Ustaz Ebit Liew Ni Kaya Ke


Siapa yang tertanya-tanya Ustaz Ebit tu kenapa dia kaya siap bawak Vellfire tu ni yang KakLis nak share apa yang KakLis tau.

Ustaz Ebit buat dakwah ni bukan benda baru. Dah bertahun-tahun dulu. Dia buat benda yang orang tak sanggup buat. Berpenat lelah, menahan muka mengadap orang. Kena hina, maki, cemuh, kena halau.

Dakwah gelandangan, masuk lorong, dakwah kat kelab, dakwah maknyah, budak punk, orang kat penjara, budak-budak rosak akhlak, dakwah suami isteri yang nak bercerai, dakwah orang masuk islam berapa ramai.

Banyakk. Sangat banyak kerja dakwah dia. Dia bukan setakat ceramah kat masjid dan tv tapi dia turun padang sekali.

Tentang kekayaan Ustaz Ebit.

Benda pertama orang nampak dia kaya sebab dia bawa Vellfire kan? Bukan sebab dia tayang beli handbag ribu, melancong sana sini kat luar negara.

Masa PKP ni baru orang nampak betapa banyaknya duit dia sebab dia buat sumbangan bertan-tan lori pada orang tak kira kaum dan agama.

Sumbangan tu datang dari NGO ustaz iaitu Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Kita juga tak tahu banyak mana duit sendiri yang Ustaz Ebit guna.

Ustaz Ebit selalu ulang. Mungkin sekali ini je peluang dia ada untuk dia buat baik tolong orang sebanyak-banyaknya. Ustaz Ebit nampak Covid19 adalah ladang dia untuk buat pahala.

Macam mana dia kaya? 

Ustaz Ebit ni dia berniaga. Dia ada:

1. Restoran Paramount Coffe House - 3 biji restoran

2. Butik baju Elew Design - 1 kedai

3. Menulis 9 buah buku. Banyak buku Ustaz ni Bestseller dah bertahun-tahun kat kedai buku. Boleh bayang duit masuk non stop?

4. Dia ada syarikat motivasi Transform Jiwa sendiri. Program yang paling terkenal ialah Keluarga Sunnah. Beribu-ribu dah orang join. Program ni dah selamatkan banyak keluarga.

Suami isteri yang nak bercerai tak jadi bercerai. Keluarga kacau bilau dapat balik hidayah dekat semula pada Allah asbab Ustaz Ebit. Ada ramai yang masuk islam.

Siapa yang kata program takat bagi orang nangis tu meh sini nak tanya, kau boleh buat orang nangis ingat kat Allah ke? Kau boleh bantu orang berubah taubat ke? Kau dah islamkan berapa ramai orang? Kau dah selamatkan berapa banyak keluarga?

Ada?

Program motivasi lain pun banyak. Prokids, program-program dakwah dan motivasi ke agensi-agensi kerajaan dan swasta. Program masuk tv lagi.

5. (Tambahan lupa nak tulis) Video dakwah di You Tube. Ini juga jadi sumber pendapatan pasif untuk Ustaz. Ini juga antara sebab Ustaz selalu ambil video dan gambar. Bahan yang sama digunakan untuk sebarkan dakwah.

Fikir logik. Kalau dah macam ni memangla Ustaz Ebit kaya. Setakat bawak Vellfire memang dia sangatlah mampu nak banding dengan berapa pendapatan Ustaz.

KakLis pun bisnes. KakLis tau orang bisnes kat rumah pun ada yang mampu beli Vellfire inikan kalau macam Ustaz ni bisnes macam-macam. Lagilah terlebih mampu.

...ke sorga itu harusnya berlumba, Bukan berebut.
Kredit:Kamal NawieJika ada yang tak puas hati dengan Ustaz, sebaiknya tanyalah Ustaz sendiri. Daripada tulis status nampaklah tak elok bila ditulis orang yang berpendidikan agama. Sedih.

KakLis ni bukan orang baik. Ustaz Ebit buka mata yang orang islam mesti kaya untuk boleh bantu orang. Orang kaya ada kemampuan besar untuk bantu lebih ramai orang. Sedekah yang ditunjukkan boleh galakkan orang lain turut nak bersedekah.

Lepas banyak tengok Ustaz Ebit buat sedekah, buat baik dan bantu orang tak kira bangsa dan agama baru terbuka hati, terbuka mata nak ikut buat benda yang sama ikut kemampuan.

Kawan,

Kalau kita tak mampu sedekah banyak macam Ustaz cukuplah sekadar sedekah ikut kemampuan, jaga mulut, jaga tangan dan jaga hati dari buat dosa.

Ustaz Ebit selalu bawa mesej untuk ikut akhlak Nabi SAW. Benda ni susah nak dibuat. Kita banyak dengar ceramah tapi kita tak nampak banyak cara nak buat.

Ustaz Ebit dia tunjuk dengan perbuatan. Cakap pun lembut je takde bahasa kasar. Muka pun bersih je. Dengan mak ayah, isteri dan anak-anak penuh dengan kasih sayang.

Harap posting KakLis ni dapat menjawab persoalan orang-orang yang banyak tertanya-tanya tentang kekayaan Ustaz.

Kredit -Lisa Sara
FB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alamcyber.blogspot.com/2020/04/ustaz-ebit-liew-ni-kaya-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tazkirah Ustaz Ebit Liew

Tazkirah Ustaz Ebit Liew

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 309 hits
Tazkirah Ustaz Ebit Liew ketika menjalani proses kuanrantinAlhamdulillah 14 hari saya menjalani proses kuarantinkan diri disebabkan saya mempunyai kontak rapat dengan jemaah ijtimak tabligh Semuanya masih dalam keadaan baik dengan izin Alla...
Ustaz Ebit Liew 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau

Ustaz Ebit Liew 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 350 hits
Posted on April 22 20201 Walaupun kita miskin tapi bila kita ada agama kita bahagia 2 Kita solat bukan sebab kita baik tapi sebab kita hamba Allah 3 Siapa betulkan solat Allah betulkan hidup dia 4 Ketika kita ingat Allah Allah ingat kita Ke...
Ustaz Ebit Liew

Ustaz Ebit Liew

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1105 hits
Assalamualaikum uollz Terbaca tadi Sapa yg menyokong usaha2 murni Ustaz Ebit Liew Sila tekan share di FB Tak mo lah share di FB ai nak share kat blog Mesti lah akan sentiasa menyokong beliau sebab kan UEL ni super duper junior kami di TIJB ...
Ustaz Abu Syafiq Dan Ustaz Ebit Liew

Ustaz Abu Syafiq Dan Ustaz Ebit Liew

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 732 hits
1 Tak payah berbalah pasal Ustaz Abu Syafiq tu Dalam PH pun dia ada dalam PAS pun dia ada Tapi dia bukan double agent Dia juga bukan lalang Dia cuma mahukan perhatian Saya perhatikan dia sudah lama Sebelum dia join politik PH atau PAS dia l...
Pendapatan Ustaz Ebit Liew Buat Lebai Pendengki

Pendapatan Ustaz Ebit Liew Buat Lebai Pendengki

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 280 hits
Aku TERPAKSA untuk berkongsi video ini kerana ramai orang Melayu yang mengaku Islam tapi BUSUK HATI dengan kerja kebajikan yang suka dilakukan oleh Ebiet Liew Ada yang kata Ebiet Liew perguna orang miskin untuk meraih sumbangan Ada yang kat...
Dengar Kisah Ustaz Ini Mengenai Ebit Liew

Dengar Kisah Ustaz Ini Mengenai Ebit Liew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 327 hits
Bila aku dengar ustaz ni berkata aku terasa ingin menjadi seperti nya subahanallah allahu ya allah jadikan lah aku seperti ustaz ebit lew hati yang baik lemah lembut sabar dan berkata baik baik dan sentiasa menolong orang Kepada mereka mere...
Pesanan Dan Renungan Daripada Ustaz Ebit Liew Buat Kita Semua

Pesanan Dan Renungan Daripada Ustaz Ebit Liew Buat Kita Semua

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1642 hits
Pesanan Dan Renungan Daripada Ustaz Ebit Liew Saya mengenali sosok yang humble ini pada 2 tahun lepas selepas menonton videonya tentang kerja yang paling susah tapi tak dapat gaji iaitu kerja sebagai seorang ibu maaf kalau tersilap Dari sit...
Surat Terbuka Untuk Ustaz Ebit Liew

Surat Terbuka Untuk Ustaz Ebit Liew

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 366 hits
Mohd Asri BakarCukup cukup lah dulu Ustaz Ebit Liew Hentikan dulu pengorbanan sedekah jariah dan bantuan bantuan mu itu Peluh pun tak kering lagi enta dah kena panjat Bukit Aman Macam macam ustaz bodoh tu duk hina dan fitnahkan hang Besaq c...
Hiburan Jangan Kecam Ustaz Favourite Aku Zarina Anjoulie Pertahankan Ustaz Ebit Lew

Hiburan Jangan Kecam Ustaz Favourite Aku Zarina Anjoulie Pertahankan Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 726 hits
Sejak beberapa hari lalu nama Ustaz Ebit Lew terpalit dengan pelbagai tuduhan dan kecaman daripada segelintir pihak yang tidak senang melihat dia melakukan kerja amal dan membantu sebuah keluarga miskin baru baru ini Agak sedih apabila tudu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je