Ustaz Cakap Tak Serupa Bikin


SEORANG rakan pemandu yang berada nun jauh di Selatan tanah air, meluahkan rasa terkilannya kepada saya.

Rakan ini membahasakan dirinya sebagai Wak sahaja, membawa Grab sejak empat tahun lepas.

Katanya, perasaan dia sedikit terguris dan terkilan dengan situasi yang dialaminya ketika membawa seorang penumpang wanita bukan Melayu.

“Sedih pun ada, tak taulah nak cakap macam mana tapi ini kenangan paling saya ingat sepanjang saya menjadi pemandu Grab,” luah Wak.

Wak membawa wanita yang berusia sekitar 60 tahun ini dari Johor Bahru mahu ke Kota Tinggi. Jarak perjalanan sekitar 40 kilometer.

“Macam biasa, bila ada penumpang ni, kita kenalah pandai mesrakan diri dengan bersembang. Tanya itu ini sikit-sikit hal-hal biasa saja.

“Aunty ini fasih berbahasa Melayu, jadi bila bersembang itu makin seronoklah. Aunty ini juga cerita yang dia sangat suka dengar radio pada waktu pagi.

“Nak tahu dia dengar apa? Dia suka dengar ceramah agama yang ustaz-ustaz sampaikan dalam radio. Dia kenal nama-nama ustaz yang selalu beri ceramah itu,” kata Wak.

Mendengarkan minat Aunty tersebut yang memilih siaran keagamaan sedemikian, Wak bertanyakan wanita itu sama ada dia beragama Islam.

“Aunty itu kata, dia tak memeluk agama Islam pun, sebaliknya memilih agama Kristian untuk dianutinya.

“Terdiam juga saya sekejap. Ingatkan dia Muslim sebab suka dengar ceramah ustaz. Saya sengaja bertanya lagi, Aunty dengar ceramah ustaz tapi Aunty tak berminat dengan agama Islam?

“Jawapan Aunty itu buat saya terasa pedih di hati. Katanya dia kecewa, bila mendapati ramai ustaz pandai bercakap tapi tak laksanakan apa yang dia cakap.

“Aduh…bisa betul kata-kata Aunty ni. Terdiam saya kejap. Saya sanggah juga kata-kata dia yang ramai saja ustaz bagus-bagus yang mungkin dia tak kenal, misalnya Ebit Lew.

“Tapi Aunty ni cakap, Ebit ini orang Cina, bukan Melayu. Dia sendiri ada pengalaman melihat ustaz ‘penunggang agama’ yang bercakap tak serupa bikin.

“Jadi, walaupun dia suka dengar ceramah agama, namun perlakuan segelintir mereka yang tidak seiring dengan percakapan, membuatkan hatinya tawar untuk memeluk Islam,” cerita Wak.

Tambah Wak, terasa sedih dan terhiris juga dirinya dengan kata-kata tersebut. Mahu disanggah pun susah sebab contoh sedemikian pun memang ada.

“Nak tak nak saya cuma cakap, ustaz pun manusia kan Aunty. Kadang-kadang terkhilaf sikit dalam kehidupan. Mana ada orang tak buat salah,” kata Wak.

Kata-katanya dipersetujui oleh Aunty tersebut.

Namun perjalanan pulang Wak ke Johor Bahru, hatinya sudah tak berasa seronok.

Mood bekerja tercampak jauh justeru perasaannya penuh rasa sebal. - UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/ustaz-cakap-tak-serupa-bikin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tips Bikin Henna Alis Yang Rapi Dan Tahan Lama Anti Gagal

6 Tips Bikin Henna Alis Yang Rapi Dan Tahan Lama Anti Gagal

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 345 hits
Siapa bilang pakai henna alis itu sulit Asal tahu tips tips ini kamu bisa bikin henna alis yang sempurna dan tahan lama
5 Potret Lawas Krisdayanti Saat Jadi Pembawa Acara Kuis Di Tv Bikin Pangling

5 Potret Lawas Krisdayanti Saat Jadi Pembawa Acara Kuis Di Tv Bikin Pangling

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 246 hits
Sosok Krisdayanti sudah tidak asing lagi di dunia hiburan tanah air Namanya dikenal sebagai penyanyi kenamaan Tak banyak tahu jika Krisdayanti sempat menjadi pembawa acara kuis di televisi Potret lawas Krisdayanti mencuri perhatian Banyak y...
Nyobain 3 Parfum Lokal Terbaru Yang Bikin Heboh Banyak Orang Ada Yang Sold Dalam Hitungan Menit

Nyobain 3 Parfum Lokal Terbaru Yang Bikin Heboh Banyak Orang Ada Yang Sold Dalam Hitungan Menit

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 197 hits
Dari punya HMNS Fordive sampai keluaran punya artis Ussy Pratama kita kupas bareng di sini Penasaran
Muhyiddin Mau Bikin Apa

Muhyiddin Mau Bikin Apa

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 222 hits
Raja Raja Melayu sudah bertitah Persoalan utama sekarang ialah apa langkah Muhyiddin Yassin bagi menyusuli decree atau dalam bahasa Melayu dikri diraja khususnya Yang di Pertuan Agong Apa yang akan atau mesti dilakukan Muhyiddin setelah Raj...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich