beliau dan setiap butir kata yang mesra sangat mengkagumkan.
“ Kata suami saya, cara layanan ini setaraf dengan cara layanan yang beliau dapat sewaktu tinggal di US dahulu.
“ Cik Puan ini memang hebat! Tahniah kepada JPN, Putrajaya.”
Siapa sangka bukan Normaliza je kagum dengan sikap pegawai ni, orang lain yang pernah berurusan dengannya pun suka sangat dengan cara pegawai ni lakukan tugas. Pantas dan efisyen!
Berikut antara komen mereka yang pernah berurusan dengan staf itu;
” Kebetulan semalam pergi JPN dan served by orang yang sama juga. Estimated masa siap sejam tapi tak sampai 30min. Alhamdulillah
” Ye puan..saya juga pernah berurusan dengan beliau semasa tukar surat lahir anak tempoh hari..memang layanan yg diberikan cukup baik..saya jadi leka tengok senyuman dan cara beliau bercakap..tahniah JPN kerana mempunyai staf yg sangat komited dengan kerjayanya..”
” Yg bagus kita puji kan Puan. Klu boleh kaunter immigration pun buat benda yg sama”
” Setakat ini JPN atau Imigresen memang terbaik berbanding agensi lain. Huhuhu..banyak habis masa dan duit”
Inilah orangnya Puan Shemlah Grace
Tak sangka begitu pantas berita tersebar ye! Pegawai yang dimaksudkan di dalam gambar yang viral tersebut ialah Cik Shemlah Grace iaitu kakitangan Unit Perkhidmatan Kaunter (Serahan) Bahagian Kad Pengenalan JPN.
Ceritanya yang viral juga telah dikongsikan oleh Facebook rasmi Kelab Bahagian Kad Pengenalan JPNM Putrajaya. Tahniah Cik Shemlah!
Semoga pegawai ni dapat naik pangkat. Tahniah kerana menjadi pekerja contoh buat semua!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : l0bakmerah
The post Pegawai JPN Ini Tular Kerana Cara Dia Melayan Pelanggan. Rupanya Ramai Pernah ‘Terkena’ appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/pegawai-jpn-ini-tular-kerana-cara-dia-melayan-pelanggan-rupanya-ramai-pernah-terkena/